Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label ME AND NASIONALISM. Show all posts
Showing posts with label ME AND NASIONALISM. Show all posts

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT ANAK WATAN JELAPANG PADI

2 hari sebelum Piala FA, DJ Epoi call `Kak, Kedah masuk final FA. Jom niaga'. Belum dapat persetujuan en. suami, dah pandai cakap OK. Malam hari, mula ayat en.suami `Abang, nak niaga kat Bukit Jalil boleh! Kedah masuk final ni'. Lega... bila en. suami selamba jawab `OK, bawa HAKIM, EKMAL, ADNIN sekali. Abang duty kat sana'. Pucuk di cita ulam mendatang la....
Pagi Sabtu lepas urus semua hal tuisyen anak dan kerja2 dapur, aku siapkan WIRA. Basuh pakaiannya dulu. WIRA mesti di bawa ke tapak niaga kerana dia ada daya tarikan dan pelaris pelanggan ke gerai kami.

Inilah WIRA kesayangan kami. Sampai tapak niaga, WIRA dapat rambut baru... hijau kuning lagi. Maklumlah dia juga penyokong kuat Kelab Kenari. Siap tabik lagi kat penyokong2 kuat Kedah. Letak saja WIRA ditempatnya, pengunjung mula rapat ke gerai kami untuk posing dengan WIRA. Kamipun apa lagi.... bila orang dah rapat dengan gerai kita, kita pun ayatlah mereka untuk beli produk2 gerai kita. Alhamdulillah....

Dj Epoi adalah taiko projek ini dan aku sebagai kakak sentiasa beri dorongan semangat pada semua adik2 yang turun tangan untuk menjayakannya. EKMAL, HAKIM dan ADNIN sekurang2nya tahu dan lihat, bukan senang ibunya cari duit untuk beri kemudahan hidup pada mereka. Mereka juga kulatih untuk tebal muka dalam dunia niaga. Kerja ikhlas, apa pulak nak malu.

Adikku sikembar NAIM dan NAZIM saling bekerjasana. NAZIM promosi produk, NAIM jaga PA sistem sambil buat hebahan kepada pengunjung untuk masuk ke gerai kami.

Beginilah keadaan gerai kami bila diserbu pengunjung

Adikku AMAR anggota MALBAT yang tak berapa hari lagi nak terbang ke Lebanon juga turun. Banyak tu tiket yang dia beli untuk kumpulan kami. Sepupuku HASROL DAN BOB juga turun berniaga

Ragam penyokong kuat Kelab Kenari

lebih gembira bila suami yang `on duty' sempat turun ke gerai beri sokongan walau seketika. Terima kasih Abang. Adik iparku Noor dan si cilik Adel juga tak mau lepas peluang ni. Tahniah kerana semua bersemangat sebagai anak watan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman.

Bila tiba waktu perlawanan, inilah tugas hakikiku... menjaga gerai sambil menjaja air minuman. Hanya walkie talkie menjadi penyambung dunia luar dan dalam stadium. Time tak ramai pembeli, aku buat kerja baru. Hahaha... kutip tin aluminium. $$$$$ free. Penat toksah cakap la, 3 pg baru sampai rumah... tp aku gembira kerana punya `masa emas' bersama adik2 dan anak2.

Buat pemain bola sepak negeriku, dengarlah luahan hatiku `HELMI.... HELMI.... aku kuciwa' tapi pasrah dengan qada dan qadar, bila dah termaktub ketentuan, ini bukan rezeki pasukan kita.

Tuesday, March 3, 2009

DARI GENERASI KE GENERASI

P. Ramlee sebati dalam jiwa semua
Dari toknek tokwan kita hinggalah ke cucu cicitnya
Filem terbanyak yang ku tonton adalah filem arahannya
Walaupun diulang2 cerita, tetap kutonton hingga akhirnya
Pendek kata aku tidak pernah jemu menonton filemnya

Anak2ku kini merasa rapat dengannya
Sebagai pejuang bangsa, mereka mesti tahu P. Ramlee sebenarnya
Telah kubawa mereka ke Pulau Pinang rumah kelahirannya
Di Kuala Lumpur kami singgah ke teratak sebelum persemadiannya
Anakku bertanya
`Mama, di manakah kubur P. Ramlee? Bolehkah kami melawatnya?'
Aku menjawab
`Boleh. Kalau kamu sayangkan P. Ramlee, sedekahkan fatihah buatnya
P. Ramlee berbakti, buatkan kamu semua ketawa gembira,
Bila di sana nanti, bersihkan pusaranya'

Sebelum beredar, setiap anak kuberikan RM1 jua
P. Ramlee dermawan seni, khazanahnya untuk bangsa dan negara
Kini anak2ku celik.... pengorbanan P. Ramle tak ternilai buat mereka
Anak2ku sedar realitinya.... generasi bertukar generasi, masa dahulu bertukar kini
Dan mereka pernah berbakti kepada pustaka insan mashyur, Negarawan Bangsa bernama

P. RAMLEE

.....Kaulah satu2nya di antara berjuta
insan teristimewa
patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti
kerana kau tersendiri
kau kebanggan kita, kau budayawan bangsa
kau lagenda.....

dan kereta ini adalah milik
ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE &
ALLAHYARHAMAH PUAN SRI SALOMA
Al-Fatihah.....

Monday, March 2, 2009

MARI MARI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA

Kereta ini banyak berjasa
SIAPAKAH PEMILIKNYA?

Thursday, February 26, 2009

NON MUSLIM DIHATIKU

Kawanku ini bernama PRAMOT A/P DIN CHENG. Aku memanggilnya MOT. Berketurunan Siam. Merupakan anak bungsu dari 3 orang adik beradik. Aku hanya ingat nama kakaknya iaitu CHAMPA. Bapanya seorang pemain bangsawan Menora dan ibunya surirumah. Walaupun berketurunan Siam, keluarga mereka menyambut 2 perayaan iaitu Wesak dan Tahun Baru Cina. Aku tidak pernah lepas meraikan perayaan2 itu bersama mereka dan hingga hari ini seperti masih terasa sedapnya kuih kapit dan kuih bakul yang mak dia buat.

Kami rapat sejak di SRKTP. Boleh dikatakan tiap2 hari kami berjalan kaki bersama ke sekolah menggunakan jalan pintas. MOT, kau ingat dak camna takutnya kita tiap kali melintasi rumah Mak Yan gila. Ada masanya, lintang pukang kita lari bila dengar atau nampak kelibat Mak Yan.

Bila masuk SMTP, kami sama2 beremba basikal ke sekolah. Keluargaku memang sayang pada MOT. Pada tahun 1984, kami sekeluarga bawa MOT bercuti ke Langkawi. Gambar di atas adalah photo yg diambil di Langkawi Country Resort. Yang berdiri dikiriku adalah NIZAR dan yang tersengih di depan adalah Bro Dj Epoi.

MOT kini mencurahkan baktinya mendidik anak2 bangsa di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Sesekali kami berdua berjumpa dan detik yang paling indah muncul ketika kedua keluarga masing2 dipertemukan buat pertama kalinya. Hubby kau memang sporting MOT. Dah ada 3 anak dara, bila nak tambah anak teruna? Usia kita dah menginjak tua..... Saya dah surrender.....

Jejaka handsome ini SZE TOO YU SHEN namanya, tua setahun dariku. Aku mengenalinya sejak tahu erti berkawan dan kenal kawan, seingat aku sejak umur 5 tahun sebab kami sering bermain guli dan masak2 bersama. Sementelah rumahnya betul2 di tepi kuarters BOMBA.

Adik-beradiknya sama seperti MOT. Ibunya surirumah dan merupakan pengajar kelas menjahit profesional di Baling pada zaman itu. Kalau tidak kerana tunjuk ajar `maknya', mana bisa mamaku juga jadi tukang jahit yang mahir. Bapanya seorang pemandu bas Baling ke Kulim. Aku masih ingat pada datuknya yang selalu manjakan kami dengan membeli gula2 dan berjenaka dengannya di stor belakang rumah mereka. Tiap kali birthday, tak kira birthday siapa, salah seorang dari kami mesti di tepi masing2 untuk sama2 meniup lilin.

YU SHEN satu sekolah denganku waktu di SMTP, berdisiplin dan sentiasa berpakaian kemas. Merupakan pelajar pintar, selalu dilantik sebagai Ketua Darjah, seorang pengawas sekolah dan ditahun akhir persekolah kami dia dilantik sebagai Ketua Pengawas. Kami selalu belajar bersama dan dia merupakan pakar rujuk aku dalam sabjek Matematik & Matematik Tambahan.

Jejaka handsome ni masih single tau. Seperti MOT juga, memilih bidang perguruan sebagai karier dan kini mengajar di Pengkalan Hulu, Perak.


CHARLES ASSERWATHAM s/o RAJOO, seorang kawan pintar yang sentiasa dihatiku hingga hari ini. Berbanding YU SHEN, dalam pergaulan harian, CHARLES sentiasa peka dan pandai mengambil hatiku. Lagipun kami bersama sejak sekolah rendah. Nampak saja serius orangnya, hakikatnya kami sentiasa gembira, sering ketawa tiap kali bersama. Kalau MOT ke sekolah dahulu, aku sentiasa tunggu CHARLES untuk berbasikal berdua. Pagi petang berbasikal bersama, penguasaan Bahasa Inggeris ku meningkat sebab CHARLES selalu mengajakku berbual dalam Bahasa Inggeris.

CHARLES selalu kalau dia nampak ada yang tak kena, komen dan tegurku direct, selamba dia je. Kutuk berdepan, tapi itu semua tak pernah merenggangkan persabatan kami. Kalau bab belajar, dia tak pernah lokek. Satu ketika, aku terasa miss sangat dgn CHARLES especially sejak dia mula naik motor ke sekolah, aku hilang kawan pacaran basikal. Bila CHARLES banyak beri perhatian pada WAN SRI BANI, aku lagi terasa .... umpama KUPENDAM SEBUAH DUKA. Ha ha ha

Bapa CHARLES bekerja di JKR, sekeluarga India Kristian. Salah seorang abangnya adalah paderi. Aku pernah tuisyen Bahasa Inggeris dengan kakaknya, MARY. Paling tak lupa, aku belajar buat maruku dengan `kak MARY', resepinya ku simpan hingga hari ini.

Tiap kali majlis harijadiku, CHARLES tak pernah datang dengan tangan kosong. Sebelum kami masing2 bawa haluan sambung belajar, last sekali CHARLES hadiahkan aku anak patung warna biru yang boleh digantung. Sweet sangat.... aku simpan hingga lahir anakku yang pertama yang akhirnya rosak dimain HAKIM. Maaf CHARLES, walaupun kenangan itu hilang dari pandangan, yang penting dihatiku tak pernah padam.

CHARLES kini bertugas di makmal Hospital Seberang Jaya. Dah punya 2 anak, 1 lelaki 1 perempuan. Keluarga kami dipertemukan semula pada hari pertama Aidilfitri 2007. Terima kasih kepada isterimu MARY kerana beri kita kesempatan untuk kembali ketawa mesra berdua seperti dulu pada malam itu.

MELAYU, SIAM, CINA DAN INDIA
KAMI ANAK MALAYSIA
TIDAK MEMILIH BANGSA DAN RUPA
KEMURNIAN PERSAHABATAN DIJAGA
DARI KECIL HINGGA DEWASA ......

Wednesday, January 21, 2009

BLACK AND WHITE - KUNTA KINTE

Aku penonton setia drama bersiri ROOTS. Seingatku, waktu itu aku masih lagi di sekolah rendah. Ingatanku masih segar kepada watak yang bernama KUNTA KINTE. Ikutkan heronya tak la handsome, tapi wataknya dianiaya orang kulit putih yang buatkan aku tidak lupa pada kisah kaum yang diperhambakan manusia yang angkuh. Angkuh dengan cara hidup dan kekayaan, angkuh dengan kemegahan senjata.

Belakang badannya penuh calar siksaan pedati. Keluarga wanita habuan lelaki kaya dan tentera memuaskan nafsu. Tenungan mata KUNTA-KINTE memang tajam, tajam lagi kekuatan dan semangatnya untuk memerdekakan dirinya dan kaumnya. Sakit disiksa adalah penawar untuknya bangunkan diri secara terhormat.

"Alex Haley's Pulitzer Prize-winning book `Roots' inspires all people to embrace their heritage. As we discover our personal history, we realize that all members of the human family share a universal bond.

In Roots, Alex Haley remids us that only through individual efforts will their country overcome racial and ethnic anger, guilt, hatred and fear, and remain a beacon of opportunity and hope for oppressed people around the world.

The strength and preserverance of an ancestors such as Kunta Kinte, teach universal lessons including survival through faith, strength through family, and wisdom through forgiveness"

(The Kunta Kinte - Alex Haley Memorial Story Wall Plaque'

Hari ini kaum KUNTA KINTE membuktikan, mendabik dada, megah. Dulu kami di bawah, kini kami di atas. Dulu kami diperhambakan, diseret, leher-tangan-kaki berantai besi. Kini kuasa di tangan dan kaki kami, diperoleh secara terhormat bukan merampas, bukan menindas. Inilah roda kehidupan, keturunan kulit hitam, penghuni white house, kini kehendaknya disediakan orang kulit putih. Indahnya pembalasan, natijah penganiayaan.

Tahniah OBAMA! Moga pimpinannya membawa sinar perubahan perdamaian sejagat terutamanya kepada muslimin muslimat. Moga hatinya tidak membatu sepertimana BUSH. Bukalah hatinya, sentuhlah hatinya dengan kekejaman yang di depan mata. Berilah erti kedamaian hidup sebenar kepada rakyat Palastine dan bumi Iraq. Lakukan sesuatu yang mulia, supaya akhir pekhidmatan mu nanti tidak dibaling kasut sepertimana BUSH.

Masihkan `Melayu Mudah Lupa'? Kembalikan zaman kegemilangan Hang Tuah `Takkan Melayu Hilang Di Dunia'

Monday, January 19, 2009

FREE FOR PALASTINE

Hatiku betul2 tersentuh membaca kenyataan2 di bawah.
  • Orang Islam bersaudara, siapakah aku ini dengan bumi dan rakyat palastine?

  • Mampukah aku? Dimana kekuatan dan jihadku?

  • Cukupkah sekadar doa dan bantuan kewangan?


GAZA ITU MEMANGGILMU
(dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09)

tangisan itu memanggilmu
ratapan itu merayumu

suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah

suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka airmata dosa
membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara

darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan

hulurkan tangan pertolongan demi Tuhan!
buat Palestin yang ditawan!


(http://www.mohdtaha.blogspot.com/)
Dlm khutbah semalam sebut 3 cara kita boleh ambil:

1. mengecam (i.e melalui demonstrasi, melalui penulisan mcm blog, etc);

2. menentang (dengan cara seperti memboikot, etc); dan

3. mengubah.Mengubah ni maksudnya jangan menganggap jumlah org Islam yang besar ni satu kekuatan. Sebenarnya ia adalah satu ilusi. Realitinya pula Israel dan Yahudi yang jumlahnya sedikit itu boleh menghancurkan dan memusnahkan jumlah yang besar.Jadi apa yang perlu diubah? Kata khatib tu, yg perlu diubah adalah satukan kembali hati2 org Islam. Jgn ada perpecahan. Org Islam mesti bersatu dan jangan berilusi dan mengagung2kan kekuatan dan kehebatan Islam masa lalu sahaja sedangkan kita pada masa ini sangat lemah dari segala segi. Hadapi realiti kerana realiti itulah hakikat yang sebenar. Dalam kes ini, Israel itu satu realiti yang kita semua perlu bersatu dan menentangnya sampai hancur dan musnah. Maka itu, khatib menganjurkan utk kita semua berubah.Mudah2an dunia Islam, terutama dunia Arab yg hampir dengan Palestin tu bangun dari mimpi, menyedari realiti dan sedia utk berubah, bersatu dan membantu saudara2 kita yg sedang dibaham oleh Israel.

Friday, January 16, 2009

THE ANSWERS `ARE YOU TRULY MALAYSIAN?'

1. Northern slang for 10 sen
2. Lake Gardens
3. Negeri Sembilan dialect, meaning "What's there to say?"
4. Roti bom, roti pisang, roti planta, roti telur, roti sardin, roti bawang, roti tisu etc u know
5. Sago
6. Minyak gamat made from sea cucumber, for wounds
7. Budu
8. Northern dialect that means coming and going but ending up at the same spot
9. Pomelo (Limau Bali)
10. String hoppers
11. Bah
12. Air Batu Campur (ABC)
13. Six yards
14. Batu Ferringhi
15. Kopi cham
16. The news
17. Keris
18. Congkak
19. Wira
20. "Other" or Lain-lain
21. Lat
22. A corruption of "go astern"
23. P. Ramlee's Getaran Jiwa
24. 1992
25. Jalur Gemilang
26. "Datuk"
27. Jaguh
28. There's none
29. Baba

Tuesday, January 13, 2009

ARE YOU TRULY MALAYSIAN?

To all u Malaysians out there, no matter where u are now residing, want to find out how Malaysian u are still?

Let's go! Have fun! HOW MALAYSIAN ARE YOU? NO CHEATING Haaa........

1. How much is satu kupang?

2. Where's the favourite spot to take wedding pictures in Taiping?

3. In what dialect is Apo Nak Di Kato?

4. Name at least five variations of roti canai.

5. What is the staple food of native Sarawakians.

6. Name a popular Malay ointment made from "cucumber"

7. Name the sauce made from fish or shrimp that the Kelantanese love.

8. What does pi mai pi mai tang tu mean?

9. Which fruit is Ipoh famous for?

10. What is the English name for putu mayam?

11. "Lah" is to Peninsular Malaysians as"..." is to Sabahans.

12. What does ABC stand for?

13. How long is a sari?

14. Name Penang's famous beach.

15. How do you order coffee mixed with tea at a kopitiam?

16. What's on Malaysian TV at 8pm?

17. On one side of our RM1 coin is the bunga raya, what's on the>other?

18. Now what's on our 10 sen coin?

19. What was the name of the KL Commonwealth Games 1998 mascot?

20. When you fill in a form, if you're not Malay, Chinese or Indian, you are...?

21. Who is Malaysia's favourite Kampung Boy?

22. How did the word "gostan" come about?

23. Lobo's Whispers in the Wind is the English version of which famous Malay song?

24. When did Malaysia last win the Thomas Cup?

25. What is the name of our national flag?

26. If you want 4D numbers, who do you consult?

27. What's the name of the Malaysian-made 175cc motorbike?

28. Name our national bird.

29. If the father is a baba, and the mother is a nyonya, the what is the son?

SCORES AND EVALUATION :

0-10 Malu-lah you! We suggest you spend at least one hour a day at your nearest coffee-shop.

11-20 Boleh pass. Okay, you may claim to be the average Malaysian with a score in this range but you could watch less CNN and more RTM.

21-29 Wah, you one true blue Malaysian-lah. Top quality belacan. We are truly impressed, especially if you know the answer to No. 23 which we admit is very tricky!

THE ANSWER:

Wait till next posting beb....... Ready with your answers first. Write it down in COMMENTS

FREE PALASTINE