Tuesday, March 31, 2009

ADEL YANG SAKSAMA

Letih aku menepis supaya tidak diganggu. Angkat letak tempat lain, merangkak balik ke tempat asal. Minat betul budak2 sekarang dgn teknologi IT terkini. Tambah2 ada sokongan muzik, lg la susah nak gerak jauh. Siap ketuk2 keyboard dan gelak lg. Anak buah pun sayang, kat lappy pun sayang, jalan terbaik tutup dan simpan saja. Selamat keduanya.

Inilah gelagat ADEL, buat kerja dalam diam. Ada pula sesuatu di sebelahnya yang menarik perhatian.

Biar adil, alang2 nak kacau, kacau keduanya. Tadi aku, kini Pak Chaqnya pula. Camna nak tulis jurnal bila pen ditangan dibawa lari. Mujur tak dicontengnya. Last2, pak sedara pun simpan semua dan nonton TV.

Tak cukup dengan itu, dikacau lagi. Akhir kisah, angkat letak dipangkuan dan didukung barulah puas hatinya dan senyum gembira.

Anak kecil, hendak perhatian kita sebenarnya.

GEMBIRA

Petang semalam hujan begitu lebat dan aku masuk ke rumah bersama baju yang basah. Belumpun sempat aku letakkan tas tangan, suami berkata `MAMA AMNI DAPAT NO.1'. AMNI hanya diam dan khusyuk menulis jawi. `Periksa Pertengahan Tahun pun belum, dapat No.1 untuk apa?' tanya aku pada abahnya.

Terus abahnya tunjukkan sesuatu di atas meja. `Tu ha, BEKAS AIR hadiah No.1'. Ringkas aku bertanya, `menang apa?' Jawab AMNI, `menang pertandingan karangan la mama. 3 orang yang menang. AMNI dan 2 pengawas'.

Untuk mendapatkan kesahihan, maka terus aku hubungi Guru Kelasnya. Benarlah adanya, AMNI mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menyambung Cerita anjuran Panitia Bahasa Melayu untuk Tahun 3. Kejayaan bermula di dalam Kelas, sebelum menyerlah gemilangkan sekolah. Walaupun hanya bekas air plastik bertutup hijau, ia tetap menjadi kebanggaan kepada seorang murid dan anak kecil di atas perjuangannya. Keep it up AMNI!

p/s Terima kasih CIKGU HASUZANA atas keprihatinan anda membimbing anakku untuk berjaya. Kawan2ku, pandai2lah mengambil hati guru2 anak2 kita. Jangan kita hanya beranggapan `DAH TUGAS GURU' tanpa sesekali terfikir kebajikan untuk mereka juga.

Dan yang pastinya aku gembira berganda diberikan cederahati dari seberang oleh seseorang....

Monday, March 30, 2009

NUKILAN DIHARGAI

Syoknya aku. Kata orang jauh di mata dekat dihati. Walau tak pernah kenal secara peribadi, namun melalui penceritaanku selama ini, rupanya melekat juga dihati bloggers yang lain. Alhamdulillah kerana aku bisa menawan sesuatu dari segelintir hati.

Adakah aku syok sendiri.... ooooops terlebih sudah? Kalau yang tak suka, nak ciplak sikit kata bloggers lain `PEDULI HAPE AKU'. Padaku, melalui blog aku terapi diri.

I really appreciate your help and gift Tinie. It's really meaningful because `I HAVE FRIENDS WHO ARE THINKING OF ME'

Sunday, March 29, 2009

PROJEK 90% SIAP

Minggu ini memang minggu sibuk buat aku. Sabtu pagi awal2 lagi dah bawa HAKIM dan EKMAL keluar. Pertama dahulukan sebab utama bawa HAKIM keluar dari asrama iaitu ke klinik periksa kaki HAKIM yang masih sakit dan dapatkan surat pengesahan Dr.

Lepas tu, bawa mereka shopping barangan runcit mingguan. Sempat juga pekena mama dengan membeli barang2 peribadi mereka. Layan saja sebab lepas ni mereka pulak terkena. Tiap kali shopping, botol azimat kesukaan mereka mesti tak keluar list. Bangganya mereka tunjukkan botol itu. Tak kata ke depa saja, mamanya pun sama. Maklumlah cucu tauke telur ayam. Tak sah la nikmati telur rebus atau separuh masak tanpanya. Habis shopping terus pi tapau lauk-pauk utk makan tengahari sebab memang tak sempat nak masak memandangkan jam 2 ptg EKMAL, ADNIN & AMNI tuisyen. Petang lepas hantar mereka, bawa HAKIM ke Pustaka Rakyat untuk beli barang2 kejuruteraan elektrik. Mahal rupanya barang2 keperluan kursus ini. Nipis lagi dompet mama.

Bila semua kerja rumahtangga dan hal anak2 dah selesai, maka bermulalah waktu untuk mereka meletihkan diri masing2 dan bantu aku siapkan projek yang mengambil masa 2 hari untuk siapkan 90%.

Beginilah permulaan projek. Mama selaku pengurus projek akan sentiasa pastikan perjalanan projek mengikut jadual. Semua pekerja kena mainkan peranan masing2. Lelaki dengan kerja2 kasar. AMNI dan CT kerja2 kebersihan dan pastikan minuman tak pernah kering. Tak ada istilah curi tulang. Kalau ngelat maka kedengaranlah suara `Kak Bee' Anak Mami.

Mai kita layan apakah projek itu:-

Arkitek dan Pereka Dalaman

Tukang2 Cat

Nak ambil hati mereka untuk lebih rajin dan gembira melakukan tugasan, awal2 dah bg tau yang mama dah order 3 ekor ayam panggang. Psikologi kena kuat beb. Ni la kali pertama order ayam internet. Nama ayam panggang ni Lemon Rosemary Chicken yang dimasak oleh chef blog http://dj-lrc.blogspot.com/. Siap penghantaran ke rumah. Bestnya, sebelum makan kena perah lemon atas ayam dan cicah dengan sos black pepper. Wadussss macam2 ada.... rasa masam. manis, pedas.


Hari Ahad 3.30 ptg perlu hantar HAKIM pulang asrama. Maka jam 2.30 ptg siaplah 90% projek kami. Baki 10% kerja mama nanti untuk penambahbaikan. . Inilah hasilnya.

Amacam OK ka?
Wajah girang mereka setelah 90% projek siap
Beginilah kisah hujung minggu seorang ibu dan keluarganya. Ingat nak habiskan posting tapi tak berdaya, katil dah panggil untuk aku berbaring lepaskan lelah.

Friday, March 27, 2009

SI RIBEN MERAH


Kalau anak perempuan aku cun camni, tak menang tangan nak tepis.....

Hari ini pada jam 11.43 pagi, aku terima sms berbunyi `Salam. Kak, mlm neh bz x? Sebab nombor ni tak disimpan dlm rekod hp, makan akupun sms balik tanya `Sapa ni?'. Dok sat lepas tu mesej masuk `Riben. Hehe'. Kebetulan dia kat Putrajaya, hari Jumaat rehat panjang, akupun buat keputusan untuk jumpa Riben kat Alamanda.

Syok betul jumpa Riben yang merah dengan keramahan. Korang tau, Riben belanja aku makan kat Burger King. Dia siap tanya, `kak diet ka!' sebab aku order onion ring dengan manggo juice je. Orang sihat macam akak ni mana nak diet sgt dik...... Sebab dapat jumpa kau la terus dah kenyang gembira. Aku geram betul, time dok sembang hp aku bunyi tak berenti, sat orang ni sat orang nu. Kacau daun betul depa.

Kalau tak sebab tugas, mau lepak lama. Tapi apakan daya. Alhamdulillah, hari ini aku jumpa seorang adik manis tapi celah tu aku ingat yang aku ada sorang lagi adik. So kena bagi adil. Nak tau camna aku bagi adil untuk keduanya, tunggu posting SI RIBEN MERAH........

Dekat anak buahku yang gegerd pun aku tak lupa......


Ini Hajar. Bloggers yang Riben jemput untuk joint kami. Memboyot pun sanggup turun. Tahniah! Hajar, give me a call on Friday. Kita lepak kat Street Mall pulak.

Thursday, March 26, 2009

TRANSFORMASI

Kawanku di atas betul2 buat aku cemburu
Cemburu bukan kerana irihati
Aku teruja kegigihannya
Semangatku membara
Tatkala aku juga malu adanya
Kawanku sudah linkungan 50an
Sudah bercucu 1 tahun 3 bulan
Kami berjumpa sebab bertujuan
Menjemput aku ke perkahwinan
Jangan salah sangka, bukan perkahwinannya
Menjemput kami ke Dewan Tun Siti Hasmah
4 haribulan Along dan menantu diraikan
Alhamdulillah.... terima kasih kawan di atas ingatan

Inilah transformasi kawanku, TAHNIAH DATIN HAINI
Dari jauh, ingatkan Awin anakmu yang menungguku

Satu cabaran BESAR buatku........

BAYAR WA PUNYA OT

Bro, lu mesti bayar wa punya OT. Bukan sama wa saja. Wa punya assistant pun mau. Dulu lu beli itu cat, lu talak kasi tau lia punya kod. Banyak susah wa mau cari, sulah 4 tahun woooo, itu kedai punya tauke pun sulah padam. Wa ingat itu kale sulah sama, amacam mau buat, bila itu cat keling, itu kale talak sama wooo. Lu tau la, wa punya mata talak suka tengok itu tampung2 punya. Jadi ini malam, wa sama wa punya assistant bikin kelahan tenaga sama AMNI punya bilik. Jam 8 wa start, 12.30 wa berenti sebab itu lehel manyak letih. Esok sambung lagi. Wa pendek, itu tinggi2 punya hal wa talak sampai. Nasib baik wa punya asssistant boleh bantu gua. Bro, wa mau lu komen sama itu kale. Ada ngam ka. Kalau talak ngam kasi idea woooo.

Bro, ada ngam ka! Baru punya kaler ada shining

Assistant wa. Chef moleh, amoy tukang cat pun moleh

Tengok wa punya tangan cukup la. Wa pro bukan!
Sibilah tangan kasi cat, sibilah tangan standby tuala masah mau bikin lap

Wa manyak lotih tapi apa macam tatau, mata talak mau titun. AMNI sulah landing baik wa punya tempat. Mata talak mau titun, simalam wa talak update blog, kasi update la.

Tuesday, March 24, 2009

SPORTS AND ME

Selagi punya kudrat, sehingga hari ini aku tidak pernah, memisahkan diriku dengan sukan2 kegemaranku:-

BADMINTON, BOLA JARING, BOLA TAMPAR, BOWLING

JANGAN MELAWAN FITRAH

Dunia ini tidak sempurna tanpa ANDA dan ilmu itu CAHAYA, ia tidak akan turun di hati yang gelap. Kalau nak berubah, meransang minda dan anjakan paradigma, JANGAN MELAWAN FITRAH. Melawan fitrah ertinya melawan diri sendiri. Orang yang melawan diri sendiri pasti akan sengsara dalam hidupnya!!!!

Rutin FITRAH

* Solat dan doa
* Maafkan semua orang
* Tidur mengiring ke kanan
* Bangun tidur senyum dan berdoa
* Buang air kecil
* Buang air besar
* Sarapan dengan pisang
* Keluar rumah kaki kiri
* Masuk rumah baca Basmallah, beri salam dan masuk dengan kaki kanan
* Senyum selalu
* Makan buah sebelum makan nasi
* Kasih sayang merawat segalanya
* Mandi ikut sunnah (basahkan dari hujung kaki perlahan2 naik hingga kepala)
* Pakai warna yang sesuai
* Buat apapun secara terbaik

Monday, March 23, 2009

ROTI BAKAR BAWANG PUTIH DAN SOS

Kawan2 semua patut try resepi kawan saya, Ba'yah. Sekali jamah saya sudah berkenan sama itu KESEDAPANNYA. Cubalah, kerana pastinya anak anda pun suka.

ROTI BAWANG PUTIH

Bancuhan Butter
5 sudu besar butter
4 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
sedikit oregano

Beberapa keping roti sandwich
(kalau nak crispy, gelek dulu roti bagi nipis jdlah snack)

Aturannya:-
1. potong roti ikut suke
2. sapu dengan bancuhan butter
3. bakar dlm oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah celcius atau hingga garing kekuningan

SOS

4 biji kentang
1 btg karot (lebih tambah manis sos)
1 kiub pati ayam (boleh digantikan dengan sedikit daging ayam kisar)
1 biji santan / 1 tin susu segar/cair
air ikut kepekatan yang dikehendaki
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Pilihan: Masukkan sedikit cendawan butang segar/tin yang dipotong dadu kecil2 untuk menambah kesedapannya.

Aturannya:-
1. Blend kentang rebus & karot hingga halus
2. Tuangkan ke dlm periuk dan masukkan santan & air secukupnya
3. Masukkan bahan2 lain & masak hingga mendidih sambil dikacau selalu
4. Perasakan dgn garam secukup rasa.

p/s Terima kasih Ba'yah. Nak resepi muffin you pulak boleh!!!!! You kan pakar memasak western2 cuisine ni.

SELESAI HUTANG

Kata orang2 tua, `kerja bertangguh tak menjadi'. Maknanya, aku tidak boleh melengah2kan tanggungjawabku melangsaikan hutang tag dr `2 Wanita Istimewa' ini. Oleh itu, lebih kurang minta halal ya dik......

MariaFaizal

It seems that the award comes with a set of rules which are:1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Scolding my kids. Ashame of myself when it happened.

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

(i) HAKIM - friendly
(ii) EKMAL - caring
(iii) ADNIN - smart
(iv) AMNI - loving
(v) Fun playing badminton with my kids
(vi) Their mum being an `all rounder' person. Up-down, left-right `mum is there with helping hand and support'
(vii) Love to hear their mum say `OK' but with respect to the leader cause my first word is`tanya ABAH dulu'

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Women with a MUM title deserve to receive this award on their own perception. I know that my friends regularly open my blog, at times act silence. It is best for me to share this award with all of you.

DiaMilikKu

JUST 2 THINGS. If you opened this, you should do it. Tag the the person who sent it to you and tag more of your friends.

Two names you are called that are not your real name:
None but
1. people love to call me MIN
2. even it's part of my name, I feel shy being called AZURA

Two things you're wearing now:
1. `Lucky draw' gold necklace
2. Wedding ring

What are 2 of your favorite things to do?
1. Cooking
2. Singing

Two things you want very badly at the moment:
1. Body/Foot massage
2. Honeymoon

Two of the people who will fill this out and return
1. MamaVogue3
2. Ba'yah (email will do!)

Two things you did yesterday:
1. Weekly groceries shopping
2. Cooked hubby & kids favourite dishes `Kurma Kambing'

Two things you ate yesterday:
1. Kurma Kambing
2. Pineapple Ice Cream

Two people you last talked to:
1. My Hubby
2. My IT Manager

Two things you are doing tomorrow:
1. Of course to update my blog
2. Fetch my kids to tuition centre

Two favorite holidays:
1. Coming soon, Bandung
2. Lone Pine, Batu Feringgi

Two favorite drinks:
1. Ice Cappucino
2. Manggo Lassi

JANGAN MEMBEBEL BILA LETIH BEKERJA

Sambungan kepada posting terbaru Bro Dj. Mengeluh2 juga, tapi sedarkah kita akan 17 KEUNTUNGAN RAJIN BEKERJA?

1. Dapat pahala
2. Jiwa menjadi tenteram dan lebih ceria
3. Gaji yang berkat
4. Tuhan ampunkan dosa
5. Doa diterima oleh Tuhan
6. Diri dan keluarga mudah cenderung ke arah kecemerlangan
(*diri/keluarga jadi baik * diri/keluarga jadi soleh * diri/keluarga akan berjaya)
7. Tuhan sembuhkan semua penyakit
8. Bentuk imej positif
9. Bentuk sejarah tersendiri
10. Di akhirat boleh jawab soalan "Dari mana kamu mendapat rezeki?"
11. Wajah menawan dan awet muda
12. Orang hormat dan sayang (atau dengki)
13. Peluang naik gaji/bonus dan pangkat
14. Kesan "halo"
15. Tempat rujukan
16. Terbuka pintu rezeki
17. Lebih seimbang dalam kehidupan

Sememangnya kita telahpun memiliki beberapa ciri-ciri di atas dan untuk melengkapkannya, banyak lagi pahit-getir dan laluan berliku yang perlu kita tempuhi.

p/s ANUAR MEMANG RAJIN BEKERJA, TAK MUDAH MENGAKU KALAH. TERBUKTI ANAK LANGKASUKA TAK GENTAR DI LAMBUNG OMBAK BADAI. TERUSKAN KEMAHSYURAN MAHSURI DALAM DIRIMU

Saturday, March 21, 2009

BABY AIDA


Pertama kali ke rumahku. Wajah di usia 2 bulan 2 minggu. Dah pandai ajak bersembang anak buahku ini.

PENGHUJUNG CUTI

Walapun bercuti sekolah seminggu, aktiviti 3 anakku sentiasa penuh. Nama saja cuti, tapi mereka masih komited dengan tugas2 seorang pelajar. Kerja sekolah, tuisyen dan kelas tambahan di sekolah berjalan seperti biasa. Hanya HAKIM a bit relax sebab involve dgn tournament. Hari ini masing2 menuntut.

HAKIM katanya sebelum pulang ke asrama esok, minta bermain bowling bersama2 kawan sekolah lama. Lepas hantar 3 yang lain ke pusat tuisyen, aku bawa HAKIM ke Mines untuk berjumpa kawannya sambil menemani mereka bermain bowling. 2 jam setengah sangkut melayan anak2 muda ni. Ke parit ke longkang, belasah je mereka. Bagiku, janji HAKIM enjoy dan bersemangat pulang ke asrama esok.

Sampai rumah, 2 yang kecil pula menuntut. Dah ready dengan baju tema. Abah kata layan saja, bawa semuanya ke Mines juga. Nasib baiklah tak que panjang, makbul hasrat mereka walapun masuk panggung filem dah start 10 minit. Keluar panggung masing2 muka puas. Ajak terus pulang rumah tanpa lain2 permintaan dan membantah. Lega.... aku dah lelah sebenarnya, nak juga rehat.

Friday, March 20, 2009

HENDAK SUAMI PANJANG UMUR?

Sapa tak sayang SUAMI kan! kan ! kan! Oleh itu....

Kurangkan bercakap
Banyakkan puji suami
Peluk suami walaupun hanya 10 saat tiap2 pagi
Doakan suami supaya panjang umur
Beri suami apa yang perlu sebelum diminta

ketahuilah kita kaum Hawa bahawa

MASJID BAGI ORANG PEREMPUAN ADALAH SATU SUDUT DI RUMAHNYA

PABILA ILMU SINGGAH DI DADA - II

CABARAN 48 JAM. Mengapa? Rupa2nya ilmu yang diterima, jika tidak diamalkan dalam tempoh tersebut, 95% informasi yang diterima akan terpadam dari kotak fikiran. Dalam tempoh 24 jam, 80% terpadam. Oleh itu, selagi ianya masih kuat difikiranku, baik kita berkongsi ilmu berguna ini.

PUNCA SEMPIT / TIDAK BERKAT REZEKI

1. Hati yang kotor
2. Tinggalkan solat
3. Enggan bayar zakat
4. Derhaka pada ibubapa

Kata Ulama:-
Seorang anak itu apabila lama tidak pulang menziarahi ibunya, tidak menelefon bertanyakan khabar ibunya dan apabila ibu itu sendiri menelefon kerana rindukan anaknya, maka kamu adalah ANAK DERHAKA"

5. Lemah dan malas
6. Kurang ilmu
7. Ponteng / curi masa
8. Kurang berdoa
9. Tidak satu hati
10. Tidak Bersyukur
11. Tidak dapat sokongan pasangan / ibubapa
12. Putuskan hubungan kekeluargaan
13. Enggan bayar hutang
14. Perzinaan / homosexual
15. Membiarkan keluarga derhaka
16. Cuai ketika kencing
Pesanan Buat kaum Adam
Elakkan kencing berdiri kerana ianya amalan syaitan dan tertutup pintu rahmat.
Berdehemlah (EHEM) sebanyak 3x selepas kencing sebelum dicuci untuk mengeluarkan baki kencing yang tertinggal di dalam ......... Cara ini menghindarkan kanser prostat, batu karang

Pesanan Buat Kaum Hawa
Lakukan urutan dari pusat ke bawah (ari2) sebanyak 3x sebelum dicuci. Cara ini dapat menghindarkan dari terkena penyakit tidak lawas kencing

Info Tambahan buat Adam & Hawa
Untuk memudah urusan pembuangan AIR BESAR
disyorkan memerengkan badan ke sebelah kiri sambil memicit2 perut sebelah kiri
(Pengesahan Sin Sei Cina dan pengamal Ayurveda, Hindu)
Badan mereng ke kiri, tangan kanan diletakkan di atas kepala sambi memicit2 perut sebelah kiri(Sunnah Rasulullah saw)

17. Riak / menunjuk2
18. Merahsiakan ilmu
19. Makan harta riba
20. Makan harta anak yatim
21. Sering berdusta
22. Rasuah
23. Berkhianat
24. Mengungkit pemberian
25. Selidik rahsia

KRITERIA ORANG BERSYUKUR

1. Berterima kasih sesama manusia
2. Elak buat maksiat dan dosa
3. Ingat mati dan bersedia untuk mati
4. Bantu orang lain
5. Buat apapun terbaik
6. Sentiasa bersedekah kepada yang memelukan
7. Sentiasa berubah kepada yang lebih baik
8. Sifat Qanaah (syukur) dan zuhud (tidak membazir)

PABILA ILMU SINGGAH DI DADA - I

Seperti yang dinyatakan dalam posting terdahulu, aku ingin berkongsi ilmu yang dipelajari semalam dalam konteks KAWAN - PERSAHABATAN.
Sabda Rasulullah saw:-

"Bukan umatku orang muda yang tidak menghormati orang tua
Bukan umatku orang tua yang tidak sayang kepada orang muda
Doa kawan untuk kawan itu makbul selama mana ia tidak dihebahkan
Orang yang berterima kasih akan sentiasa mendoakan kawan2nya"

KAWAN YANG BAIK
  • Selalu mendoakan kawannya
  • Memaafkan kawannya
  • Membantu kawannya
  • Membahagiakan kawannya
  • Tegur & bangunkan kawannya
  • Ziarah kawannya

Sedarlah kita, apabila kita berniat untuk menziarahi kawan, gugur dosa kita dalam setiap langkah ke rumahnya. Naik martabat kita dan mati syahid kita sekiranya ditakdirkan sampai ajal kita dalam perjalanan ke rumah kawan kita itu.

Pada tahun 2001, kajian yang dijalankan di Amerika telah membuktikan, seseorang yang memaafkan orang:-

  • 1. Hatinya menjadi lapang
  • 2. Kurang stress
  • 3. Lebih bahagia
  • 4. Lebih Produktif
  • 5. Lebih sihat
  • 6. Hubungan seks lebih baik

TUAH ANAKKU

Terjagaku dari tidur, dengan senyuman, kutadahkan tangan ke langit dan berkata:-

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku bersyukur KepadaMU kerana masih mengidupkan aku
Jadikanlah hidupku hari ini lebih baik dari semalam
Sekiranya aku ditakdirkan mati pada hari ini
Matikanlah aku di dalam iman

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosaku, suamiku, ibubapaku, anak2ku, adik2ku
Saudara-maraku, jiran2ku, sahabat2ku dan seluruh muslimin muslimat

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku ampunkan dosa suamiku, ibubapaku, anak2ku, adik2ku
Saudara-maraku, jiran2ku, sahabat2ku dan seluruh muslimin muslimat
Amin Yarobbal Alamin

Semalam, seharian aku berada di taman syurga. Guruku semalam adalah Y.Bhg. Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Terima kasih guruku dan syarikatku. Aku akan berkongsi ilmu2 yang berguna ini dengan semua di dalam tinta seterusnya.

Pagi ini hatiku berkobar gembira kerana anakku HAKIM pulang denga kemenangan. Sebelum bertolak pada Isnin lepas, pesanku padanya `JAGA DISIPLIN, BUAT YANG TERBAIK, BUAT IKUT KEMAMPUAN, JANGAN BAHAYAKAN DIRI'. Hari Selasa, aku relax. Hari Rabu, perasaanku tidak menentu. Aku tahu aku tidak dapat mendengar suara anakku. Apa yang boleh aku lakukan adalah menghubungi Auntie untuk bertanya perkembangan pasukan mereka terutamanya HAKIM. Lega hatiku pabila diberitakan HAKIM telah memperolehi 2 kemenangan. Auntie berkata padaku, `Nak bagi semangat pada anak ya kak!' Aku mengiya dan mendengar master memanggil anaknya, `Boy, get HAKIM. Mama call nak bagi semangat'.

Aku gembira dapat bercakap dengan HAKIM tapi mula risau bila dia katakan kakinya sudah mula terasa sakit. Pesanku padanya, BUAT IKUT KEMAMPUAN, JANGAN GAGAHKAN DIRI KALAU DAH TIDAK BERDAYA. INSYAALLAH HAKIM AKAN BERJAYA'. Full stop and end.

Pertarungan kali ini bukannya mudah. Persatuan Teakwando WTF bergabung, melibatkan pasukan Kedah, Kelantan, Perak, Johor, Melaka, perintis putra dari Tentera Darat, Laut dan Udara termasuk yang digeruni pasukan jemputan Singapura. HAKIM seperti biasa mewakili Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku hubungi master sekali lagi. Aku gembira, anakku nanti pulang dengan pingat walapun hanya ditempat ke-3. Walaupun gembira, aku tetap risau kerana HAKIM kakinya tercedera, berjalan pun perlu dipimpin kawan. Kukhabarkan pada abahnya, dia kata `relax, cedera camtu biasa la'. Memang aku dah bersedia dengan risiko kalau mengizinkan anak mengambil bahagian dalam perlawanan sebegini, tapi dah namapun mamanya. Hati ibu mana tak gusar jika anak tak di depan mata. Terus saja kuhubungi Auntie supaya bawakan anakku ke Klinik Panel kerana pada HAKIM telah kubekalkan kad perlindungan insurans. Master tak perlu risau kerana `zero payment'.

Semalam, sebaik menghantar ketiga2 adiknya ke tempat tuisyen, aku bergegas ke ke rumah master untuk menjemput HAKIM pulang. Lega...., walaupun melihat anakku berkaki bengkak dan jalan terhencut2. Abahnya betul2 gembira bila HAKIM tunjukkan medalnya. Terus lapar katanya, dan kami di bawa ke Naili's untuk menjamu selera.


Ps/ THANK YOU AUNTIE SZE TOO AND SIR SHASHI FOR YOUR KINDNESS AND CARING

Wednesday, March 18, 2009

DEDICATED TO

HOTTEST UMIE - DiaMilikKu
Hopes that you love the LIPS

SUPERB HOUSEWIFE - MariaFaizal
My imagination of your childhood

PERSONA BLOGGER - NahartiniA friendship SUSHI for you

DESCRIPTION OF MINE

You Are Very Warm

You are kind, caring, and empathetic.A lot of warm energy radiates from you.
And it's not an act - you truly like people. You get a charge from people being around you.
You are easy going and very socially adaptable. You're willing to overlook peoples'quirks.
You enjoy meeting people from all walks of life and helping them if you can. Giving makes you feel good.

Friendship Grow and Lots of Love For CHEERING UP My Blog.