Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Showing posts with label BISKUT. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

TART NENAS AYU

Bahan-bahannya:-

1 buku mentega (250gm)
3 sudu besar susu pekat
1 1/2 sudu besar minyak sapi
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
tepung secukupnya - diayak

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega, susu pekat & minyak sapi hingga cair.
2. Masukkan kuning telur & pukul lg.
3. Masukkan tepong bersama garam sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut untuk dijdkan samperit.
4. Tekan dgn jari kelingking di tengah2 samperit & letakkan jam nenas yg telah dibulatkan.
6. Bakar sehingga kekuningan

Wednesday, September 16, 2009

BISKUT MANIK LEMON

Bahan-bahannya:-

11 auns tepung gandum - diayak
4 auns gula halus
7 auns mentega/marjerin
1 sudu teh pati lemon
1 sudu teh baking powder
sedikit kulit limau kering yg dihiris halus
manik secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang & masukkan lemon paste.
2. Masukkan tepung yg diayak bersama kulit limau.
3. Gaul hingga rata. Terap dgn acuan kegemaran dan taburkan manik diatasnya.
4. Bakar hingga masak.

BISKUT CHIPSMORE MAMA

Bahan-bahannya:-

1 buku mentega (250gm)
1 cawan gula aising
1 cawan gula perang
1 cawan cokelat chips
1 cawan walnut - dikisar halus
4 cawan tepung gandum
1 susu teh esen vanilla
1 biji telur
sedikit mix fruit

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega & gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Ayah tepung bersama baking powder dan sekatakan.
4. Masukkan tepung ke dlm adunan mentega sedikit demi sedikit bersama cokelat chips, walnut & mix fruit.
5. Sudukan adunan ke atas loyang yg telah digriskan.
6. Bakar sehingga keperangan (120C)

Tuesday, September 15, 2009

BISKUT KULIT KERANG


Biskut wajib keluarga kami
Bahan-bahannya:-

1 mug gula icing
1 mug gula halus
2 1/2 ketul butter 250gm
3 mug tepung jagung } ayak
5 mug tepung gandum (paras) }
5 biji kuning telur
4 sudu besar susu pekat
2 sudu teh esen rose
2 sudu teh baking powder
sedikit serbuk cokelat/koko

Cara membuatnya:-

1. Pukul gula & mentega hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur & esen rose. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking power & uli sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan sedikit serbuk cokelat/koko.
5. Kepal memanjang kedua2 adunan & cantumkan.
6. Masukkan ke dlm kelongsong acuan & pam. Potong adunan dgn benang.
7. Bakar sehingga kekuningan (120C)

BISKUT RINTA

Projek gotong-royong buat kuih raya bersambung pg Sabtu dengan membuat biskut ini.

Bahan-bahannya:-

1 cawan gula halus
1/2 tin kecil mentega
1 cawan tepung gandum/rose
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu
1 cawan kepala kering panggang/goreng
1 biji merah telur
1/4 sudu teh baking powder
sedikit esen vanilla
sedikit kuaci hijau utk hiasan
1 biji putih telur utk sapuan

Cara Membuatnya:-

1. Pukul gula & mentega hingga kembang.
2. Masukkan merah telur dan esen vanilla.
3. Gaulkan semua tepung bersama kelapa & baking baking powder.
4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran gula & mentega yg dipukul td ke dlm adunan tepung & uli sebati.
5. Tekan dgn acuan kegemaran & hiaskan dgn kuaci. Sapukan telur putih di atasnya.
6. Bakar hingga biskut kekuningan.

CORNFLAKES MAMA

Bahan-bahannya:-

250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula aising
2 biji kuning telur
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1 cawan tepung gandum }
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan mix fruit
conflakes secukupnya mengikut kegemaran
sedikit ceri merah utk hiasan

Cara membuatnya:-

1. Putar mentega dgn gula hingga kembang & masukkan kuning telur & esen vanilla.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sebati.
3. Tambahkan cornflakes & mix fruit. Uli utk mendapatkan adunan yang berderai.
4. Taburkan adunan ke dlm acuan kertas. Hias dgn ceri.
5. Bakar sehingga keperangan (120C)

Monday, September 14, 2009

BISKUT MAZOLA

Tahun ini beberapa orang ibu mintakan Kak SYAbAR mengajar mereka membuat kuih2 raya yang simple tetapi sedap. Tak mahu hampakan harapan mereka, mlm Sabtu lepas kami mulakan aktiviti gotong-royong di pondok riadah. Dugaan betul mlm tu, maklumlah bekalan elektrik yang disambungkan ke pondok tidak cukup utk menampung oven2 pembakar. Last2 Kak SYAbAR keluarkan juga oven antik dapur gas.

Semua resepi2 biskut adalah yg diajar mama dulu. Teringat Kak SYAbAR, pertama kali berani buat kuih sendiri ketika mama dihospital bersalinkan adikku AMAR. Jiran tetangga memuji mama kerana punya anak serajin Kak SYAbAR yang pd ketika itu masih lg disekolah rendah.

Operasi bemula jam 9.00 mlm dan selesai jam 1.00 pg. Inilah hasil pertama kami pada malam itu....
biskut ni sgt gebu.... mcm tuannya jg

Bahan-bahannya:-

1 1/2 cawan minyak mazola/jagung - dimasak panas
1 cawan gula halus
5 cawan tepung gandum (paras) - diayak
1 1/2 cawan kacang tanah- digoreng & ditumbuk/kisar
1 sudu teh garam halus
1 biji telur kuning bersama sedikit pewarna kuning telur
sedikit kacang goreng yang dibelah 2 utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Satukan tepung, gula, garam & kacang yg ditumbuk/kisar & sebatikan adunan.
2. Tuangkan minyak panas ke atas adunan.
3. Gaulkan dgn sudu ketika minyak masih panas kemudian uli hingga sebati.
4. Canai adunan & terap mengikut acuan kesukaan.
5. Aturkan beberapa biji kacang goreng & sapukan telur kuning diatasnya.
6. Bakar hingga kekuningan (120C)