Tuesday, December 30, 2008

SITI YASMIN @ AZURA


My Stick Family from WiddlyTinks.com

SYAbAR nama PenaKu.

PUTIH bersih, fitrah wujudnya insan tanpa secalit dosa dan noda.

HARUM bunga, itulah kelebihan aura wangiannya di hati mama dan ayah, adik2, suami dan anak2.

MELUR maksud tersirat disebalik namaku.

Kini akulah ANAK, KAKAK, ISTERI & IBU.

ANAK ..... perempuan tunggal dalam keluarga. Gabungan nama yang diberikan oleh ibubapa dan nenda, terpahatlah SITI YASMIN AZURA HAJI ABDUL RANI. Setelah mama menahan sakit sehari semalam, pada tanggal 22 Februari 1968 (Khamis, 23 Zulkaedah 1387) di rumah nenda Hajjah Che Mah, 186 Jalan Pondok Labu, Kulim, Kedah Darulaman, aku selamat dilahirkan.

KAKAK ..... membesarku dikelilingi hulubalang NIZAR, ANUAR, AMAR, NAZIM & NAIM. Pot pet - pot pet selalu, hakikatnya itulah KAKAK mereka.

ISTERI ..... bertemu jodoh di usia 24 tahun. MOHD. NOOR BAHARI, raja dihatiku, satu2nya lelaki yang dipilih memegang amanah Allah & ibubapaku, dengan sekali lafaz tepat jam 10.30 pagi. Aku mempelajari banyak erti kesusahan hidup bersamanya dalam membina kehidupan berkeluarga sehingga sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan iman dan berhati waja, kulalui semuanya dengan sabar, tabah dan yakin.
Anak ke-4 kepada pasangan Bahari Ishak & Che Doh Mat yang berasal dari Kampung Selarung Lalang Kiri, Kedah Darulaman. Dilahirkan pada 17 Disember 1967 (Ahad, 15 Ramadhan 1387).

Bekas pelajar SM Darulaman, member kamceng dengan salah seorang anggota kumpulan Senario, Lan Pet-Pet. Mr. Manager dikalangan rakan2 sekerjanya.

Kalau aku kata ke ANUAR, kahwin dengan minah yg diskodeng di stesen bas, aku plak diskodeng di atas bas. Ha ha ha, 2x5... 5x2. Stesen bas Terminal Feri Butterworth pandangan pertama.

Orang tua dulu2 pandai berkias..... Jangan terlalu benci sesuatu sebab yang dibenci itulah akan dekat dengan kita. Aku kantoooooiiiiii. Mana taknya, sejak kecil hingga dewasa, aku selalu kata `POLIS BODOH'. Dah jadi camni, `Akukah yang bodoh?...........'

Anak2 buahku memanggilnya Pak Chaq. Panggilan glamor adik2 iparku pula...... Sarjan Botak. Ha ha ha. Botak2 pun, kau orang boleh bergantung harap dalam apa2 hal sekalipun.

IBU ..... alhamdulillah, 4 orang zuriatku

Putera pertamaku AFDZAL HAKIM MOHD. NOOR. Namanya membawa maksud `Keberkatan' `Kebijaksanaan'. Dilahirkan pada 14 April 1993 (Rabu, 21 Syawal 1413) di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur.

HAKIM panggilan di dalam keluarga dan sentimental orangnya dalam situasi tertentu.

Ketika HAKIM berusia 3 bulan, nek wan Haji Ismail meninggal dunia. Alhamdulillah sempat nek wan bermain dengan cicit pertama walapunpun cuma seketika. Beberapa hari sebelum nek wan meninggal, sudah ada petanda, HAKIM terjatuh dari bouncenet yang dipegang pak andaknya. Tangisan tanpa henti HAKIM menyebabkan nek Mah dan jiran sebelah rumah turut sama menangis. Ayah wan dan umi bawa HAKIM ke Hospital Bear Alor Setar untuk di x-ray. Alhamdulillah HAKIM tiada sebarang kecederaan dalaman.

Di usia 2 tahun, HAKIM hilang dari rumah penjaganya selama 2 jam, memaksa suamiku menghubungi anggota Balai Polis Sungai Besi untuk mencarinya. HAKIM dijumpai bapanya sendiri dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran pangsapuri tak jauh dari kawasan kongsi pembinaan. Alhamdulillah, malaikat bersama anakku sewaktu melintas jalan besar. Suamiku suka berjenaka, berita kehilangan anakku disangkaku gurauannya sehinggalah diceritakan sendiri pengasuhnya.

Putera kedua, EKMAL HASIF MOHD NOOR bermaksud `Sempurna, Cerdik' `Kemas, Rapi'. EKMAL dilahirkan pada 13 Jun 1994 (Isnin, 4 Muharram 1415) juga di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur.

Selain EKMAL, IMAN juga nama panggilan di dalam keluarga. Penyakat orangnya terutama kepada kedua adiknya, mengambil berat dan sentiasa mendahulukan orang di sekeliling.

Al-kisahnya kami, sewaktu EKMAL masih di dalam kandungan dari awal hingga akhir, setiap kali scan, Dr. mengatakan anak perempuan. Gembira sangat, dan persiapan semuanya bertemakan warna `pink'. Keluar dari bilik bersalin, suamiku bertanya `tertukar anak tak?. Aku menidak dengan memberitahu, sebaik keluar dari perutku, Dr. mengangkat dan menunjukkan `kantung' EKMAL padaku. Sah lelaki.

EKMAL juga mirip paras rupa pengasuhnya Bibi Jan (Mami Penang).

EKMAL sejak kecil hingga sekarang, kalau tanya besar nak jadi apa, jawapannya tak pernah berubah, nak kerja dengan Tabung Haji. Alhamdulillah.

Putera ketiga, ADNIN HAZRI MOHD. NOOR. ADNIN adalah nama sebuah `Syurga' dan HAZRI mengambil sempena nama wan BAHARI yang meninggal dunia sehari sebelum ADNIN dilahirkan. Dilahirkan pada 29 September 1998 (Selasa, 7 Jamadil Akhir 1419) di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darulaman.

ADNIN sepatutnya dilahirkan di Hospital Universti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. Sudah tertulis dan mungkin juga terkejut dengan berita kematian bapa mertuaku, ADNIN dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Waktu pengurusan jenazah bapa mertuaku, hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku menahan sakit awal bersalin, tapi aku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa, biarlah anakku dilahirkan selepas urusan pengebumian selesai. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Dalam semua anakku, melahirkan ADNIN paling siksa kerana menanggung kuatnya sakit selama 12 jam. Abang2nya cuma dalam 2 jam sakitnya.

ADNIN panggilan nama di dalam keluarga, cool tak banyak cakap tetapi kalau naik angin, jadi taufan, semua benda di depannya melayang. Tak guna seduit orang tua kata.

ADNIN juga hero `handsome & smart' di dalam keluarga. Paling jaga dressing dan yang bestnya, kalau pakai baju, butang baju semuanya dipasang sampai ke leher.

ADNIN juga cucu yg paling rapat dengan umi dan ayah wan. Pantang umi dan ayah wan datang ke rumah, pasti nak ikut balik. Cuti sekolah tak dak alasan nak bagi tak balik kampung.

Rasanya ADNIN mungkin penyambung generasi kerjaya ayah wannya, kalau tanya nanti besar nak jadi apa, jawapannya nak jadi `BOMBA'.

Puteri bungsu tunggal warisanku, AMNI WAFA MOHD. NOOR. AMNI WAFA bermaksud `Ketenangan, Keamananku' `Ketulusan, Kesetiaan, Kesempurnaan' . Dilahirkan pada 23 Jun 2000 (Jumaat, 20 Rabiul Awal 1421) di Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur.

Suamiku selalu berkata, sakit bersalin macam orang buang air besar. Aku geram, buat keputusan bersalin hospital swasta, pakat dengan Dr. paksa suamiku masuk bilik bersalin sewaktu melahirkan AMNI. Allah menyebelahi suamiku, tak nampak camna susahnya melahirkan anak. Sakitnya melahirkan AMNI hanya 1/2 jam, dah tu keluarnya bersih tanpa banyak darah ditubuhnya.

AMNI sememangnya anak abah. Peluk cium setiap hari, nak apa2 tak dapat dari mama, pasti abah layan...........

Dikalangan abang2nya, selalu kena debik dan diciwikan sebab kaki mengadu. Pembantu rumah, kakak sentiasa jadi penyelamat.
AMNI dulu sebut nak jadi doktor bila besar tapi kebelakangan ni, dok tanya kami camna nak jadi MENTERI. Terkejut! Sememangnya AMNI ada tanjak jadi ahli politik. Cakapnya direct, penuh dengan pertanyaan dan ulasan.



AKU Racun dan Penawar IBUBAPA
AKU Tiang Seri SUAMI
AKU Akar ANAK2
AKU Pohon Rendang ADIK2
AKU sahabad IPAR2.........
BIAR SEMUA TAHU ADANYA, DIRI KU INI SENDIRI
MENGENALIKU, MENCINTAIKU

Tuesday, December 23, 2008

SAIFUL NIZAR


Inilah dia hero awet muda dalam keluarga kami. Anak kedua yang diberi nama SAIFUL NIZAR HAJI ABDUL RANI. NIZAR bermaksud `Yang Memerintah'. Dilahirkan pada 11 Ogos 1970 (Selasa, 21 Zulhijjah 1417) di rumah nenda Hajjah Che Mah, 186 Jalan Pondok Labu, Kulim, Kedah Darulaman.

Dalam keluarga kami ada 2 adik kerana Nizar juga membahasakan diri sebagai ADIK bila bercakap dengan mama dan ayah. Adik tua.... ha ha ha. Anak2 buah memanggilnya Pak Ngah.

Zaman kanak2 kami, membesar bermain bersama memandangkan NIZAR hanya 2 tahun muda dariku. Dalam apa2 hal, aku selalu menang dan NIZAR sentiasa mengalah. Tapi ada masa, NIZAR naik angin juga dan selalu kata padaku `Kak Berlagak'.

NIZAR kecil2 juga pemalu orangnya. Ni yang paling best, mana taknya, NIZAR punya birthday, aku yang tiup lilin. Time tu aku suka sangat. Akupun budak2, budak mana tak suka tiup lilinkan!


NIZAR tak banyak cakap tapi lasak dalam diam2. Mungkin dia ingat lagi palit sarjan atas kening dan dahi. Mamat sukan juga ni terutamanya bolasepak dan badminton.

Peristiwa paling merisaukan kami ketika NIZAR yang berbasikal dilanggar kereta Cina sewaktu ke sekolah. Mana tak risau, masuk wad Hospital Baling satu hal, luka2 satu hal, yang paling sedih ialah sebelah anak mata NIZAR lari ke hujung mata dan statik. Kira dah juling. Kesian mama dan ayah tapi mereka tak putus semangat, selalu bawa NIZAR berubat dan mengurut dengan Tok Ayah Bongor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, mata NIZAR kembali normal.

Mendapat pendidikan awal di Pulau Langkawi, kemudiannya di Baling, seterusnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga tamat SPM. Sambung belajar di Politeknik Jitra sebelum mendapat tawaran bekerja di firma kejuruteraan, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Dari kampung sampai saja ke kotaraya untuk bekerja dah terima ujian.

Terima kasih pada Abang Din Kosnan kerana tanpa bantuannya mencari, NIZAR tinggal sehelai sepinggang. Terima kasih juga pada pemandu teksi yang amanah yang tidak sempat dikenali. Mana tidaknya, turun dari bas di Puduraya, beg pakaian NIZAR hilang. Kami ke stesen keretapi sebab NIZAR kata bas berhenti di situ sebelum ke Puduraya, tp kecewa. Abang Din cadangkan buat report di Balai Polis Travers. Sampai saja di Balai, mata kami terus nampak beg milik NIZAR. Alhamdulillah.
Bila dah dewasa..... NIZAR masih carry style kanak2 dia. Tak banyak cakap dan sentiasa cool menghadapi apa saja situasi. Selalu keep it to himself, tak suka heboh2, kecoh2.
  • NIZAR bertindak sebagai penasihat terakhir, kepada adik2 terutamanya jika Mak Chaq dan Ayah An dah kebuntuan idea.

  • Tabik Hormat!!!!!! Bila ayah dah kata NIZAR pandai mengurus terutamanya bab kewangan. Memang pun, dia sentiasa jadi pelabur projek kalau yang lain kantoi.

  • Mama pulak kata, NIZAR sejak kecil sampai sekarang PENAWAR & PENYEJUK terutamanya melihat bab sembahyang.
Lama la juga NIZAR membujang sebelum bertemu pilihan hati. Sebagai kakak, terdetik di hati adik dah punya aweks bila dia telefon bagi tau nak ziarah kematian. Bila di tanya siapa, katanya bapa kawan perempuan. Kalau dah ambil berat begitu, maknanya ehem2 la.

Pilihan hati bernama AZRINA AHMAD SULAIMAN, orang Kuala Lumpur yang dilahirkan pada 25 Julai 1970 (21 Jamadil Akhir 1390). Sah menjadi isteri NIZAR, selepas Jumaat pada 18 April 1997 (Sabtu, 10 Zulhijjah 1417) di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda. Walimatul Urus pada hari berikutnya.

Sejak NIZAR punya isteri, orang selalu berkata AZRINA adikku dan NIZAR adik iparku. Terbalik jadinya. Keluarga yang tahu dok kata, NIZAR cari isteri rupa macam kakaknya. Dah la rupa macam kakak, profession pun sama. Kebetulan .........

Inilah cucu perempuan pertama keluarga kami. Orang kata, tak dapat anak, cucupun dah cukup menggembirakan mama dan ayah kerana selepas kelahiranku, 30 tahun mereka menanti zuriat pertiwi dalam keluarga kami. Untungnya NIZAR. Ayah An seronok sangat, dihadiahkan seutas rantai emas.
Namanya serupa dengan nama isteri Rasulullah SAW, Saidatina AISYAH yang bermaksud `Hidup Bahagia'. Dilahirkan pada 18 Februari 1998 (Rabu, 20 Syawal 1418) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
AISYAH sejak kecil montel, disangka dewasa dari usianya. Keluarga kami diuji sewaktu AISYAH ditempatkan di wad ICU kerana demam denggi. Semua keluarga tak memutuskan doa untuk kebajikan dan kesihatannya.
AISYAH pintar budaknya, kuat merajuk pun ya! Anak perempuan dan cucu perempuan seorang katakan. Aku beriya2 benar nak pakaikan anak buah dengan baju2 fancy kanak2, tapi keadaan belum mengizinkan. Dalam usia 10 tahun, pakaian dibeli ikut saiz dewasa. Baju dewasa tau saja la, ranggi, sexy-mexy, mana sesuai dgn kanak2. Takpa AISYAH, nanti remaja kontrol ayu balik cam dibuat Mek Salam Pantai Timur tu.......

Mengambil berkat nama nabi pertama, anak kedua diberi nama ADAM. Kanak2 pintar yang dilahirkan pada 27 Januari 2001 (Rabu, 2 Zulkaedah 1421), juga di PUSRAWI.

ADAM semangat seperti kakaknya. Aktif sedikit basah baju dik peluh. ADAM dan SYAMIL sama2 nak menang selalu. Jadi, keduanya kalau bermain bersama lama sikit, sure jadi hal.

Paling seronok kalau tengok ADAM makan. Berselera betul dia terutamanya kalau ada ayam dan telur goreng.

Anak ketiga namanya ADIB yang bermaksud `Pujangga'. ADIB dilahirkan pada 28 Jun 2005 (21 Jamadil Awal 1426) juga di PUSRAWI.
Kedua-dua anak lelaki NIZAR disunatkan beberapa hari setelah dilahirkan. Lega.... siksa ADAM & ADIB bila meningkat usia kanak2.
Ketiga2 anak NIZAR 100% mendapat susu `Cap Gantung' hingga putus susu. Alhamdulillah dan tahniah pada AZRINA.
  • Kesempurnaan milikmu
  • `Diam2 Ubi Berisi'
  • Berdiam diri tidak bermakna tidak dipedulikan, ada masanya kasih-sayang perlu dipamerkan.

Wednesday, December 17, 2008

SAIFUL ANUAR

SAIFUL ANUAR HAJI ABDUL RANI. ANUAR bermaksud `Yang Bercahaya'. Membahasakan diri sebagai ANUAR di dalam keluarga dan dipanggil Ayan An dikalangan anak2 buahnya. Dilahirkan pada 2 April 1976 (Jumaat, 2 Rabiul Akhir 1396). Pulau Lagenda, Langkawi bukti kelahiran ke dunia.

ANUAR, awal kanak-kanaknya ditimang ramai orang.

Langkawi

  • Kasih sayang warga emas bernama Mak Minah dan Pak Mid terserlah hingga ANUAR dewasa. Terpisah dik keadaan bererti sinar mata mereka berkaca.

  • Dimanjakan sepasang suami-isteri bernama Abang Ad dan Kak Ani. Sekian lama berumahtangga tanpa cahayamata, lahirnya ANUAR memberi rahmat kepada mereka memiliki anak angkat bernama AMIR. Keduanya membesar dan sering bermain bersama. Apa dibeli pada Amir, ANUAR juga merasa.

  • Dimanjakan primadona lagenda seangkatan P. Ramlee, seniwati Zaharah Agus. Asal bersamanya, pulang ke rumah penuh gula2 di tangan.

  • Dimanjakan Abang Mid, Pak Long & Kak Ani
Baling
  • Kak Zah Memali, `tak sei weeiiiiii

  • Kak Mah & Makcik Yah, kenyang selalu dgn air minit, roti canai & gula2

Peristiwa paling tidak dilupa sewaktu ANUAR jatuh dari pelantar ikan waktu air laut pasang. Kelam-kabut aku dengan berbaju sekolah, terjun menyelamatkan adik. Memang indah saat2 berumah di tepian pantai terutamanya tidur atas loteng. Angin malam, waduss.......... nyaman. Nak mandi laut, cepum2 saja bila air pasang. Nak makan kepah lokan, hiriskan saja pisau di pasir/selut pantai. Sure dapat punya. Itu zaman dulu, sekarang ........ keaslian keindahan pantai hampir lupus.

Peristiwa kedua yg tidak mungkin kulupa, tatkala ANUAR mengejarku dengan pisau, kerana marahkanku mengadu pada mama dan ayah. Mengadu kes apa, lupa la pulak. Keliling kuarters Bomba Baling, aku lari lintang-pukang menyelamatkan diri.

ANUAR sejak kecil memang pandai berkawan, dialah yang paling ligat, tidak betah duduk diam di rumah. Dialah juga yg selalu kena bidik dengan orang tua.

Didikan awal persekolahan di bandar kecil yang mempunyai kisah mitos Raja Bersiung. BALING itulah tempatnya. Kalau dah namanya ligat, maka tentulah disekolah jadi ahli sukan, esp bolasepak. Bola punya pasal jugalah patah kaki .

Memperolehi SPM di Sekolah Menangah Darulaman, sebuah sekolah yang terkenal dan penuh dengan kontroversi di Alor Setar, Kedah Darulaman. ANUAR seterusnya mengikuti pengajian di IKM Pekan, Pahang. Entah sebab rajin belajar, atau selalu jatuh bersukan, sampaikan selalu Sakit kepala maksimum. Mana mungkin Anuar lupa dapat rawatan terbaik di Hospital Tawakkal. Terima kasih Bro Nizar.

Bertugas dengan sebuah syarikat gergasi di Selangor. Dewasanya ANUAR penuh drama kehidupan, suka-duka yang boleh dikongsi dan disimpan kuat. ANUAR adalah anak yang paling ramah dan kaki riuh di dalam keluarga, juga bersifat pendengar, maka tidak hairanlah dia menjadi tempat mengadu, terutama kepada adik2nya. Keramahannya juga menjadi kunci kejayaan Dj Epoi 8787 (http://www.epoi8787.blogspot.com/).

Bermula dengan menjadi penghuni rumah setinggan, berbekalkan kecekalan dan keazamannya sebagai teraju utama kerja2 pengubahsuaian rumah, suatu kebanggaan keluarga tertubuhnya SAIFUL Warisan Kreatif Enterprise. Perintis usaha beliau adalah `Rumahku Syurgaku'. Tahniah dan Terima kasih.

Sebagai orang sukan, susuk badan memangla uuuumph, macho orang kata, kena dengan ketinggian, sebab tu la si gadis yang di skodeng di stesen bas tersangkut seterusnya dijadikan isteri. Tp itu susuk badan dulu...... sekarang ??????? Dulu bapa mertua menuntut di Maktab Mahmud, menantu pun sama belajar di sekolah yang sama. Itulah kebetulan, keserasian namanya.

Inilah keluarga ANUAR yang bermastautin di Selangor Darul Ehsan.



















Diijabkabulkan pada 14 Februari 2002, (Khamis, 1 Zulhijjah 1422) di Masjid Alor Pudak, Pendang, Kedah Darulaman dengan SUSILAWATI ABU BAKAR yang dilahirkan 9 Ogos 1980 (Sabtu, 27 Ramadan 1400). Juga anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Resepsi di Kulim meriah dengan kedua mempelai di tabik hormat mamat/minah bikers sewaktu berarak masuk ke kawasan rumah kenduri. Kita tempah masak seekor kambing akikah, adusss....... langsung tak sempat jamah, habis di meja pengantin dan rombongannya lebih kurang 50 orang. Ramai gitu...... alhamdulillah.

Beginilah aksi anak pertama ANUAR setaip kali posing depan kamera. Mesti tunjuk susunan gigi, senyum lebar. Terlampau nak kontrol senyum, mata selalu jadi mangsa.

Gelaran anak pertamanya ROBOCOP. Mana tak robocopnya, waktu baby kalau pi pasar malam, nampak gerai mainan, terus berguling atas jalan. Riuh dengan jeritan selagi tak dibelikan mainan. Dah tu, mainan dia jangan sapa kacau. Milik aku tetap milik aku.

Nama sebenarnya MUHAMMAD SYAMIL SAIFUL ANUAR. SYAMIL bermaksud `Keseluruhan, Kesempurnaan'. Dilahirkan pada 3 Januari 2003 (Jumaat, 29 Syawal 1423) di Hospital Pantai Cheras Kuala Lumpur di bawah pemerhatian dokktor bernama Dr. Asokan.

Si kecil ni pulak gelarannya Spongebob, bersuara `garok'. Yang kedua ni kanak-kanak bantal busuk. Cukup cam bantal busuk hijaunya, nak tukar baru, mesti warnanya sama. Kalau tidak ..........

Namanya ANAS SUFYAN. Nama pilihanku gabungan nama AN & SU. ANAS bermaksud `Manusia yang memiliki Kemesraan, Cinta, Kasih'. SUFYAN adalah sahabat Nabi juga bermaksud `Teman Yang Mesra'.

ANAS dilahirkan pada 18 Februari 2006 (Sabtu, 19 Muharram 1427), di tempat yang sama seperti abangnya. Si kecil ni di kalangan sepupu-sepapatnya dipanggil pak lawak. Tak kisah apa orang buat padanya, tahan dan kontrol machoooo macam ayahnya. Tengok saja aksi gambar sebelah.

Lepas ni si kecil tak kecil lagi..... Nombor tiga sudah mari. Tunggu saja bulan Februari 2009.

Hidup ini umpama roda dan bumi. Kita bermula pada satu titik, berpusing dan kembali ke titik asal. Persabahatan dan jalinan silaturrahim itu mulia, bezanya kawan boleh menjadi sahabat, boleh menjadi musuh.

Anak jati Langkawi tak gentar dilambung ombak badai walaupun pantainya terhakis. Ambil kekuatan bakau, tetap utuh berdiri walau dilanda ribut taufan. Jangan takut berumah di tepi pantai .......

Iku resam padi.

Tuesday, December 16, 2008

SAIFUL AMIR

SAIFUL AMIR HAJI ABDUL RANI. AMIR adalah nama pilihan nenda Hajjah Rahmah yang bermaksud `Putera, Ketua, Pemerintah'. Di dalam keluarga dipanggil AMAR. Anak2 buah memanggilnya Pak Andak.

Dilahirkan pada 28 Ogos 1981(Ahad, 22 Syawal 1401) juga di Hospital Baling. Seorang anak yang paling lama menyusu susu ibu. Semua adik2ku dilahirkan comel, tetapi bagiku AMAR lebih comel dari semua. Memandangkan comelnya macam baby girl, rambutnya selalu kusisirkan `tocang'. Kecil saja like baby girl, dewasanya lelaki mampan.

Kalau NAIM & NAZIM punya pengasuh, AMAR juga begitu. MAZIDAH dari keluarga yang susah, usianya lebih muda dariku, hadir dalam keluarga kami, membantu mama menjaga AMAR terutamanya ketika mama sibuk menjahit baju dan keluar berniaga.




Persekolahannya bermula di Alor Setar dan tamat SPM di Kulim, Kedah Darulaman. AMAR juga sebentar mat kilang sebelum mendapat tawaran menjalani latihan asas laskar udara di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya ditugaskan bi TUDM Kuching, Sarawak. Dapat juga kami melancong ke Kuching sewaktu beliau di sana.

Anggota kelab bikers..... motor2 besar adalah koleksi dan aset. Banyak awards disapu dik pengubahsuaian motor JAGUHnya di Sarawak.

Untungnya, bila kahwin diescort mamat/minah bikers. Gah gitu........ berarak masuk kampung. Nak tahu siapa pengantin perempuan. Ha ha ha, kawan sekelas si NAIM. Kantoi gitu, merantau sampai ke Sarawak, orang sekampung juga jadi isteri.

Diijabkabulkan pada 4 April 2007 (Rabu, 16 Rabiul Awal 1428) dengan NOOR FAZILA JAHUBAR SADIQUE ALI yang dilahirkan 23 Jun 1987 (Selasa, 25 Syawal 1407). Majlis resepsi mereka pada 2 & 3 Jun 2008. Kini sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, rezeki murah, setahun kahwin dikurniakan seorang wira MUHAMMAD ADEL SAIFUL AMIR yang dilahirkan pada 31 Mei 2008 (Sabtu, 25 Jamadil Akhir 1429) di Hospital Kulim.


Kata orang hidup berumahtangga umpama

  • BERJUDI, ada masa menang-kalah, untung-rugi

  • SABUT di sungai, ada masa timbul-tenggelam, tergolek-terbungkang
Tak kisah apa pun peribahasa, yang penting persefahaman, saling bertolak-ansur, hormat-menghormati. Membentuk isteri bukannya mudah. Bukan sekadar memberi-merasa, ada masa diuji pemikiran, kesabaran. Lakukan mengikut kemampuan & pertimbangan.

Wednesday, December 10, 2008

SAIFUL NAZIM

  • SAIFUL NAZIM HAJI ABDUL RANI. NAZIM bermaksud `Penyajak'. Membahasakan diri sebagai ABANG di dalam keluarga. Saudara kembar SAIFUL NAIM digelar Pakcik oleh anak2 buahnya. Dilahirkan pada 8 Disember 1986 (Isnin, 5 Rabiul Akhir 1407) di Hospital Baling. Sejak kecil hingga sekarang NAZIM lebih montel dari adiknya NAIM.

    Kalau NAIM dijaga oleh Mak Ma dan Ayah Hassan, NAZIM pula dijaga oleh adik kandung ayah iaitu Makngah Halimah dan Pakngah Ghaffar setiap kali ayah dan mama menunaikan ibadah haji.

    Persekolahan NAZIM juga sama seperti NAIM, cuma bezanya di awal persekolahan menengah, NAZIM dihantar ke sekolah agama. Namun, NAZIM cuma mampu bertahan di sekolah agama selama 2 tahun sahaja, kemudiannya bersekolah di tempat yang sama dengan kembarnya sehingga tamat SPM.

    Kalau dah montel sejak kecil, dewasanya juga sama, pantang ada durian runtuh, makan besar kami terutama anak2 buahnya. Anything `abang beli ayam'. Ha ha ha....

    NAZIM berjiwa besar, berani mencuba segala kerja.

  • Mat kilang

  • Mat bisnis (meniaga burger, roti john, air buah ....... untungnya!)

  • Mat pomen (pelajar terbaik kemahiran automasi motor & kereta ni..... darurat jadi penyelamat)
  • Mat rempit (dah badan besar, minat motor besar la....... cuma income belum besar) Usaha, usaha dan teruskan usaha......


  • Mat pancing (pancing di kolam tak berbaloi, memang mamat sungai. Ikan sebesar budak 2 tahun pun mampu dibawa naik...... Untungnya kawan2 dan jiran2 kita, dapat rezeki percuma. Banyak pahala)
Entah mana satu pengakhir kerjaya..... dah namapun si kembar, buat masa sekarang, kalau adik kerjanya POLIS, abang jadi PENGAWAL KESELAMATAN di Selangor Darul Ehsan.

Sebut tentang makwe, ADA....... tp entahkan jadi entahkan tidak. Kita tunggu saja................

SAIFUL NAIM


Dalam keluarga kami, SAIFUL yang bermaksud `Pedang' dipilih sebagai permulaan nama setiap anak lelaki. Apa agaknya tarikan dan simbolik penggunaan nama ini pada ayah dan mama.

Dimulakan dengan salasilah anak bungsu di dalam keluarga ini iaitu SAIFUL NAIM HAJI ABDUL RANI.

NAIM membawa maksud `Kesenangan'. NAIM berkongsi kebungsuannya dengan saudara kembarnya iaitunya SAIFUL NAZIM. Membahasakan diri sebagai ADIK di dalam keluarga. Dik kerana lahirnya kemudian dari abangnya, sebab itulah digelar Paksu oleh anak2 buahnya sama seperti gelaran yang dimiliki oleh ayahku.

NAIM dilahirkan pada 8 Disember 1986 (Isnin, 5 Rabiul Akhir 1407) di Hospital Baling. Di awal kelahirannya, kami sekeluarga begitu risau kerana terdapat benjolan lembut di sebelah kanan kepalanya. Tetapi berkat ikhtiar dan doa mama dan ayah, benjolan itu hilang sebaik tempoh pantang berakhir. Mak Ma dan Ayah Hassan jiran kuarters bomba, adalah sebahagian dari hidup NAIM, dianggap seperti ibu dan bapanya. NAIM dijaga dan dibelai penuh manja oleh mereka terutamanya ketika mama dan ayah mengejakan ibadah haji. Kalau dimarahi mama dan ayah, NAIM merajuk dan lari ke rumah mereka. Kalau mama dan ayah tak belikan apa yang diminta, NAIM akan minta dari Mak Ma dan Ayah Hassan, pasti berjaya. Untungnya Naim ada 2 ibu 2 bapa.

Awal persekolahannya di Alor Setar dan tamat SPM di SM St. Patrick, Kulim, Kedah Darulaman. Mamat glamor ni. Begitu aktif di dalam Kadet Polis. Boleh ngajar kawad lg tu....... tabik spring!!!!!!!. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, akhirnya memilih kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis.

Cogankata PDRM dulu, MESRA, CEPAT DAN BETUL. Sebab terlebih MESRA la maka CEPAT bertemu makwe. Pening kami sekeluarga, esp kakak dan abg2 yg dok KL ni. Dik kena screw selalu, akhirnya memilih jalan BETUL dengan mengambil keputusan untuk bertunang di usia yg muda.





















Pada tanggal 3 Mei 2008 (Sabtu, 26 Rabiul Akhir 1429) di Masjid Felda Kertih 2, maka jadilah dia suami kepada WAN SURAYA WAN NAWANG yang dilahirkan pada 1 Januari 1986 (Rabu, 19 Rabiul Akhir 1406) Ke Ganu Kite beb........ Letih tenaga zahir dan batin, letih fulus ... pendek kata letih segalanya but one thing enjoy sebab dapat tengok negeri org, dpt mkn kopok leko adik beradik. Makang lalu, lazatnya....................

Lepas berbulan madu di Pulau Legenda, kini menetap di Kuala Lumpur. Relax.... ayah dan mama 2 tahun bulan madu tau, baru kena jaga baby.

Layan...... bulan madu anda.
  • Tanggungjawab bukan kepada isteri sahaja, ibubapa dan mertua juga....... jangan terabai.

  • Pegang amanah sampai akhir hayat