Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label MY BLOGGERS AWARD/TAG. Show all posts
Showing posts with label MY BLOGGERS AWARD/TAG. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

SEPATU ~ DIAMILIKKU

DiaMilikku siap hantar reminder lagi..... maklumlah dulu Kak SYAbAR terlepas pandang tag kau. Kali ini, kalau tak buat juga, memang la akak dianggap confirm dah tuo. Mau tak mau mesti kena buat untuk tidak menghampakan harapan seorang adik yang jauh nun di utara.

Foto kasut2 tu, apa yang ada dalam kabinet. Belum lagi yang ditempatkan kat rak luar dan yang ada di bawah meja pejabat. Akak beli kasut berdasarkan yang melekat di hati... mahal ka murah soal no.2 sbb bg akak kaki ni la yang he hulu ke hilir mencari bersuap2 nasi. Sesekali nak juga dia dibajukan tip-top seperti juga badan, termasuk mendapat belaian pedicurure dan refleksiologi.

Kasut tu semua kegunaan harian ke pejabat. Ketinggian antara 1/2 - 3 inci. Dipakai mengikut kesesuaian dengan pakaian. Cukup kot DiaMilikku no...., harap2 tak merajuk dgn akak lagi.....

Friday, April 16, 2010

KOMEN BEN ASHAARI

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang berkat, BEN ASHAARI menjelajah blog SEPUTIH SEHARUM MELUR ini. Waduh! Waduh! BEN! BEN! mengaku dia Putih dan Harum gitu..... hahaha (dalam foto memang nampak putih pun, Wangi! Hanya orang rumah sendiri yang punya jawapan kan BEN!) Akak suka pengakuan itu, biar nilai positif sentiasa ada dalam diri kita.

Cayalah BEN.... `Gimme Pai' seperti yang dibuat anak buahku Afiq Safwan. Terima kasih daun keladi, ada masa jelajahlah lagi blog ini. Semoga semangat ukhwah yang terbina berterusan di dalam keharmonian.

Inilah pandangan jejaka ini....
Perghhhhhhhhhhhhhh ... sat nak baca sekali lagi ... SEPUTIH ( cam aku ) SEHARUM ( cam aku gak ) MELUR ( ni tak ..aku cam bunga kasturi ..hahaha ) ... mmg best ... mesti jiwang jiwang neehh ... sat nak p tengok ..

Perghh .. English style ... kalah blog aku .. blog aku Red Indian style woo ...

" Blog ini tercetus apabila anak2ku dan anak2 buahku mula bertanya akan anggota2 keluarga kami, `siapa mereka? bila lahir? lahir kat mana? dan sebagainya. Maka pada 2 Disember 2008, segmen penceritaan di dalam blog ini didahului dan didedikasikan untuk kedua ibubapaku di bawah entri SALASILAH -Tanpa Mereka Tidalah Aku disusuli entri2 seterusnya, pengenalan adik2ku dan ahli keluarganya dari kacamata seorang kakak. Harapanku, masa mendatang, mudahlah nanti si kecil generasi kami mengenali mereka yang di atas. "

Emm.. panjang lagi ceritanya .. g masuk n jelajah sendiri ek .. berbaloi baloi gitu .. Jom JELAJAH BLOG IBU : SEPUTIH SEHARUM MELUR

Thursday, April 15, 2010

AWARD

Nak ciluk ayat pengirim award ni ...

Uh uh..Lama dah tak dpt award.. Tup tup...

  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
  4. State 7 things about yourself.

Maceh ALONG (http://iamqimie.blogspot.com/)
termasuk juga DIAMILIKKU (http://diamilikku.blogspot.com/)... maaf akak terlepas pandang award yang sama kau kirimkan sebelum ini. Jangan merajuk ha!!!!

Now, nak kasik award ni dekat adik2 bloggers yang selalu letak komen setiap kali ku buat entri...
1. DIAMILIKKU
2. ECHAH SYED
3. @CU SAYANG
4. IYTAFAKYRA
5. NANAE
7 things about me.... yang dalam kepala sekarang ni
  • nak kurus
  • nak jd anak & wanita solehah
  • nak anak2 berjaya dalam hidup
  • nak sihat selalu
  • nak duit banyak & berkat
  • nak tukar kereta
  • nak jalan2 makan angin

Tuesday, April 13, 2010

SIRI `JELAJAH BLOG IBU' OLEH BEN ASHAARI


Hari ini aku terpanggil untuk melayari laman web anak muda (sebab nampak muda bro) yang kacak dan bersih penampilannya di layar siber. Seorang jejaka bernama BEN ASHAARI berjaya menarik perhatianku di dalam penulisannya seperti di bawah:-

`Skang aku nak buat satu lagi segmen khas ... khas buat ibu ibu yang ada blog .. Kenapa ? aku dah jelajah beberapa blog ibu ni .. ermmm... ada rasa terharu .. kesian dan gembira ... jadi aku nak buat segmen jelajah blog ini khas buat mereka ... JELAJAH BLOG IBU'

Sebelum kehidupanku bermula sebagai seorang ibu kepada 4 orang cahayamata, aku adalah seorang anak sulung perempuan tunggal dalam keluarga, satu-satunya kakak kepada adik2ku yang berlima. Aku sentiasa ingat pesan mama `ambil berat hal adik2' dan amanah itu aku pikul walaupun setelah bergelar isteri.

Blog ini tercetus apabila anak2ku dan anak2 buahku mula bertanya akan anggota2 keluarga kami, `siapa mereka? bila lahir? lahir kat mana? dan sebagainya. Maka pada 2 Disember 2008, segmen penceritaan di dalam blog ini didahului dan didedikasikan untuk kedua ibubapaku di bawah entri SALASILAH -Tanpa Mereka Tidalah Aku disusuli entri2 seterusnya, pengenalan adik2ku dan ahli keluarganya dari kacamata seorang kakak. Harapanku, masa mendatang, mudahlah nanti si kecil generasi kami mengenali mereka yang di atas.

Semakin hari, aku melebarkan penulisan kehidupanku bersama kenangan silam, aktiviti ibu berkerjaya, aktiviti pewarisku, semangat kekeluargaan, rakan-taulan dan kemasyarakatan, perkongsian khazanah kesihatan dan masakan mama, tidak dilupakan saling ingat-mengingati sebagai seorang muslim. Semua yang terhasil adalah dengan sentuhan kasih-sayangku buat semua. Blog ini bukan meraih glamor dan populariti. Cukup sekadar mereka `kenal' siapa aku.

Aku percaya, yang dahulu makan garam tidak semestinya arif dan boleh terimapakai dalam semua hal. Perkongsian idea itu adalah sesuatu yang baik dan apa salahnya hari ini aku mendengar pandangan insan bernama BEN ASHAARI berhubung kandungan blog ini.

`KITA BOLEH BERKONGSI CERITA
PELAKSANAANNYA HAK INDIVIDU
MENGIKUT APA YANG DIFIKIRKAN TERBAIK
TERIMA KASIH BEN ASHAARI'

Credit to Blog Baby Intan. Jika ingin blog anda dilawati pria ini, dapatkan informasinya di laman http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-jelajah-blog-ibu.html.

Wednesday, November 4, 2009

RAJA & RATU PECUT

Yeehaaaa.... yariba yaribba!!!! lipas kudung aku semalam. Kalau depa pantas di track, Kak SYAbAR apa kurang, bezanya aku pecut kat dapur. Hahaha. Satu tujuan... mencari kepuasan, kita sama2 letih tp buat akak berbaloi2 balik opis terus masuk dapur sbb dapat sediakan mee ketam, koktail campuran dan dadih durian buat raja dan ratu pecut 100 meter negara, siapa lagi kalau bukan NAZMIZAN & NORJANA.

Ampun dik kalau training petang ni kau orang berdua timing larian sikit lari.... Bukan salah akak ha!

Mizan, next time jgn la malu2 nak makan walau Abg Sjn @ Bro Dj tak ada
Jana, seafood allergy ada kena ka! Malam nanti akak add FB no...

Actually, makan2 semalam juga dibuat khusus untuk adikku yang baru lepas pantang ni SU @ Diamilikku, bekas wartawan Utusan. Nasib baik awal2 akak dah standby keaw-teaw dik, kalau tidak rasa kuah saja la kau kan! Harap suka birthday present tu....

Masa EKMAL pula bergambar dgn abang pecut negara

Tuan rumahpun mesti nak tumpang posing juga....

Ni nak habaq mai kat Bro Dj kita. Buat lg renovation bilik air canggih2. Last2 terkena kat bakal menantu sendiri. Aleesha lari 100 meter keluar bilik air.. terkejut kena simbah air shower. Spongebob dgn Apple Dumpling ni punya hobby yang sama ya! Main air..... Kesian Aleesha, kena tukar baju bro!

Friday, October 30, 2009

ADA LAGI LIPUTAN SEDUNIA....

dan kali ini liputan oleh wartawan.....

My Photo
Thank you JOE for the music arrangement
Berbaloi2 kan dapat tapau `giant gear box' seketul'


TAHNIAH...Rampage ucapkan...buat anggota keluarga Kak Min...semangat adik beradik yg bekerjasama dari mula hingga habis majlis open house....hehehehe


Dj Epoi & Kak Min @ Kak SYAbAR. (kakak kesayangan Dj Epoi)


Ayah tercinta sedang memberikan sepatah dua nasihat buat semua hadirin tak lupa juga mendoakan kesyukuran dan keberkatan keatas majlis ini.


Haaaaaa ni dia Cikgu kesayangan kakak kita....Cikgu Ismail (Y.Bhg. Dato' Ismail Abu Bakar, Pengerusi BN Baling) Kak Min dulu bersekolah di SRKTP


Dj Epoi dengan selambernyeeeeee memeriahkan lagi majlis dgn gurau senda sepontannye.


Tak lupa juga sambutan hari lahir putra Kak Min yg ketiga Adnin, Selamat menyambut hari lahir yang ke 11 tahun


Rakan sekerja Dj Epoi dan juga blogger... Bro Suhaimy ( yg tgh dukung anak) dan isteri tersayang


Tetamu yg hadir di majlis ini.


Sahabat sahabat turut memeriahkan lagi majlis ini



Perhhhhh cam kenduri khawin la plak


Crew-Crew keceriaan di majlis ini, di ketuai oleh Lanun Dj Epoi.


Crew-Crew keceriaan di majlis ini, di ketuai oleh Lanun Dj Epoi(yg duduk tengah).


Air tebu untuk Dj Epoi sorang tak cukup ni. Nak tambah lagi.


Bro Badar kena perah tebu untuk Dj Epoi.

Friday, October 23, 2009

LIPUTAN SEDUNIA oooooo

Dah masuk blog...kira sedunialah boleh lihatkan!!!! Boleh tahan juga Majlis Aidilfitri 1 Malaysia dirumahku minggu lepas..... Bukan sekadar paparazzi.... ramai wartawan buat liputan. Ikuti link-link berikut:







Ada diantara mereka hanya kukenal di alam siber. Majlis ini mempertemukan kami buat julung2 kalinya. Terima kasih rakan bloggers. Anda selamanya dihati Kak SYAbAR .....

Thursday, September 3, 2009

SHUKRAN YA HABIBI ECHA

Hari ini sampailah hadiah kemenangan itu. Terima kasih ECHA (http://ecatir.blogspot.com/). Memang cun & MALATOP gitu!!!!!!

Wednesday, August 19, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah. Rasanya nak sujud syukur, tp pintu blk bos terbuka la pulak. Ramai officer yg berbincang tu dok dekat sgt dgn pintu.

Syukran kupanjatkan pd:-

1. Yang Maha Esa, setiap kebaikan itu adlh dgn izin & limpah kurniaNya (... jgn lalai & takbur dgn kemenangan ini Yasmin, tingkatkan ibadah)

2. Suamiku, pendokong kejayaanku berkat keizinannya (... Darling, thn dpn bg la pi buat makeover lg ya! Cun bkn utk org lain, utk darling jg.. kan!kan!kan!)

3. Mamaku, seorg insan yg sentiasa mengingatkanku agar menjaga ketrampilan diri seorg isteri walau umur menginjak tua (... slg jasad dikandung bdn, anakku ini akan cuba berbakti sebaik mungkin pdmu mama)

4. Adikku ECHA (http://ecatir.blogspot.com/) pemilik blog yg menganjurkan contest ini dgn jayanya. Anda tlh jlnkan tugas anda sbg seorg Setiausaha yg SUPERB utk semua. Cantik sgt hadiah tu dik, mcm tau saja Kak SYAbAR ni peminat koleksi kristal (... rajin2lah anjurkan contest yg mampu tingkatkan prestij kaum hawa. InsyaAllah Kak SYAbAR akan joint)

5. Juri2 terpilih ECHA. Setinggi penghargaan buat anda krn memartabatkan kemenanganku ini. (... ingin benar Kak SYAbAR mengenali org di sebalik tabir ni)

6. Adikku **Perfect Love** (http://wanfida.blogspot.com/) org yg bertanggung-jawab memberi amanah utkku menyertai contest ini melalui kiriman emailnya (... tgu rezekimu, lain kali offer lg ya!)

7. Adik Iparku Suked8787, org pertama yg menyatakan keyakinannya akan kemenanganku ini melalui mesej skype (... I LAP U. Baju mak datin tu kira hadiah la no!)

8. Rakan2 bloggers yg menyokong & mendoakan kemenanganku ini iaitu echah_syed (http://persismutiara.blogspot.com/), Diamilikku (http://diamilikku.blogspot.com/), Dj Epoi (http://epoi8787.blogspot.com/) & zieha (http://zieha-myworld.blogspot.com/) (... moga perjalanan seharian hidup kalian sentiasa di dlm kegembiraan & keberkatan. Amin)

9. Bloggers yg menyertai contest ini (... keberanian tampil ke dpn adlh kecantikanmu jg. Anda semua adlh pemenang & tiada pengalah)

Aku ingin berkongsi berita gembira yg kuterima pg ini di blog ** My love..My life.. My Soul..** spt di bwh:-

Hokeyy orang kg sekelian.. seperti yang dijanjikan.. arini 19 Ogos 2009... para-para juri dah juling juling bijik mate meneliti.. melihat.. mengkaji.. memerhati.. para peserta semua.. payah nooooo.. sbb semenya nampak cantik.. dan nampak perubahannya.. tapi seperti yang telah ditetapkan dalam syarat.. pemenang adalah berdasarkan 'perubahan yang paling ketara'.. so, juri dah berbincang dan bersetuju bahawa pemenangnya adalah....

jeng.. jeng.. jeng.. (seperais katanya).. :P

*
*
*

Juara
Peserta No : 8. http://warisanayahbonda.blogspot.com/

Naib Juara
Peserta No : 15.http://ummisalsabila.blogspot.com/

Tempat Ketiga
Peserta No : 5. http://mamaadablog.blogspot.com/

Komen Juri...: semua peserta adalah memenuhi syarat.. dan pemenang merupakan peserta yang paling ketara perubahan wajahnya...

Kepada yang tak menang, jangan berkecil hati.. mungkin bole cuba lagi pada kontes lain yang akan datang... yang lain sebenarnya pun adalah pemenang.. . so, keputusan juri adalah muktamad.. penganjur tidak terlibat dalam pemilihan pemenang yeeee.. dan juri juga tiada kena mengena dengan pemenang.. okiessss. Tahniah kepada pemenang.. dan tahniah kepada semua peserta.. !!! Hadiah akan dikirimkan melalui pos.. jadi, kepada pemenang, sila YM alamat kepada saya.. syaz1601@yahoo.comyeee.. terimalah hadiah yang tak seberapa dari saya yang turut disponsor oleh en. somi juga... once saya dah pos hadiah, saya akan maklumkan ye.. kepada yang tiada YM, boleh tinggalkan alamat di blog ini.. tq

oooo.. hadiah pertama adalah seperti berikut :
hadiah kedua dan ketiga adalah :
sehelai shawl (selendang) bagi setiap seorang..
so, maka sesiapa yang bertuah mendapat hadiah saya ini.. tak yah susah2 nak carik shawl lagi
terus pakai dan amik gambar.. upload utk contest cik izan...

tata...

Monday, July 27, 2009

BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Yang Baik Di Kenang Juga

Aku terima janjinya
PERSIS MUTIARA .... bait-bait langkahku
dengan hantaran budinya sebanyak ....

Thursday, July 16, 2009

KERJA RUMAH DARI COMBI

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
4 orang - 3 perwira, 1 pertiwi

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Rancangan Malaysia dah tamat

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam?
AFDZAL HAKIM
(`Keberkatan' `Kebijaksanaan')

EKMAL HASIF
(`Sempurna, Cerdik' `Kemas, Rapi')

ADNIN HAZRI
(Adnin nama sebuah `Syurga')

AMNI WAFA
(`Ketenangan, Keamananku' `Ketulusan, Kesetiaan, Kesempurnaan')

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda?
Mama, abah & umi Arpah

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda?
Dari koleksi nama2 bayi Islam di buku dan internet

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Dah tak terfikir sebab tak berhajat untuk mengandung lagi

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
4, kalau boleh nak memasing 2 pasang, tp ada seorang pertiwi pun jadilah

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?
1 & 2 lat setahun, 2-3 lat 4 tahun, 3-4 lat2 tahun

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya?
Tak berkaitan sebab dah tutup buku

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda?
Lihat gambar di bawah.... siapakah yg mempunyai ciri2 persamaan dengan mamanya

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger.