Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, May 3, 2009

DIAM UBI BERISI

Walaupun berdiam diri dan sunyi di alam blog tetapi hidupku penuh dengan pelbagai komitmen. Kata orang DIAM UBI BERISI, dan yang pastinya semua itu mahu kuabadikan dalam entri pertamaku di bulan Mei ini.

Mari kita sama2 lihat corat-coret kehidupanku ini.

24 APRIL 2009

Bertempat di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur kami sekeluarga turun memberi sokongan dan perangsang kepada anakkku AFDZAL HAKIM yang telah diberi kepercayaan dan diamanahkan oleh Persatuan Speed Power Taekwondo untuk bertindak sebagai pengadil dan pemberi markah pertandingan di dalam 1st GEWINN League Taekwondo Championship 2009.

Inilah pertama kali aku menyaksikan bagaimana HAKIM membawa kewibiwaan dirinya sebagai pengadil kejohanan. Perasaan bangga seorang ibu memang tidak dapat disangkalkan, dalam usia 16 tahun dia berani melonjakkan diri untuk berada di tengah gelanggang bukan hanya sebagai `sparing guy' yang menjadi kesukaannya malah gagah bersama kredibiliti seorang pengadil.

Abah memang orang kuat. Pesannya pada anakku,

BERPEGANG KUAT PADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT SEBAGAI PENGADIL
DAN JANGAN BIARKAN ORANG SEKELILING MEMPENGARUHIMU
WALAUPUN ADA KETIKANYA PENGADILANMU DIPERTIKAIKAN.

Aku melihat kebenaran kata suami. Memang adat pertandingan ada yang akan bertindak sebagai `problem maker' dan di situ anakku diuji. Sepasang mata ibu menyaksikan betapa `coolnya' HAKIM menghadapi situasi ini dan syabas anakku kerana tegas dengan keputusan yang dibuat. Sememangnya aku patut ucapkan terima kasih kepada Master Bala dan Auntie Sze Too kerana memberi ruang kepada HAKIM untuk mendalami bidang pengadilan sebelum terlibat secara rasmi di dalam kejohanan.

Pelajaran yang tinggi bagiku tidak akan lengkap kalau di dalam diri tiada disemai nilai2 murni kemasyarakatan. Aku berkata demikian kerana HAKIM di sini memberikan sumbangan sebagai sukarelawan. Syukur anakku belajar memenuhkan dirinya menjadi insan berguna walau tanpa dijanjikan sebarang imbuhan. Beliau belajar berkorban bukan hanya untuk keluarga tetapi juga untuk masyarakat.

Sebagai pemerhati, mama sedar segalanya dan untuk itu, tak perlu mengharapkan pemberian orang, mama yang patut dahulukan. Baktimu tetap dikenang dan untuk lebih menggembirakan HAKIM akan semangat ringan tulangnya, aku telah belikan sepasang t-shirt dan selipar kejohanan ini.

26 APRIL 2009

Aku dan suami ke rumah Dj Epoi kerana rindukan anak2 buah kami SYAMIL, ANAS & AFIQ. Selain itu nak lihat keadaan adikku dan Suked8787 yang kurang sihat sejak kami pulang dari Bandung. Beginilah rupanya anak buahku yang paling kecil sekarang... AFIQ. Montel macam ayahnya......
30 APRIL 2009

Pulang dari kerja, dimeja sisi katilku kelihatan sekuntum bunga mawar merah. Terima kasih ADNIN anakku yang ke-3 kerana menjadi pemula untuk sambutan HARI IBU pada tahun ini. Walaupun tidak harum bunganya, tetapi dihati mama tetap segar keharumannya atas ingatanmu.
Ini pula tandamata kedua yang kuterima sempena HARI IBU.


1 MEI 2009

Riadah pagi gabungan kerjasama 2 sekolah iaitu SMK Bandar Damai Perdana dan SM Teknik Setapak bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kebetulan pada hari berkenaan diadakan pertandingan futsal sempena Pesta Makanan Titiwangsa 2009.

Pertama kali mereka disatukan sebagai kumpulan dan kemenangan bukanlah matlamat. Menang hanya bonus. Yang penting bagiku, anak2ku dapat eratkan silaturrahim sesama mereka, dapat bersenam keluarkan peluh untuk kesihatan badan, memahami erti semangat kesukanan yang penuh dengan disiplin diri di dalam gelanggang. Bukan nak tunjuk samseng atau kami kuat.


Mama dan abah siap sponsor minuman ECPI lagi.

Dibawah ini adalah muka Pengurus dan Jurulatih. Lihatlah bagaimana letihnya jurulatih menerima kekalahan pasukan. Hahaha.....

Inilah pasukan yang baru ditubuhkan. Tahniah!!!

2 APRIL 2009

Aku dan suami melawat adikku yang terlantar di Sunway Medical Hospital. Terima kasih kepada rakan2 blogger nun dari utara Semenanjung (Perlis) DiaMilikku, SiRibenMerah dan pelari pecut negara, Nazmizam kerana sudi menjenguk adikku Dj Epoi di hospital.

7 comments:

Dj Epoi said...

Salam...

Walaweiiiiiiiiiiii gua org pertama ar!!!!

Terima Kasih Buat Tuan Rumah Kedaun......Kak SYAbAR sekeluarga , Mama & Ayah dari Kampung, Abang Nizar & Kak Azrina sekeluaga ,Amar & Noor , Naim & Suraya ,rakan2 sekerja, Badar dan Ucapan Terima kasih rakan Blogger Bro Mizan ,Sue,Gibik2 Alesha, Si Riben Merah,Bro Rampage & Liza sekeluarga.....dan mungkin yang Gua tercicir................

Gua tak tau apa nak cakap.............Tapi Ketika ini Gua rasa ...Gua tak keseorangan.....
Besuk Result Darah akan dapat jam 10 pagi.......kalau semuanya Ok....maknanya Gua hanya KERACUNAN MAKANAN...jer lah.....mudah2 an begitulah hendaknya......

DJ EPOI
TERIMA KASIH SEMUA
Update From Sunway Medical Centre

Dj Epoi said...

Terima Kasih Teristimewa Buat Abg Nazim yang menghantar Gua ke sunway Medical centre dan membantu Suked8787 dan anak2 selama Gua di Hospital..

Terima kasih Abg Nazim

SYAbAR said...

Bro Dj,

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Anda dikelilingi ramai saudara mara dan rakan taulan yang tahu erti kekeluargaan dan persahabatan. AMIN

Diamilikku said...

Apa salahnya kebahagian kegembiraan dan rezeki yang allah bagi kita sama2 kongsi..kebetulan kami di KL..maka dapatlah kami berkunjung..kalau kami di Utara..hanya doa yang dapat kami titipkan...

Naddiea said...

Kak Syabar,sangat bahagia bila anak2 membesar n jadi insan berguna kan.harap2 anak2 nadia akan jadi macam anak2 akak.risau mengenangkan zaman sekarang yang penuh mnecabar ni.huuuhu...takut.

anyway,nadia baru tau yg dj epoi masuk spital.harap2 bro dj epoi cepat2 la sembuh.mesti kak suked susah hati kan.lagi satu baby afiq pipi sgt montel.geram sungguh nadia tgk!!!

MariaFaizal said...

Salam sis,
Baru balik fr holiday dah byk nampaknya stories i've missed.

But it feels pleasant reading your updates though it's really showing how busy you are.Cheers!

SYAbAR said...

Terima kasih Sue, Mizan & Riben. kehadiran kau dan beri semangat baru kat Bro Dj kita. Dah beransur sihat dia bila dpt pegang gegerd. Hari ni tau la samada boleh keluar ke tak.

Maria,
Camni ni la akak dik. Pi balik pi balik. Syukur dikurniakan kudrat dan kesihatan yang baik.