Friday, May 22, 2009

CARA NAK TAHU SEBAB ANDA MEMILIH PASANGAN ANDA



Saya terbaca sesuatu yang menarik. Syok juga nak tau kebarangkalian mengapa kita pilih cik abang kita jadi pasangan kita ni. Balik rumah nanti, mai kita tanya suami memasing, mana satu yang dia utamakan bila berlaku keadaan seperti ini serentak:-

Air mendidih kat dapur.

Air paip melimpah kat bilik air.

Bayi menangis.

Telefon berbunyi.

Ada orang ketuk pintu.

Susun 1 ~ 5 ikut kepentingan yang mana dia nak selesaikan dulu.

Lepas dia bagi jawapan, kita semak la dengan kenyataan fakta terselindung disebalik jawapan yang dia berikan?
  • Kalau si sia memilih untuk menutup air medidih : menandakan si dia mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
  • Kalau si dia memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan si dia mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau si dia memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan si dia mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau si dia memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan si dia mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan.
  • Kalau si dia memilih untuk membuka pintu : menandakan si dia mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan.

Haaa macammana dengan keputusan si dia? Bagus? Tahulah kita nanti prioriti cik abang kita samada dahulukan keselamatan ka, kekayaan ka, kasih-sayang ka, budi bahasa ka atau kecantikan ka!! Hakikatnya... fakta yang diberikan adalah keperluan hidup manusia. Pengolahan keutamaan yang membezakan kehidupan.

Soalan ini boleh juga kita tanyakan kepada rakan-rakan untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. Yang baik kita jadikan tauladan, yang memudaratkan kita jadikan sempadan.

13 comments:

MariaFaizal said...

Sis,
I'am always,always thankful my hubby & I have/met each other. I'm sure you feel the same about your love :D

Given any other choice,we'd say "Thanks, but No thanks" kan sis? hehe...

SYAbAR said...

I agree Maria to ceriakan ourlives today, nak menyakat hubby with this questiones and see the results, which one is his priority

Enjoy ur weekend sis.

Naddiea said...

kak,good info..buleh test cik suami.hihi...apa2pun walaupun cik suami bukan my first love tp he is the best man i ever had!!

MariaFaizal said...

Sis,
My hubby tak nak jawab/pilih soalan tu..hish...He said "I smell something fishy.Nak kenakan I ker?"

Cis..

Tak sporting langsung Faizal nih!

Muahhh to you sis!

NurintanDiamond said...

salam..

sis, betul ke kelima-lima jawapan tu? suspen je.. :)

SYAbAR said...

Maria & NurintanDiamond,

ala... kita bukan nak mengenakan suami. Kan suami kita yang terbaik dalam apa jua keadaan.

Dalam hal ni kita cuma nak tau priority dia pada ketika kita ajukan soalan ni. After that nothing la.. 0 sama. Sesekali nak bercanda dgn suami apa salahnya....

Nanti akak letak priority abang.

Diamilikku said...

kak..
mizan pilih air mendidih, baby menangis, air paip melimpah, orang ketuk pintu then telefon..

so conclusion - keselamatan, cinta dan kasih sayang, kekaaan wang ringgit dan harta, rupa paras dan personaliti, then baru akhlak dan perlakuan pasangan...

hahahhaha..mcm tak kena ja..tapi takpalah..sempoi je dia mai jawab

SYAbAR said...

Adik2ku,

Mlm ni dah kenyang bg dia makan, tengah mood dia cantik, akak pun hulur la sekeping kertas bertulis soalan di atas. Explain serba sedikit then minta dia tandakan prioritynya. Hahaha hihihi huhu inilah jawapannya

1. cinta dan kasih sayang
2. keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda
3. kekayaan,wang ringgit dan harta
4. rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan
5. akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan

ada OK ka! OK la tu kerana dia SUAMIKU

Idalara said...

ida dah tkde pasangan so..tak dapat nak bg jawapan..
apa2 pun dia dulu mng seorg yg penyayang,pentingkan keselamatan,sgt perihatin dan baik..tapi segalanya tggl kenangan.

p/s ooohh..kakak djepoi rupanya..dan keja kat cyberjaya..mng dekatpun.

*SiRibenMerah said...

erkkk.. muleh la I buat kiz dalam borang permohonan menjadi suami riben.. wakakakakakaka...

Dj Epoi said...

Macam2 tanggapan kawan2 selepas ENTRY nih hehhehehehe

NurintanDiamond said...

hahaaaa.. nnt nak try la.. tp kalo xde baby? :)

TiNiE said...

haaa..tini penah gak tau nih..
masa attend course..
hmm menarikss...