Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, May 30, 2009

KEBUN ASTRO

Hari pertama cuti sekolah, inilah aktiviti kami sekeluarga sebelah petang. Membersih dan membelai kebun Astro kami.

HAKIM & EKMAL ditugaskan menebang pokok mati
ADNIN ditugaskan menyapu daun2 kering & sampah
AMNI & CT ditugaskan untuk mengutip sampah dan menyediakan minuman.
Pokok Astro kami. MACAM2 ADA
Ciku(Sawa), Amra (Kedondong), Serai
Limau Nipis, Manggis, Kelapa

Belimbing Madu, Durian Belanda, Kuinin
Nangka, Cempedak, Limau Kasturi

Bunga Kantan, Pisang, Mangga Harum Manis
Sukun, Lengkuas, Belimbing Buluh

Cermai, Mata Kucing, Mangga Cikonan

Abah sibuk dok buat pangku rehat bawah pokok
Tugas mama, bakar sampah

Inilah kebun Astro kami, kiri-kanan laluan masuk pintu belakang ke taman perumahan kami. Asalnya penuh dengan semak dan lalang. Sakit mata memandang sbb tengok makin hari makin berhutan tak dak sapa peduli. Pikiaq punya pikiaq, baik kami jaga kawasan tu. Pokok yang tak berfaedah kami ganti dengan pokok2 buah dan pokok yg boleh buat masak.

Kerja tanam pokok kena serah kat suami & CT sebab depa berdua tangan sejuk. Orang tua2 kata, kalau bg kat orang tangan panas tanam pokok, alamat pokok tu kering dan mati macam tu saja la. Siap semua, legaa...... Untung berbudi dengan tanah ni. Ada rezeki, bila berbuah dapat sama2 rasa.

Sebelah malam si bungsu request dinner kat luar. ON sajalah, ambil hati anak2 tolong berkebun petang tadi. So, nilah tempat kami lepak dan menu yang kami hadap malam ni......

9 comments:

amirul said...

Salam Kak,
Wah! berbaloi depa tolong mengemas kebun ya... Baguih arr... macam2 ada kat kebun itu...

Eta LaZiM said...

Salam...

mewah aa kebun kakak kita ni...

Mmg anak2 harus dpt GANJARAN sbb rajin tlg MaMa & Abah dorang...

Mrs Zamzuri said...

agak2 tuh bila bley rasa hasil dia? hehehe

Diamilikku said...

aduh...bagusnya kak..
memang mcm2 ada...tak tahan tu..harum mmanis pun ada....

TiNiE said...

syok nya kakmin..
anak2 dah besar..dah leh suruh wat cemacam..mama depa jadi mandur jerla..
pehtu kasi reward makan ramai2..bes bes...tak sabo nak tggu waktu ni..

MariaFaizal said...

Sis,
Nak jadikan sis sekeluarga sbg family contoh. Great family activities plus great rewards !

I adore you guys!

*SiRibenMerah said...

hehehe,.. pasneh leh g umah akak memetik hasil kat kebun astro.. walawehhhhh..

nyibuk je riben neh kannn..

Anonymous said...

aduh kak min. memacamnya...rajinnyaaaa. nampak komain bz kat opis. sempat lagi tanam naaa. mang untung la sapa dapat mama cam kmin nih. rajin giler lah. satu jek kita conpius. mana satu bibik nih? haha. bibik pun tak rajin cam kmin

SYAbAR said...

Kawan2ku,

Seronoknya ibubapa pabila semua sesekali dapat melakukan aktiviti bersama.

Byk pahala tu... termasuk paha berbudi kepada tanah.

Kepada sesiapa yang belum tahu, CT pembantuku yg tak pernah kuanggap sebagai bibik, melainkan adikku. Yang berbaju orange itulah CT.