Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Monday, March 23, 2009

ROTI BAKAR BAWANG PUTIH DAN SOS

Kawan2 semua patut try resepi kawan saya, Ba'yah. Sekali jamah saya sudah berkenan sama itu KESEDAPANNYA. Cubalah, kerana pastinya anak anda pun suka.

ROTI BAWANG PUTIH

Bancuhan Butter
5 sudu besar butter
4 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
sedikit oregano

Beberapa keping roti sandwich
(kalau nak crispy, gelek dulu roti bagi nipis jdlah snack)

Aturannya:-
1. potong roti ikut suke
2. sapu dengan bancuhan butter
3. bakar dlm oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah celcius atau hingga garing kekuningan

SOS

4 biji kentang
1 btg karot (lebih tambah manis sos)
1 kiub pati ayam (boleh digantikan dengan sedikit daging ayam kisar)
1 biji santan / 1 tin susu segar/cair
air ikut kepekatan yang dikehendaki
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Pilihan: Masukkan sedikit cendawan butang segar/tin yang dipotong dadu kecil2 untuk menambah kesedapannya.

Aturannya:-
1. Blend kentang rebus & karot hingga halus
2. Tuangkan ke dlm periuk dan masukkan santan & air secukupnya
3. Masukkan bahan2 lain & masak hingga mendidih sambil dikacau selalu
4. Perasakan dgn garam secukup rasa.

p/s Terima kasih Ba'yah. Nak resepi muffin you pulak boleh!!!!! You kan pakar memasak western2 cuisine ni.