- 1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
- 2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
- 3. tidak akan bergelar seorang suami.
- 4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
- 5. tidak teman untuk bergurau senda.
Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan. Makanya, wanita tidak boleh 1. menjadi wali, menjadi rasul atau nabi dan memberikan talak.
WANITA DAN KEADILAN ALLAH
- 1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
- 2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
- 3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
- 4. tidak disentuh api neraka, jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.
Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada wanita yang tidak diberi kepada lelaki?..membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.
WANITA , KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN
Allah telah menetapkan kedudukan wanita adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud,
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan"
Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya dalam suray Ali-Imran, ayat 14 yang bermaksud,
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan"
Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan wanita ini ialah,
"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya"
WANITA DAN KUASA PUJUKAN
Kehebatan wanita dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:-
- 1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
- 2. Anthony dan Cleopatra
- 3. Hitler dan Matahari
- 4. Samson dan Delila
- 5. Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:-
- 1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
- 2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
- 3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
- 4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
WANITA DAN KUASA LAYANAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
WANITA DAN KUASA DOA
Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw.
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia"
WANITA DAN KUASA KETAKWAAN
Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw,
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya(serta menjaga solat dan puasanya)"
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.
Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita samada anak kecil, isteri mahupun ibu.
Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki. Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.
WANITA DAN TANGGUNGJAWAB
- 1. Tanggungjawab sebagai hamba Allah
- 2. Tanggungjawab sebagai isteri
- 3. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
- 4. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang
19 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADIS
- 1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
- 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- 3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah . Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- 4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
- 5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- 6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- 7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- 8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
- 9. Daripada Aisyah r.a. " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- 11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
- 12. Aisyah r. a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya. " " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya"
- 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- 14. Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- 15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- 16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- 17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- 18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Akhir sekali, sedarlah juga bahawa 2/3 daripada kaum hawa ini nanti adalah penghuni neraka. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan mendinding diri kita dari sifat2 keji dengan mengamalkan doa di bawah ini.
Kepada kaum hawa yang belum bertemu jodoh, cubalah amalkan doa ini
2 comments:
I'm so grateful that I'm a woman.Thanks sis for sharing these beautiful infos.
Agree dik Maria
Post a Comment