Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 11, 2009

2009 MOTHER'S DAY SPECIAL

Aku keseorangan di kamar sebaik celik mata dari lenaku. Aku tersenyum kerana dari jauh dah kelihatan mawar merah mekar hadiah dari anak2ku. Aku juga punya kenangan lain untuk Hari Ibu tahun ini.

Syukur sesangat aku dipanjangkan umur untuk menikmati Hari Ibu lagi. Tahun ini, mama lebih dulu ucapkan Semat Hari Ibu buatku beserta pesanan2nya. Terima kasih semua...... mama dan ayah, suamiku, anakku, adik2ku, ipar2ku.



Pagi ini aku punya tugas khas yang dirancangkan awal. Sebelum keluar, kudapan untuk suami dan anak2 disediakan dulu. Simple but mengenyangkan sementara menunggu aku pulang tengahari nanti.

Jam 10.00 pagi aku sudah tekan loceng disambut dengan senyuman dan layanan yang ceria oleh pekerja butik kegemaranku. Mereka dah tahu tujuanku dan terus `kak Yasmin duduk dulu minum tea'. Dah makan belum? Kalau nak makan, makanan dah kami sediakan. Jom ke belakang tengok macam2 ada.' Aku pun ikut, tp kerusi penuh, ramai sedang jamu selera. Ingatkan aku yang datang awal, rupanya dah ramai. So, aku buat keputusan jumpa Mr. Ong, pakar kulit dulu. Kena tunggu juga!

Kepada adik2 yang nak hadiahkan akak skin care treatment, mukaku sekarang dah confirm `dry skin'. Nampak saja luar berminyak, tp dalam kulit dah kering. Terkezuuuut betul bila dari imbasan scan, pigmentation di dalam kulit dah standby utk keluar bila2 masa, bergantung pada cara bagaimana aku membelai kulit mukaku mulai sekarang. Mr. Ong dah suggestkan aku mulakan produk bagi melambatkan proses tersebut, berkemungkinan menghilangkan terus yang belum keluar. Pandai betul kau Margaret, kempiskan dompetku. Hiss!!!! but utk diri sendiri terutama my darl, beres aja.......

Selesai skin analization, aku dipelawa naik ke atas. Part ni best! Mums make over oleh professional make-up consultant. Ramai dah yang menunggu di kerusi untuk disolek. Tunggu lagi..... sementara menunggu aku jumpa dulu profesional photographer sambil belek2 koleksi pakaian yang ada. Majoriti saiz kuit-miut, so akupun apa lagi, telefon CT untuk sediakan koleksi pakaian majlisku siap dengan tudung dan brooch sekali. Tq darl.... tolong hantarkan, OKla2 dapat jumpa Mr. Ong check skin sekali.

Memang pro depa 2 orang ni, tak sampai 1/2 jam siap. Aku menolak untuk set rambut, fikir rugi kalau set rambut cantik2, pastu penyet segala bila dikenakan tudung semula. Cukup sekadar transform muka, janji aku puas hati.

Sambil dok menunggu aku, berkenalan dengan Feeza, baru cecah 30an. Gua tabik spring!!!!! Dah anak 2, body cam anak dara. Kami pakat2 la ambil gambar muka yang sebelum disolek dan 80% selepas disolek sebelum final touch up di bilik penggambaran.

15 posisi, 4 jenis pakaian. Cameraman siap tanya, `kakak selalu ka ambil gambar untuk majalah atau iklan?. Aku tanya balik `apasal!' Dia jawab `cara akak berdiri dan posing cam dah biasa, macam model.' Gelak besar aku `Ya Ka!

Hasil sentuhan photographer profesional dan komitmen aku, maka inilah hasilnya. 14 lagi gayaku kena tunggu sebulan untuk dapatkan cdnya.

dan photo di bawah telah dipilih untuk `MOTHER'S DAY CONTEST'. Doakan kemenanganku ya kawan2. Hadiah2nya lumayan juga.

Jam 2ptg selesai segalanya di butik. Orang pertama kucari di rumah adalah suamiku dan pabila kutunjukkan photo ini, dia hanya senyum panjang. Walau tanpa sepatah perkataan keluar dari mulutnya, bagiku keizinannya untuk aktiviti hari ini adalah satu penghargaaan istimewa buat isterinya.

Jam 4.30 petang kami sibuk siapkan segala untuk hantar HAKIM balik asrama. Dah selesai kat asrama, nak balik, HAKIM ambil gambar mama dan abah sempena Hari Ibu tahun ini dan pesannya padaku `mama, doakan kejayaan HAKIM'. Of course anakku.

On the way nak balik rumah, hubby ajak minum petang kat PapaRich. Sokong je sbb niat nak pekena roti best kat situ. Elok sampai belum sempat parking, ANUAR telefon `Kak, program kat Genting cancel, jom dinner kat steak Kg. Baru.' Set saja..... Aku dan suami orang terawal sampai, maka kerja kami la untuk book table besar, sambung 4 meja. Bila dah kumpul semua adik2 dan ipar2 termasuk ayah yg turun dari Kedah, suami kata `dinner malam ni untuk sambut Hari Ibu kat isteri2 kita'. Terima kasih para suami.......

dan mama paling suka tengok ADNIN makan kerana
Western Food adalah kegemarannya..... licin

15 comments:

jolly arora said...

nice pictures
why just park...
Linux Help Discussion forum

imine said...

dahsyat da boom ni kak. satu transformasi :P

MariaFaizal said...

Sis,
So vogue!
Absolutely beautiful,memorable Mom's Day celebration.

Diamilikku said...

sis..
so vouge da vass...
melatooopppp....
syoknya....bestnya...jelesnya...
hahahahahha..kak min sangat cantik....

tak boleh tahan ayat photographer tu...tetiba teringat ayat bro DJ..

"Dik riben ko jgn ingat ko je pandai posing..akak ko nih pun sama jugak"

hahahahahhahaha

kak min yang sempoi

suked8787 said...

Walaweiiii...lawanya k ipaq kita...Gempaq..Malatopppp...Mantoppp..

Buat Abg Sarjan : Ha..pasni harap2 x dak la pandang ke lain noooooooo. Yg dah ada pun dh cukup cun sebenaqnya...So terimalah isteri anda seadanya....

Mrs Zamzuri said...

vogue da vass aunty min.. hehehe..

Happy mothers day to u!

SYAbAR said...

Time kasih time kasih kepada semua yg kata satu transformasi la, vogue da vass la, gempaq, malatop, mantop.... semua ini kurniaan Ilahi, moga di dalamku lebih baik dari itu. AMIN

TiNiE said...

insya-ALlah..
ada harapan menang tu kakmin..
lawooo!!!

word of da day = transformasi heheheh

** Perfect Love ** said...

selamat hari ibu untuk k syabar.. tahniah untuk transformasi di hari ibu nih. hehe

Naddiea said...

kak syabar,sungguh meletop make over itew.and it really transform you into the NEW kak syabar!!!

sangat cantik n i jeles u.bile masa la nadia ni nk dapat buat macam akak ni.emm kene tggu anak2 besar la kot nooo..anyway,nadia selalu terlepas entry2 akak.laju sangat sampai tak terkejar den.

apa2 pun kak..akak mmg ibu yang best n sangat supportive!

SYAbAR said...

Tinie, Perfect Love & Naddiea,

Thanks for your inspiring word and supportive comments. All of you will have the opportunity as mine, insyaAllah. Do create a very good relationship with our husband, `inner and outer' to make him feel THE BEST OF US. Always make him proud to have us.. semakin lama semakin UUUUmmmmmppppphhh

Anonymous said...

hey kak min. lawa nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. wow! vogue! :) bagi la detailsnya, saya nak pegi jugak :)

SYAbAR said...

pesonarose,

P&P Beauty House, Bandar Damai Perdana

eshah abu bakar said...

hu huhuhuhu........MakNdak sedih tak dapa gi family gathering. Tahniah...makeover tu mcm tak caya Min. Betul ke Min.......muda sangat.....hehehehhe Dapat hadiah apa ye kalau menang. Moga berjaya nanati. Apapun memang cantik sekali.........hehehehehhe

SYAbAR said...

Tq Mak Ndak... wah!!!! mak sedaraku dah start blogging... Tahniah. Rajin2 tengok blog kalau nak tau update anak2 buah kat KL ni....

Tkasih Mak Ndak