Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, May 8, 2009

PEMBENTUKAN JATIDIRI KELUARGA

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini
Kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini
Kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya
Memohon kesihatan semulia-mulianya
Memohon rezeki semewah-mewahnya
Memohon umur setua-tuanya
Memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya
Memohon anugerah sebaik-baiknya
Memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halusnya
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya

Aminn...

Ibubapa sentiasa berusaha untuk memberikan apa sahaja yang terbaik untuk anak2. Dan sebagai satu nukleus di dalam sel yang dibina, kita juga mengharapkan kebaikan untuk diri sendiri. Di pagi Jumaat ini, marilah kita sama2 berkongsi doa di bawah ini.

Renung2lah panduan berikut:-

Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.

Peluklah anak setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan akal atau daya fikir lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.

Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana mereka yang akan mencorak masa depan negara kelak.

Usah mengeluh dalam mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak rasa diri mereka sebagai beban.

Dengar cerita anak kerana cerita itu mungkin tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap.

Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahir mereka. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai.

Luangkan masa bersama anak di luar rumah, peganglah tangan anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan rasa pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

Hargai permainan kesayangan anak, mereka juga pada masa sama akan menghargai barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

Jangan selalu membawa kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

Terima keadaan bahawa kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

p/s

Dulu ketika anak2ku masih kecil, mereka sentiasa kucium dan kupeluk. Tetapi pabila mereka meningkat remaja aku abaikannya untuk dijadikan amalan seharian. Hanya sesekali pada ketika tertentu. Mengapa? Apa yang membataskan diriku? Akukah yang malu atau anak2kukah yang malu?

2 comments:

MariaFaizal said...

Feels that my tear drops a lil' when reading this. I'm so deeply moved.

Love you sis! And I really HEART this entry, very-very much!

SYAbAR said...

It touched me too Maria. That is why I put a remark at the bottom of the posting. Should I be blambed for that....