Sunday, August 30, 2009

BUBUR LAMBUK

Menu semalam adalah paling simple memandangkan mama kepenatan gara2 mengikut suami dan anak2 cari brg2 mereka di Jln TAR & Jln Bonus. Celah tu... sempat juga menyambar apa yg patut... !!!!

Bahan-bahannya:-

1 tin susu (saiz L) beras
2 genggam udang kering - ditumbuk
1 bungkus kecil daging kisar Ramly
15 ekor udang (saiz L)
6 ulas bawang putih }
5 ulas bawang merah } ditumbuk halus
1 sudu besar jintan manis }
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
2 sudu besar halba
1/2 tin cendawang butang } dihiris nipis
6 biji cendawan hitam (S) }
2 batang serai - dititik
2 inci halia muda } dimayang halus
5 helai daun kunyit }dimayang halus
3 cawan santan pekat
daun bawang, sup & bawang goreng utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Rebus beras hingga lembut dan agak hancur.
2. Tambahkan air. Masukkan serai, udang kering, daging kisar, bahan yang ditumbuk, halba, halia dan lada hitam. Apabila mendidih masukkan santan, semua cendawan, garam, gula, perasa secukup rasa.
3. Tambah sedikit air jika agak kekeringan. Apabila masakan dah nampak sebati baru masukkan udang dan daun kunyit yang dimayang. Masak seketika saja utk mengekalkan kelembutan dan kemanisan udang.
4. Tabur daun bawang & bawang goreng utk menambahkan aroma bubur lambuk.

Friday, August 28, 2009

SINGGANG TULANG RUSUK

Bahan-bahannya:-

1 keping tulang rusuk lembu
4 cm lengkuas - dihiris nipis
1/2 inci halia - dihiris nipis
1 sudu besar ketumbar }
1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
3 inci kunyit hidup }
5 ulas bawang putih }
5 biji cili api - diketuk
2 keping asam gelugur
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Rebus tulang & halia bersama secukup air hingga lembut.
2. Setelah tulang lembut, masukkan lengkuas dan bahan yang ditumbuk.
3. Apabila mendidih, masukkan asam gelugur dan cili yang diketuk.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa dan masak sebentar hingga semuanya sebati.

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM

Bahan-bahannya:-

1 batang karot - dipotong bunga
1/2 biji bunga kobis sedang
1 bungkus kacang parang
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cendawan
7 ekor udang size M
8 ulas bawang putih
Garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak & goreng bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang bersama sos tiram & sos cendawan.
3. Apabila udang hampir kemerahan masukkan semua sayuran. Taburkan garam, gula, perasa secukup rasa.
4. Goreng seketika utk mengekalkan kerapuhan sayur & bolehlah dihidangkan.

DAGING LADA HITAM


Bahan-bahannya:-

500gm daging batang pinang - dihiris nipis
5 ulas bawang putih } ditumbuk kasar
2 sudu kecil lada hitam }
2 batang serai - dititik
8 ulas bawang merah } dimayang halus
1/2 inci halia }
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 labu bawang besar - dihiris bulat
sedikit daun bawang
garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Daging dibersihkan dan ditoskan.
2. Perap daging bersama bawang putih, kicap manis, sos tiram.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, halia & serai hingga naik bau.
4. Masukkan daging. Masak seketika. Masukkan lada hitam, garam, gula, perasa secukup rasa & cuka.
5. Setelah daging masak, masukkan bawang besar & daun bawang. Masak jgn sampai layu. Siap utk dihidangkan.

SIAKAP PLUM CENDAWAN EMAS

Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan siakap sedang
10 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 inci halia muda - dimayang halus
3 batang serai - dititik
3 biji plum jeruk - dipecah sedikit ketika dimasukkan ke kuah
3 biji asam boi
1 bungkus cendawan emas segar - dipotong 2 inci
1 biji limau nipis
1 sudu kecil garam kasar
1 sudu kecil gula & perasa secukup rasa
1 batang celery
3 helai daun limau purut - dikoyak
5 biji cili api - diketuk sedikit
sedikit daun ketumbar utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Rebuskan ikan bersama sedikit air, 1/2 sudu kecil garam & serai. Setelah ikan masak, ketepikan.
2. Didihkan semula air rebusan ikan bersama bawang putih, halia, plum jeruk & asam boi. Masukkan lebihan garam, gula & perasa secukup rasa. Rasakan kemasaman kuah, jika inginkan lebih masam, perahkan sedikit limau nipis.
3. Setelah mendidih masukkan batang celery & cendawan emas.
4. Apabila kuah sudah sebati, masukkan daun limau purut & cili api. Masak seketika.
5. Angkat & curahkan kuah ke atas ikan. Hiasakan dgn daun ketumbar ketika kuah masih panas.

DOA BUAT AYAH & IBU

Pg ini, pg Jumaat yg nyaman dan dingin. Mana taknya... hujan sejak awal pg. Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 kita berpuasa & aku masih berpeluang berbuka bersama suami & anak2 dgn limpahan pelbagai rezeki yang dimasak.

Tunggu resepi dlm entri selepas ini

Syukur..... tp kami sekeluarga belum sempat berbuka puasa bersama ayah & mama even mrk skrg berada di KL, di rmh adikku. Kesibukan adakalanya membuatkan kita terlepas pandang, even sometimes kita terlupa utk berdoa demi kesejahteraan mereka.

Pagi ini kawanku MUZLINA menginsafkanku. Kiriman emailnya begitu menyentuh kalbu & aku ingin kongsikan dgn rakan2 bloggers yg lain, doa buat kedua ibubapa yang disampaikan secara berlagu. Tq Ina. Sila hayati.....


p/s dapatkan keampunan dr ibubapa kita ketika mrk masih ada di dunia ini.....

Thursday, August 27, 2009

AKSI 3 HULUBALANG

GOLAP JO!!!! KLIK dulu baru kuor gambonyo.....

Aksi 3 anakku HAKIM, EKMAL & ADNIN di dalam demo WAJA DIRI yang diadakan di Dataran Merdeka pada 15 Ogos yang lepas. HAKIM berada di belakang wanita yang bertindak sebagai instruktor. EKMAL tampil ke hadapan sewaktu demo sparing bersama abangnya. ADNIN dalam kumpulan si kecil. Tahniah atas keberanian & kemerlangan di dlm aktiviviti ko-kurikulum...

Thank you aunty SZE TOO & SHASHI from SPEED POWER TAEKWONDO KUALA LUMPUR (SPTKL).

p/s HAKIM, EKMAL, ADNIN, AMNI
Abah & mama akan lebih gembira jika kamu lebih cemerlang di dlm pelajaran demi menjamin masa depanmu.

Wednesday, August 26, 2009

UDANG GORENG BIJAN SIRA MADU

Bahan-bahannya:-

500gm ekor udang sederhana (udang laut seeloknya)
1 sudu besar rempah kari udang
2 sudu besar bijan
1 sudu kecil lada sulah
5 ulas bawang putih – ditumbuk halus
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
sedikit garam

1 labu bawang besar - potong bulat
1 labu bawang putih - potong dadu
2 sudu kecil madu
5 biji cili api
sedikit cuka nipah/biasa

Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:-

1. Udang dipotong muncung kepala. Buangkan kulit kecuali ekor. Toskan.
2. Gaulkan udang bersama rempah kari, bijan, lada sulah, bawang putih yg ditumbuk, tepung jagung, kicap cair, gula & sedikit garam.
3. Menggunakan api yg besar goreng sekejap sj beberapa ekor udang dlm kuali & ketepikan. Ulang menggoreng udang selebihnya.
4. Panaskan 3 sudu besar minyak utk menumis bawang besar, bawang putih & cili api sehingga agak kekuningan.
5. Masukkan 2 sudu madu dan sedikit cuka. Masak seketika & sirakan di atas udang goreng.

Ya Allah! Berikanlah kekuatan kpdku utk menegakkan perintah2mu & berilah aku manisnya berzikir mengingatkanMu. Berilah aku kekuatan utk menunaikan syukur kpdMu dgn kemuliaanMu. Jagalah aku dgn penjagaanMu & perlindunganMu, wahai zat Yg Maha Melihat

Alhamdulillah.... dah masuk hari ke-4 puasa
selain resepi di atas, menu berbuka yg dimasak smlm adalah


Menu lain yang dibeli

Tuesday, August 25, 2009

BENGKANG (BINGKA) CEMPEDAK

Foto bengkang nanti2 la no!!!!

Bahan-bahannya:-

2 mangkuk isi cempedak
1 1/2 gelas gula halus
2 biji telur ayam
2 gelas santan pekat
600gm tepung gandum
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya:-

1. Satukan tepung gamdung bersama baking powder & ayak hingga sebati.
2. Masukkan santan, mentega yg dicairkan & esen. Kacau sebati.
3. Masukkan isi cempedak & tuang adunan ke dlm bekas yg digriskan.
4. Bakar hingga elok masaknya.

JUS TEMBIKAI LONGAN

Bahan-bahannya:-

1/2 biji tembikai (saiz sederhana)
1 tin longan - pisah air dan buah
1 gelas air masak
air gula mengikut citarasa masing2

Cara Membuatnya:-

1. Kisar tembikai bersama segelas air, air gula dan air longan.
2. Sejukkan di dalam peti jus.
3. Masukkan buah longan apabila hendak diminum.

Senang sgt resepi jus ni kan..... dan menu berbuka puasa kami semalam adalah seperti gambar di bawah...

Ya Allah! Berikanlah aku rezeki, akal & kewaspadaan & jauhkanlah aku dr kebodohan & kesesatan. Sediakanlah bahagian utkku dr segala kebaikan yg Kau turunkan, demi kemurahanMu, wahai zat Yang Maha Dermawan

Monday, August 24, 2009

MENJELANG RAMADHAN

Alhamdulillah... terlaksana hajat 2 org ini utk mengadakan majlis kecil2an sblm Ramadhan tempohari. Pertamanya hajat suamiku & keduanya hajat adikku NAIM.

Suamiku menjamu jiran2 yg membantu mencuci longkang besar utk membasmi jejentik. Sarapan pg mereka adlh cucur udang pedas manakala menu mkn tgh mereka adlh sambal tumis petai udang, siakap sour plum, sayur cina, pekasam puyu goreng, ulam petai & paku rawan, tak tinggal sambal belacan. Terima kasih kpd yg membantu suamiku terutamanya Wahid, Pak Ya & Abg Zainal.

Hajat NAIM adalah kesyukuran sempena isterinya SURAYA baru mendapat kerja, mengandung anak pertama selepas sethn berkahwin & menyambut Ramadhan. Ayah membacakan doa. Selain kami adik-beradik, Ketua Blok 11 iaitu Abg Ishak & isterinya, jiran tetangga jg kawan2 sepejabat NAIM turut dtg memberkati majlis ini.

Walaupun last minit plan, memandangkan hari kerja, mama yg bertungkus-lumus sediakan nasi kacang parpu, daging masak hitam, kulat sisir goreng, kerabu timun, kuih sagu & seri muka. Suraya sediakan sambal telur. Noor buat nasi impi. Tugasku seperti yg mama mahu iaitu kuah kacang & dadih durian.

Alhamdulillah... terlaksana sudah.

REBUNG LEMAK BUNGA KUNYIT


Bahan-bahannya:-

1 jantung rebung muda - hiris nipis, rebus & buang air
RM4 udang kecil - buang kulit
RM3 santan pekat
2 gelas air
garam, gula, perasa secukup rasa

2 inci kunyit hidup }
4 ulas bawang merah } tumbuk
3 ulas bawang putih } halus
1 inci halia }

1 biji cili merah } tumbuk kasar
2 biji cili padi }

2 kuntum bunga kunyit - belah 2
(boleh digantikan dgn daun kunyit yg dikoyak2)

Cara Membuatnya:-

1. Rebung rebung yg direbus & dibuang airnya dimasak semula bersama 2 gelas air.
2. Apabila mendidih masukkan bahan yg ditumbuk. Biarkan mendidih lg.
3. Masukkan santan pekat & bunga kunyit.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam, gula & perasa secukup rasa.
5. Biarkan mendidih & bolehlah diangkat utk dihidangkan.

SAYUR CENDAWAN KETAM


Bahan-bahannya:-

5 pasang sepit ketam (boleh diganti isi ketam)
8 ulas bawang putih - ditumbuk
150gm cendawan butang segar
RM1 bunga pisang (kimcham) - direndam
RM1 cendawan hitam kecil - direndam
1 batang karot (saiz kecil) - dipotong menyerong
5 batang kacang buncis - dipotong menyerong
1cm halia muda - dihiris nipis
1/2 sudu teh lada sulah
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 gelas air
2 sudu besar minyak untuk menumis
garam, gula, perasa secukup rasa
Daun bawang & sup untuk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, halia & ketam/isi ketam.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan, lada sulah.
4. Apabila mendidih masukkan karot, kacang buncis, kimcham & semua cendawan.
5. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa.
6. Apabila sayur hampir layu bolehlah diangkat, ditabur daun bawang & daun sup.

Sunday, August 23, 2009

HARI KE-2 RAMADHAN

Ya Allah! Dekatkanlah aku kpd keredaanMu & jauhkanlah aku dr kemurkaan serta balasanMu. Berilah aku kemampuan utk membaca ayat2Mu dgn rahmatMu, wahai zat Yang Maha Pengasih

Alhamdulillah kami sekeluarga masih dpt berbuka puasa bersama. Menu malam ini adalah mengikut kehendak suami dan anak2ku iaitu:-

KUIH - Puding jagung & buah melaka
LAUK - Ketam goreng, sayur cendawan, rebung lemak bunga kunyit & kembong goreng
AIR - Ribena & Ais Krim Soda

Resepi lauk-pauk akan dimasukkan dlm entri selepas ini. Tunggu!!!!!

PUDING JAGUNG SANTAN

Hari ini teringin nak berbuka puasa dgn puding jagung. So Kak SYAbAR cuba pula koleksi resepi lama mama ttp kali ini bahannya tidak menggunakan air sebaliknya ditambah santan & marjerin pula. Rasanya memang uuuummmmppphhhh!!!!!!

Sgt berkrim & bersinar... dpt sebekas ini shj
Bahan-Bahannya:-

110gm tepung kastad
150gm gula
3 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan pink arcopal santan pekat
1 sudu besar marjerin/butter
2 sudu teh esen rose

Cara membuatnya:-

1. Pukul telur dgn gula hingga kembang.
2. Di dlm periuk, kacau susu cair & kastad hingga sebati. Kemudian masukkan santan, jagung & esen rose. Akhir sekali masukkan campuran telur & gula tadi.
3. Masak menggunakan api yg sederhana & kacau tanpa henti sehingga adunan agak pekat & mendidih beberapa kali (+- 20 minit).
4. Sejukkan dlm acuan sbum dimasukkan ke dlm peti sejuk.

Friday, August 21, 2009

AYAM GORENG MAMA

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam - dipotong 12
3 ulas bawang putih }
1 inci lengkuas } dikisar kering / ditumbuk
1 sudu teh jintan manis }
Serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa
2 biji telor } dipukul hingga sebati
1 cawan susu cair }
2 cawan tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatya:-

1. Ayam ditoskan.
2. Masukkan bahan dikisar, serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa.
3. Perap ayam selama 1 jam.
4. Celup ayam ke dalam bancuhan telur dan susu cair.
5. Gaulkan di atas tepung beras satu persatu.
6. Gunakan api yang sederhana dan goreng di dalam kuali bertutup.

ACAR TELUR


Bahan-bahannya:-

7 biji telur ayam - direbus & digoreng
10 biji cili kering }
10 ulas bawang merah }
1 sudu besar udang kering } dikisar
7 ulas bawang putih }
1 inci halia }
2 biji bawang besar - dibelah 4 atau 6
2 biji cili merah - dibelah 2
1 batang karot - dibelah 4 @ 6 dipotong 2 inci panjang
5 sudu besar cuka (mengikut kemahuan)
air mengikut kepekatan dikehendaki
2 keping gula kabung/melaka
garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik baunya.
2. Masukkan air, cuka, gula kabung, dan telur. Masak hingga sebati ramuan.
3. Masukkan bawang besar, karot, cili merah, garam, gula, perasa secukup rasa.
3. Masak sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan.

ACAR DAGING

Bahan-bahannya:-

600gm daging batang pinang dipotong sebesar 2 inci
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu teh jintan putih } digoreng tanpa minyak
2 sudu teh rempah biji } dan dikisar halus
5 tangkai cili kering }
5 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih } ditumbuk
halia sebesar ibu jari - dimayang
5 sudu besar cuka
3 biji cili merah } dibelah 2 dibuang biji
3 biji cili hijau } dibelah 2 dibuang biji
3 sudu besar minyak untuk menumis
2-3 cawan air ikut kemahuan
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Daging digaulkan dengan hirisan halia, bahan yang dikisar dan ditumbuk. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang diperap bersama air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan cuka, garam, gula perasa secukup rasa.
4. Apabila hendak diangkat, masukkan cili merah dan cili hijau.

SAYUR ACEH UDANG

Bahan-bahannya:-

15 ekor udang basah @ segenggam udang kering
Segenggam ikan bilis kecil
1 biji betik masak kekuningan (saiz kecil) - dipotong serong
3 potong buah nangka - dipotong dadu & rebus
1/2 biji ubi keledek - dipotong dadu
4-5 biji belimbing buluh - dibelah 4
2 batang bunga kantan - dibelah 4
3 batang serai - dititik
4 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih }
3 helai dauh limau perut - dikoyak
5 helai daun belinjau - dimayang halus
10 biji buah belinjau (jika ada) - dibelah 4
1 biji biji bawang besar - dibelah 6
3 biji cili merah - dibelah 2
2 cawan santan pekat
5 sudu besar kerisik
3/4 paket rempah kari udang & ketam
2 sudu minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih yang ditumbuk halus. Apabila kekuningan masukkan rempah kari dan tumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan buah nangka, betik, buah belinjau, ikan bilis bersama sedikit air (agak tenggelam bahan) dan biarkan mendidih.
3. Masukkan santan bersama serai dan bunga kantan. Biar seketika sebelum dimasukkan kerisik.
4. Setelah agak mendidih, masukkan udang hidup/kering, buah belimbing, bawang besar, cili merah, daun belinjau dan daun limau perut.
5. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa.
5. Apabila daun sudah layu, bolehlah diangkat.

DAGING RENDANG SUMATERA

Bahan-Bahannya:-

300 gm daging - dihiris mengikut kesukaan

15 biji cili kering }
3 batang serai }
3 inci lengkuas }
2 sudu besar ketumbar }
1 sudu teh jintan manis } dikisar halus
1 sudu teh lada hitam }
5 ulas bawang besar }
halia dan kunyit sebesar ibu jari }

5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih }
sedikit kulit kayu manis & bunga lawang
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Sedikit air untuk melembutkan daging
1 @ 2 keping asam gelugur

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang yang dimayang bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya.
3. Masukkan ramuan yang dikisar beberapa minit sehingga naik baunya.
4. Masukkan daging bersama sedikit air dan tutup kuali/periuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama asam gelugur.
5. Angkat pabila daging sudah masak dan ramuan sebati.

MENJELANG RAMADAN ALMUBARAK

Assalamualaikum kawan-kawan,

Ramadan datang lagi dan insyaAllah kita akan sama2 bertarawih malam ini dan bersahur, berpuasa & bertadarus mulai esok hari mengikut kemampuan masing2. Sebelum kita memulakan amalan tersebut, marilah kita sama2 merenung dan menginsaf diri dari kisah di bawah ini:-

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda:
`Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] .

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah. Rasanya nak sujud syukur, tp pintu blk bos terbuka la pulak. Ramai officer yg berbincang tu dok dekat sgt dgn pintu.

Syukran kupanjatkan pd:-

1. Yang Maha Esa, setiap kebaikan itu adlh dgn izin & limpah kurniaNya (... jgn lalai & takbur dgn kemenangan ini Yasmin, tingkatkan ibadah)

2. Suamiku, pendokong kejayaanku berkat keizinannya (... Darling, thn dpn bg la pi buat makeover lg ya! Cun bkn utk org lain, utk darling jg.. kan!kan!kan!)

3. Mamaku, seorg insan yg sentiasa mengingatkanku agar menjaga ketrampilan diri seorg isteri walau umur menginjak tua (... slg jasad dikandung bdn, anakku ini akan cuba berbakti sebaik mungkin pdmu mama)

4. Adikku ECHA (http://ecatir.blogspot.com/) pemilik blog yg menganjurkan contest ini dgn jayanya. Anda tlh jlnkan tugas anda sbg seorg Setiausaha yg SUPERB utk semua. Cantik sgt hadiah tu dik, mcm tau saja Kak SYAbAR ni peminat koleksi kristal (... rajin2lah anjurkan contest yg mampu tingkatkan prestij kaum hawa. InsyaAllah Kak SYAbAR akan joint)

5. Juri2 terpilih ECHA. Setinggi penghargaan buat anda krn memartabatkan kemenanganku ini. (... ingin benar Kak SYAbAR mengenali org di sebalik tabir ni)

6. Adikku **Perfect Love** (http://wanfida.blogspot.com/) org yg bertanggung-jawab memberi amanah utkku menyertai contest ini melalui kiriman emailnya (... tgu rezekimu, lain kali offer lg ya!)

7. Adik Iparku Suked8787, org pertama yg menyatakan keyakinannya akan kemenanganku ini melalui mesej skype (... I LAP U. Baju mak datin tu kira hadiah la no!)

8. Rakan2 bloggers yg menyokong & mendoakan kemenanganku ini iaitu echah_syed (http://persismutiara.blogspot.com/), Diamilikku (http://diamilikku.blogspot.com/), Dj Epoi (http://epoi8787.blogspot.com/) & zieha (http://zieha-myworld.blogspot.com/) (... moga perjalanan seharian hidup kalian sentiasa di dlm kegembiraan & keberkatan. Amin)

9. Bloggers yg menyertai contest ini (... keberanian tampil ke dpn adlh kecantikanmu jg. Anda semua adlh pemenang & tiada pengalah)

Aku ingin berkongsi berita gembira yg kuterima pg ini di blog ** My love..My life.. My Soul..** spt di bwh:-

Hokeyy orang kg sekelian.. seperti yang dijanjikan.. arini 19 Ogos 2009... para-para juri dah juling juling bijik mate meneliti.. melihat.. mengkaji.. memerhati.. para peserta semua.. payah nooooo.. sbb semenya nampak cantik.. dan nampak perubahannya.. tapi seperti yang telah ditetapkan dalam syarat.. pemenang adalah berdasarkan 'perubahan yang paling ketara'.. so, juri dah berbincang dan bersetuju bahawa pemenangnya adalah....

jeng.. jeng.. jeng.. (seperais katanya).. :P

*
*
*

Juara
Peserta No : 8. http://warisanayahbonda.blogspot.com/

Naib Juara
Peserta No : 15.http://ummisalsabila.blogspot.com/

Tempat Ketiga
Peserta No : 5. http://mamaadablog.blogspot.com/

Komen Juri...: semua peserta adalah memenuhi syarat.. dan pemenang merupakan peserta yang paling ketara perubahan wajahnya...

Kepada yang tak menang, jangan berkecil hati.. mungkin bole cuba lagi pada kontes lain yang akan datang... yang lain sebenarnya pun adalah pemenang.. . so, keputusan juri adalah muktamad.. penganjur tidak terlibat dalam pemilihan pemenang yeeee.. dan juri juga tiada kena mengena dengan pemenang.. okiessss. Tahniah kepada pemenang.. dan tahniah kepada semua peserta.. !!! Hadiah akan dikirimkan melalui pos.. jadi, kepada pemenang, sila YM alamat kepada saya.. syaz1601@yahoo.comyeee.. terimalah hadiah yang tak seberapa dari saya yang turut disponsor oleh en. somi juga... once saya dah pos hadiah, saya akan maklumkan ye.. kepada yang tiada YM, boleh tinggalkan alamat di blog ini.. tq

oooo.. hadiah pertama adalah seperti berikut :
hadiah kedua dan ketiga adalah :
sehelai shawl (selendang) bagi setiap seorang..
so, maka sesiapa yang bertuah mendapat hadiah saya ini.. tak yah susah2 nak carik shawl lagi
terus pakai dan amik gambar.. upload utk contest cik izan...

tata...

Sunday, August 16, 2009

CONTEST BEFORE & AFTER MAKEOVER

Saya menerima email dari seorang adik blogger

Sunshine of Love
(http://wanfida.blogspot.com)

yang berbunyi seperti ini....... `Kak Min, kalau rajin masuk contest ni. Kita teringat yg korang ada gambo make over yg lawa tuhhh. Kita tak pernah make over.. hehe. Mana ler tau leh menang, hehe. Copy blog ni http://ecatir.blogspot.com/2009/07/contest-before-after-makeover.html'

Untuk tidak mengecewakan harapan adikku ini, walapun segan kerana mungkin kak SYAbARlah kontestan paling tua dibandingkan dgan usia adik-adik kiut-miut lain, tp kusahut juga cabaran kau dik. Sama2 berdoa semoga kejayaan menyebelahi kita.

CONTEST BEFORE & AFTER MAKEOVER

Peraduan ini akan bermula pada hari ini, 3 Ogos 2009
dan akan berakhir pada 14 Ogos 2009..

Syarat Penyertaan:
Mudah saje.. tak yah pening pening bagai... Cuma perlu:::

1. Menjadi FOLLOWER di blog ini (paksaan ke ni?? heheheh)
pada 12 Ogos 2009

2. Nyatakan LINK blog ini dekat entry memasing

3. Jadikan contest ini sebagai STICKY MODE .. senang nak semak balik nanti..
sehingga tarikh tutup penyertaan 16 Ogos

Cara-cara untuk join ialah :

4. Aplodkan sekeping gambar anda yang suci tanpa makeup (blom make over) dan sekeping lagi gambar selepas di make over... Gambar yang paling menyerlah ataupun memang nampak ketara kelainan antara sebelum dan selepas makeover adalah PEMENANG - (Gambor Kawen Pun buleeee.. yg blom kawen... Gambo Tunang pun bule.. janji ketara perubahannya...)

inilah gambarnya

Untuk melihat aktiviti makeover pada hari tersebut, sila layari link di bawah:-

5. Ceritakan sikit tentang gambar tersebut (bila.. dimana.. untuk apa diambil) - (gambar banner contest mesti ada yeee..)

Semuanya ini adalah merupakan hadiah daripada suamiku sempena menyambut HARI IBU 2009 pada 11 Mei yang lalu. Dengan keizinannya, bertempat di P&P Beauty House, aku telah mengambil Pakej Hari Ibu yang ditawarkan oleh butik kegemaranku ini yang merangkumi:-
* skin analisation by skin therapist
* oxigen facial wash treatment
* face makeover
* photoshoot

Setelah pulang ke rumah, suamiku hanya tersenyum panjang tanpa sepatah bicara sebaik menatap wajahku. Aku tahu, keizinannya dirasanya berbaloi bila kuhadiahkan 1 keping gambar peribadi isterinya yang terpilih untuk menyertai Mother's Day Contest. Tanpa berlengah diajaknya aku ke kedai cermin membingkaikan gambar tersebut untuk digantung di kamar beradu kami. Alhamdulillah, berkat doa suamiku, ahli keluarga dan rakan2, foto itu terpilih antara 8 foto terbaik dari 50 penyertaan.

Tuesday, August 11, 2009

MAJLIS SAMBUT PUASA

Sabtu lepas 2 Ogos 2009, tertunailah hasrat sebahagian warga perumahan kami terutamanya penghuni Desa Awana dan Angsana untuk mengadakan majlis datangnya bulan kerahmatan kepada umat Islam iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, dengan hasil kutipan ikhlas sumbangan peribadi, 3 ekor kambing menjadi habuan untuk dimasak bersama umbut pisang. Susah sebenarnya untuk menyediakan menu seperti ini di tengah2 kotaraya dan ramai yang bertanya dari mana diperolehi bahannya. Inilah untungnya bila punya kawan2 yg masih kuat nilai2 kekampungan, tidak lupa asal-usul. Harap mereka yang asyik mendongak langit dengan permodenan dan limpah kekayaan, jangan kata pokok, pisang pun mungkin tak tahu pisang apa, inikan pula umbutnya.

Drama2 semasa banyak menonjolkan jurang hidup antara mereka yang tinggal di rumah banglo/teres dan pangsapuri/flat. Syukur aku masih dikurniakan kawan seperti mereka, sekurang2nya aku tidak hidup di dalam konsep `jaga pintu rumah masing2/hidup dalam pagar rumah sendiri'. Aku pegang pesan mama `jangan sombong dengan orang terutama orang susah. Alllah membenci hambanya yang tidak hormat orang disekelilingnya terutama jiran tetangga. Kalau mereka tak suka kamu, jika ditakdirkan terlihat wajah mereka `senyumlah'.

Gotong-royong ini beroperasi di sebuah pondok yang dikenali sebagai `Pusat Bandar' oleh warga pangsapuri. Pondok yang didirikan dari barang gunapakai di atas sebidang tanah reserve tepi jalan. Ada yang berkata padaku, sekali pandang macam pot sarang kominis, dua kali pandang macam kawasan setinggan PATI. Tapi inilah hakikatnya apabila pemaju hanya membina 2 lot pangsapuri yang menempatkan beratus penduduk tanpa dewan/surau. Biar apa orang berkata, pondok inilah tempat mereka bermesyuarat dan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana jika ada kematian?

Walaupun tinggal di asrama, mama telah bekalkan diriku cukup ilmu di dapur. Jadi aku tidak kekok terlibat dalam hal2 sebegini walapun masak menggunakan kayu api. Dah lama aku tak makan asap. Kali ini bukan kata makan asap saja, matapun terkebil2 tahan pedih asap. Rasa macam main masak2 pun ada. Mana taknya, senduk yang aku gunakan tu senduk biasa yang disambung kayu dan diikat dawai.

Menyorok pagi aku sediakan cucur ikan bilis. Tengahari, orang kata lapik perut, aku sponsor mereka yang turun tangan dengan memasak gulai ikan kembung+tomato+bendi dan telur dadar. Aku tarik sebiji kobis untuk goreng dengan hati, pedal, kaki ayam.

Mujur bapa saudaraku seorang katerer. Dengan harga untuk anak buah, aku dapatkan 1 unit set khemah dan dengan muka 14 ni juga, aku dan suami pi stor dia, minta pinjam tray, bekas basuh tangan dan senduk2. Nampak manis la sikit hidangan di meja buffet.

Malam itu, hidangan kami memang ala2 kampung gitu. Menu utama nasi kawah, gulai kambing dengan umbut pisang, ayam masak kicap.

Tambah pecah selera bila ada sambal belacan pekena ulam petai, pucuk paku dan jantung pisang rebus. Petai mentah, pucuk putat, kacang kelisa/botol dan kobis goreng pun ada. Agar2 merah saja aku buat sebagai pemanis mulut. Terima kasih pada jiran sebelah rumahku yg sponsor pisang dan air mineral.

Yang berbaju putih tu adalah chef kami. Tabik spring!!!! Pemandu bas boleh jadi chef kau... Apa la yang dia bincangkan dengan lebai tu. Yang dok tunggang gula tu, orang rumah tok tukang pondok. Teh tarik rendek ... kaw kaw punya.

Melengkap majlis, kami dahului dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.

Akhirnya, time makan2 pun tiba. Apa lagi, pakat ramai2 bedal la, terutamanya ratah gulai kambing tu..... eeemmmmm sodapnya sampai pakat2 bungkus bawa balik rumah termasuk tukang karang cerita ni. Hahaha


Biasanya orang kuat majlis, memang tak lekat dalam gambar sebab sentiasa sibuk. Aku harus ucapkan berbanyak terima kasih pada Pak Ya. Minta maaf la, camna boleh tak masuk gambar ni....

Monday, August 10, 2009

MY LITTLE RED RIDING HOOD

Citernya camni... si Red Riding Hood di atas nak buat satu transformasi diri. Punyalah excitednya dengan gaya pilihannya. Sanggup tahan kat salon lebih dr 2 jam. Abah bg sokongan kuat, so terbanglah budget lebih dr sebelah tangan untuk penuhi impian Si Red Riding Hood ni.

Since masa utk pick my sons from taekwondo class dah hampir, mamapun tinggalkan sekejap si Red Riding Hood kat salon. Al-kisahnya, bila dah siap, on the way back, mamapun suruh la one of the brother naik panggil dia kat salon. Bila dia turun, mata dah merah. Malu sebab brothernya mentertawakan dia walapun dia nampak ayu sgt petang tu, softly curl. Ingat angin sepoi2 bahasanya habis camtu sekejap sajala.

Rupanya...... malam tu, bila mama dan abahnya balik dr dinner, aisayman.... mahkota si Red Riding Hood dan lain macam. Dia dah basahkan rambut and siap shampoo dgn intention nak mahkota dia back to normal sebab anginkan brothernya yg dok senyum simpul....

Boleh ka camtu... nak kata apa lagi, benda dah nak jadi. Fulus pun dah melayang.

Hendak mengambil hati puteri kesayangan ni balik, maka abahnya telah lakukan sesuatu yg buatkan si Red Riding Hood ni kembali ceria...

basikal baru... pink juga!!!!!

LEPAK ROMANTIKA

Kami berdua sering lepak di sini. Selain makanannya yang lazat, susun atur dan persekitarannya amat menyenangkan mata. Minda pula terhibur dengan alunan muzik sunda-bali. Ada romtikanya menjamu selera berdua di tempat sebegini terutamanya di waktu malam.

Makanan seperti cucur udang panas, popia goreng dan ubi kayu rebus terdapat disini setiap masa. Selera kami berdua bila lepak di sini adalah sama `Cantonese Fried Keaw Teaw with Ginger and Beef'. Terasa benar kesegaran halia muda dan keharuman lada hitamnya walaupun dengan hanya beberapa potongan daun bawang sebagai sayur di dalamnya. Aku seperti biasa, tidak lekang dengan manggo lassi dan pasanganku dengan epal juice kurang manisnya.

REZEKI GAJAH

Jam 3 pagi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon menyuruhku membuka pintu rumah. Dah masuk kali ke-3 rezeki seperti ini datang dan kali ini lebih berganda2.

Terima kasih tak terhingga kepada Kak Mah Memali, Baling, seorang ibu tunggal yang menjaga lembu pawah kami dengan kiriman buah2 kampung yang sebegini banyak. Terima kasih juga kepada adikku NAIM yang membawa mama dan muatan tersebut ke rumahku.

Yang nampak di bawah hanya buah2 kampung, sayur2 kampung semua dah masuk peti ais seperti pucuk ubi kayu, paku rawan, bayam, rebung. Bila la dapat aku habiskan memasak sayur2 tersebut terutamanya petai2 segar tu. Buat petai jeruk pun bagus juga kan!!!!

Wahai adik2ku, sekalian..... pakat2 lai mai ambil buah2 tersebut kat rumah kak.
rambutan 4 guni, dokong/langsat 4 raga, rambai 2 plastik sampah
cempedak tak sempat kira berapa biji, manggis pun tak sempat kira
petai sepemeluk....

INILAH NAMANYA REZEKI GAJAH... kata mamaku

Friday, August 7, 2009

AGAR-AGAR KEMIAN

Bahan-bahannya:-

Ramuan Pertama
12.5 gm agar-agar
2 gelas air
2 gelas santan dari 1 biji kelapa
1/4 sudu teh garam

Ramuan Kedua
12.5 gm agar-agar
5 gelas air
2 ketul gula kabung/gula melaka
3 ketul gula batu untuk mengilatkan agar-agar
brown sugar ikut manis yg dikehendaki

Cara membuatnya:-

1. Masak Ramuan Pertama.
2. Setelah dibekukan, potong dadu kecil-kecil agar-agar tersebut.
3. Masak Ramuan Kedua.
4. Tapis agar-agar yang telah dimasak dan masukkan dalam acuan.
5. Setelah hilang wap panas, taburkan agar-agar santan yang telah dipotong tadi.

p/s orang dulu2 suka agar2 yang agak keras. Maklumlah dulu2 tak dak peti ais. Kalau nak lembutkan sedikit, tambahlah sedikit lagi air