16 Mei 2009, hari ini tidak seperti selalu, HAKIM masuk gelanggang tanpa kehadiran orang kuatnya, iaitu ABAHNYA yang terlantar sakit di wad Hospital Pantai Cheras. Balik dari asrama dia asyik bertanya `bila abah boleh keluar wad mama?. Mama faham kerana sebelum ini, setiap pertandingan yang diadakan di sekitar Lembah Kelang, abah mesti turun padang bersama anaknya.
Hati mama lebih lagi gundah, memikirkan perlawanan yang bakal anakku tempuhi dan kesihatan abahnya di hospital. Sebelah pagi aku minta izin suami, uruskan dulu penyertaan HAKIM di dalam Kejohanan Taekwondo Majlis Sukan Sekolah2 Kuala Lumpur (MSSKL) 2009 di Stadium Badminton Cheras. Hari ini EKMAL menggantikan abahnya sebagai Pengurus Peribadi dan pembakar semangat.
Sampai di stadium, aku tak tergamak untuk meninggalkan HAKIM bila melihat ramai ibubapa, guru2 dan rakan2 sekolah yg datang menemani, memberi sorakan semangat. Sedih bila melihat tiada seorangpun guru mahupun rakan dari SMTKL turun ke stadium. Tak mengapa anakku, mama dah hubungi bapa saudaramu untuk bersamamu hari ini. Terima kasih pakcik NAZIM dan rakannya dari Securicor Safeguard yang sponsor minuman dan makanan pada hari itu. Terima kasih juga kepada rakan2 kelabmu yang turun memberikan sokongan padu waktu kau berjuang di gelanggang.
Mama dapat green light abah untuk bersamamu menyaksikan perlawanan awalmu dan alhamdulillah, suksess pertemuan itu. Senang sedikit hati mama bergerak keluar ke hospital kerana mama dapat khabarkan berita gembira pada abahmu.
Sebelah petangnya, aku mendapat berita yang anakku gagal membawa pulang pingat. Walaupun kalah, mama dan kelab Speed Power Taekwondo KL bangga denganmu kerana kalahmu bermaruah. Engkau bukan kecundang di tangan pemain amatur. Engkau kecundang di tangan pemain Malaysia yang telah punya pengalaman bermain di luar negara. Abah di katil wad lebih bangga kerana katanya HAKIM benar2 berjuang, buktinya perbezaan mata hanya 2-1. Syabas anakku HAKIM!!!!
Semalam mama dah tunjukkan abah video semua perlawananmu. Abah betul2 enjoy melihat aksi HAKIM dan memanjang memuji caramu mencari mata.
Barisan pengadil & Urusetia Kejohanan
Carta pertarungan HAKIM
HAKIM pembaca Ikrar Kejohanan
Kelab kesayangan HAKIM, SPTKL
Upacara perasmian & persembahan
Master Bala, orang No.1 SPTKL turun gelanggang
memberi dorongan & membakar semangat HAKIM HAKIM berjuang di gelanggang
Jasa adikmu EKMAL sebagai Pengurus Peribadi & First Aid
Shashi, koordinator SPTKL yang sentiasa komited
di tepi gelanggang bersama ahli kelab
Auntie Sze Too sibuk di meja Urusetia
& prihatin dengan kebajikan boss No.1 SPTKL
Kelab kesayangan HAKIM, SPTKL
Upacara perasmian & persembahan
Master Bala, orang No.1 SPTKL turun gelanggang
memberi dorongan & membakar semangat HAKIM HAKIM berjuang di gelanggang
Jasa adikmu EKMAL sebagai Pengurus Peribadi & First Aid
Shashi, koordinator SPTKL yang sentiasa komited
di tepi gelanggang bersama ahli kelab
Auntie Sze Too sibuk di meja Urusetia
& prihatin dengan kebajikan boss No.1 SPTKL
3 comments:
I'd be proud too if my son is a great fighter like Hakim.
Congratulations to you sis & abah Hakim - you both have done wonderful job as parents.
To your hubby, cepat2 sembuh & discharged from medical ctr.
Salam Kak,
Kalah bukan bereti kalah selama-lamanya... InsyaAllah dari kekalahan itu Hakim dapat mempelajari sesuatu... semoga terus berusaha lebih untuk kejayaan yang lebih cemerlang...
kepada abg surgent... didoakan cepat2 sembuh...
Salam............
Ayah Ann Bangga siut!!
Gau setuju kata2 Amirul...kalah bukan selamana......
Kalau tak HEBAT masakan sampai boleh baca IKRAR kejohanan.....
Melertttttuzzzzzz gituh...!!!
Kalah Melawan...........Itu yg Sempoi buat diri yang diasah untuk menjadik JUARA
Post a Comment