Wednesday, May 6, 2009

DISEBALIK KERAPUHAN TAUGE

Kita selalunya suka banyak TAUGE di dalam menu Char Keow Teaw atau Cucur Udang. Malangnya menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada:-
  • 1. Kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

  • 2. Kajian membuktikan tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Hasil kajian tauge samada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

  • 3. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

  • 4. Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

  • 5. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

  • 6. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

  • 7. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

11 comments:

Dj Epoi said...

Salam....Walaweiiiiiiiiii

Banyak khasiatnya nih woit!!!!!

Nanti Gua buatkan JUz taugeh plak ....bley ar? heheheheh

MariaFaizal said...

Sis,
I've always,always loved 'taugehs'
Apart from being so cheap(economical), they're just yummy!

There are more reasons for me to enjoy the vege now after reading this.Tx sis.

TiNiE said...

wow!!
so informative kakmin..
good..
betoi kakkimie..tini pun sker jer sayow toge nih...

Diamilikku said...

sayur toge nih kena gaya masaknya jadi sedap kan kak...
hehehhehe...tapi tak suka ahhh yang masak sampai lunyai lembik...biar rangup2 gitu

Dj Epoi said...

Teringat Taugeh rebus nasi Ayam Bukit Bintang heheheheh

SYAbAR said...

So kawan2 semua,

Apa lagi, jom menu hidangan keluarga kita utk bulan ni bersumberkan TAUGE.

1. Tauge goreng cendawan butang
2. Masak lemak tauge dgn tauhu
3. Tauge sos soya udang besar
3. Kerabu tauge dgn kerang rebus
4. Tauge goreng ikan tengiri masam
4. Cucur udang tauge lebih
5. Keaw teaw gorengtauge lebih

bla, bla, bla ikut menu masing2

** Perfect Love ** said...

kak Min.. jgn list menu je. resipi plz hehe

SYAbAR said...

ooo Pn LOVE, ala masak tauge tak yah resepi2, main tauk2 je. Air tangan isteri kalau jamu suami, aci sedapnya.....

armouris said...

lagi info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

armouris said...

lagi info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

armouris said...

info tentang strok kat sini - Awasi Tanda-tanda Strok