Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 28, 2009

AKU PENCINTA SEJARAH


Suked8787 dah komplen, katanya blogku dah bersawang. Disuruhnya aku cuci semua sawang itu dengan entry yang baru.

Diamku bersebab... bukan kerana masalah keluarga, bukan kerana masalah kerja dan bukan kerana masalah peribadi walapun perutku masih juga meragam. Malamku sekarang bukan diperuntukkan untuk mengemaskini blog, tetapi aku lebihkan masa hingga jam 2 - 3 pagi semata-mata untuk membantu, membimbing dan menyemak laporan anakku EKMAL HASIF dalam menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah PMR bertajuk Bangunan Bersejarah. Bangunan pilihannya adalah BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD.

Sedari awal telahku pesan padanya, mengkaji sejarah memerlukan komitmen dan banyak pengorbanan. Mengkaji sejarah tidak boleh dibuat sambil lewa kerana ianya fakta. Sejarah yang baik tidak hanya bergantung pada usaha individu tanpa kerajasama masyarakat sekelilingnya. Aku sebagai mama, harus menjadi tulang belakang yang kuat untuk EKMAL mengenal sejarah... bukan hanya sejarah keluarga (tujuan utama lahirnya blog ini), sejarah Malaysia, sejarah bangunan kebanggaan negara, malah lebih lagi sejarah ketuanan Melayu.

Semalam, aku turun padang bersama rakan sekolahnya hanya untuk tujuan mengkaji dan mengumpulkan sejarah. Kehadiran mama bukan sebagai penyibuk tetapi adalah sebagai pembimbing supaya mereka benar2 `MENGKAJI SEJARAH' sebagai anak bangsa `MALAYSIA YANG MERDEKA'.

Kerjasama telah kuaturkan dengan pegawai dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, semata2 untuk sesi soal-jawab selama 1 jam bagi tujuan mengumpul maklumat dan pengesahan fakta. Terima kasih tidak terhingga kepada adik MOHD. AIZAM ABDULLAH dari Jabatan Warisan Negara kerana sudi meluangkan masa membantu anakku dan rakan sepersekolahannya. Banyak maklumat berguna telah kau berikan sebagai panduan untuk mereka menyiapkan tugasan dengan padat, berinformasi dan berkualiti.

Mari kita layan sebahagian dari aktiviti mereka semalam melalui foto yang kurakamkan. Aku bukan sekadar jurufoto mereka, malah telah disalah anggap oleh guru2 dan rombongan pelajar sekolah2 yang lain sebagai coordinator galeri. Itulah kelebihanku pabila AKU CINTAKAN SEJARAH dan akan kupastikan laporan anakku nanti dijadikan rujukan.



Sebelum kulepaskan mereka semua ke rumah dan keluarga masing2, aku mengajak mereka berfikir pada kata2 ini....

NENEK MOYANG KAYA-RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Berfikirlah dalam konteks pelajar, rakyat Malaysia yang berpatriotisma, dan letaknya MELAYU DI MATA DUNIA. Bangunah semua anakku. Mama hanya mampu membimbing selagi kudrat terdaya.

Semoga impian salah seorang anakku untuk menjadi MENTERI tercapai. AMIN.

6 comments:

MariaFaizal said...

You're definitely the coolest mom, sis!

SYAbAR said...

Thank you Maria....

Diamilikku said...

kak..
semangat cintakan malaysia su semakin berkobar2 sejak balik dari BTN..banyak ilmu yang su dapat di sana..banyak pengalaman baru yang diraih..dan sesungguhnya bertukar2 pandangan dan fikiran dengan rakan2 dari tempat lain memberikan ilmu yang cukup bermakna...serius kak..memang patut semua anak malaysia hadir kursus ni..baru semua akan sedar...

"Sejarah Mengajar Kita Menjadi Lebih Dewasa..."

suked8787 said...

Chayokkk!Chayokkk!Chayokkkk!!

"HIDUP MALAYSIA"

Anonymous said...

aaa penat scroll...bawahhh baru ada kak min hikhik. bravo yeah!

SYAbAR said...

Sone,
Teringin gak akak nak attend kursus2 ketatanegaraan ini. Kata nak mai KL, bila?