Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label SAIFUL ANUAR. Show all posts
Showing posts with label SAIFUL ANUAR. Show all posts

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT ANAK WATAN JELAPANG PADI

2 hari sebelum Piala FA, DJ Epoi call `Kak, Kedah masuk final FA. Jom niaga'. Belum dapat persetujuan en. suami, dah pandai cakap OK. Malam hari, mula ayat en.suami `Abang, nak niaga kat Bukit Jalil boleh! Kedah masuk final ni'. Lega... bila en. suami selamba jawab `OK, bawa HAKIM, EKMAL, ADNIN sekali. Abang duty kat sana'. Pucuk di cita ulam mendatang la....
Pagi Sabtu lepas urus semua hal tuisyen anak dan kerja2 dapur, aku siapkan WIRA. Basuh pakaiannya dulu. WIRA mesti di bawa ke tapak niaga kerana dia ada daya tarikan dan pelaris pelanggan ke gerai kami.

Inilah WIRA kesayangan kami. Sampai tapak niaga, WIRA dapat rambut baru... hijau kuning lagi. Maklumlah dia juga penyokong kuat Kelab Kenari. Siap tabik lagi kat penyokong2 kuat Kedah. Letak saja WIRA ditempatnya, pengunjung mula rapat ke gerai kami untuk posing dengan WIRA. Kamipun apa lagi.... bila orang dah rapat dengan gerai kita, kita pun ayatlah mereka untuk beli produk2 gerai kita. Alhamdulillah....

Dj Epoi adalah taiko projek ini dan aku sebagai kakak sentiasa beri dorongan semangat pada semua adik2 yang turun tangan untuk menjayakannya. EKMAL, HAKIM dan ADNIN sekurang2nya tahu dan lihat, bukan senang ibunya cari duit untuk beri kemudahan hidup pada mereka. Mereka juga kulatih untuk tebal muka dalam dunia niaga. Kerja ikhlas, apa pulak nak malu.

Adikku sikembar NAIM dan NAZIM saling bekerjasana. NAZIM promosi produk, NAIM jaga PA sistem sambil buat hebahan kepada pengunjung untuk masuk ke gerai kami.

Beginilah keadaan gerai kami bila diserbu pengunjung

Adikku AMAR anggota MALBAT yang tak berapa hari lagi nak terbang ke Lebanon juga turun. Banyak tu tiket yang dia beli untuk kumpulan kami. Sepupuku HASROL DAN BOB juga turun berniaga

Ragam penyokong kuat Kelab Kenari

lebih gembira bila suami yang `on duty' sempat turun ke gerai beri sokongan walau seketika. Terima kasih Abang. Adik iparku Noor dan si cilik Adel juga tak mau lepas peluang ni. Tahniah kerana semua bersemangat sebagai anak watan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman.

Bila tiba waktu perlawanan, inilah tugas hakikiku... menjaga gerai sambil menjaja air minuman. Hanya walkie talkie menjadi penyambung dunia luar dan dalam stadium. Time tak ramai pembeli, aku buat kerja baru. Hahaha... kutip tin aluminium. $$$$$ free. Penat toksah cakap la, 3 pg baru sampai rumah... tp aku gembira kerana punya `masa emas' bersama adik2 dan anak2.

Buat pemain bola sepak negeriku, dengarlah luahan hatiku `HELMI.... HELMI.... aku kuciwa' tapi pasrah dengan qada dan qadar, bila dah termaktub ketentuan, ini bukan rezeki pasukan kita.

Wednesday, February 17, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN ANAK2 BUAHKU

Kek yang kutempah buat mereka.. simple

Seronok melayan, melihat senyum tawa dan riuh mereka

STEAMBOT yang ditempah khas utk sambutan
merawat kedinginan kami di puncak

Nanae... ibu muda yang macam lipas kudung sediakan
makan malam yg marvelous buat kami adik-beradik
Tahniah!!! & Terima Kasih

Mari, mari mari kita jamu selera
Apa tunggu lagi, makanan sudah tersedia

Kenyang perut senang hati.. mata pun lali
Orang kuat yg terlebih santai depan lobby hotel
Inilah kelebihan Jelai Highland Resort Bukit Fraser

Buat anak2 buahku AISYAH, ADAM, AIDA, ANAS & AFIQ (begitu juga pada yang lain).....

Ibu dan bapa saudaramu sentiasa sayang kamu semua. Bila dewasa nanti, jangan pula lupa kongsi rezeki dengan kami dan yang penting jenguk2 kami walau sesekali-seketika. Bukan duit jadi taruhan tapi kesinambungan kasih-sayang biar berpanjangan.

Kalau ketika kecil hubungan sesama sepupu akrab dan ceria... teruskan semangat itu kerana kita 1 WARISAN.

Tuesday, January 19, 2010

DJ EPOI DI DADA AKHBAR

more stories....@ Utusan Malaysia Online - Rencana

My dear bro,

A NEW CHALLENGE BEGINS for
SAIFUL WARISAN KREATIF & DJ EPOI

http://epoi8787.blogspot.com
http://djepoi.blogspot.com

Grab the opportunities, go for qualities and different trademark. I know you can do it.

Remember your tag line.... `APA SALAH REZKI , ILMU YG TUHAN KASIK.. KITA SAMA-SAMA KONGSIKAN'

My first 2010 entry is specially dedicated to you. Tears of happiness..... Credit from your sis.

Thursday, October 22, 2009

AJK KENDARA

Ni 1 AJK yg memenatkan. Memang betul.... kendara lg letih dr kenduri. APA YANG PENTING KERJASAMA!!!! Semua kerja jd ringan bila ibubapa, anak2 & cucu2 ringan tulang lakukannya bersama. Tuan tanah kedaung rasa LEGA.......

Bro DJ Epoi & Suked bersih pinggan mangkuk & periuk belanga

Mama & Suraya pun bantu

Kak SYAbAR & Ayah... bersih kawasan, angkut mana yang patut

Abg Saj cuci porch & longkang

Hakim, Ekmal buang sampah

Mesin tebu, speaker, kawah, periuk & dapur yg berjasa

Pembantuku dgn kerja2 membasuh

Tuesday, October 20, 2009

AJK KECERIAAN

Diketuai adikku, ANUAR

Terima kasih Dj Epoi, Bro Joe & anggota kumpulan
atas penggunaan PA Sistem, kesinambungan lagu2 raya
dan menceriakan sambutan ulangtahun

p/s tetamu undangan..... Lan Pet-Pet tidak dapat hadir memeriahkan majlis kerana mempunyai komitmen di Johor

Sunday, June 14, 2009

DOA AYAH AN MAKBUL

HAKIM baru baca komen Ayah An dalam entri `BUAT AYAH AN/DJ EPOI' yang berbunyi...

Salam Hakim......

Alhamdulilah......Syukur!!!!

Ini tahu Lu dapat Gangsa....
Sapa tau kat Terbuka Kedah Lu bawak balik EMAS.....

Colour apa ponk yg Lu bawa balik......Gua Ok jew!!!!!
Yang Penting....semangat Melawan tuh ada.!!!

Laptop?
Yap Ayah Ann masih lagi sedih tahap gila babai nih!!! pasal seluruh gambaw kita yang 5 tahun dulu dah Hilang siut!!!
Nanti bila dah senang/kaya jangan Lupa Ayah Ann arrr heheeheheh

Ayah Ann Doakan kejayaan Hakim kat Kedah Open!!!

Buat betul2 K...

HAKIM dah buat betul2 AYAH AN. Doa AYAH AN makbul dan inilah hasilnya.

!!!! EMAS !!!!
Medal ni HAKIM nak bagi dekat AYAH WAN
Kedah Open 2009 melibatkan Negeri Kedah selaku Tuan Rumah,
WP Labuan, WP Kuala Lumpur, Penang, Perak, Melaka, Johor, Kelantan, PTPL,
MSN dan beberapa Kelab Jemputan lain

Wednesday, June 10, 2009

TERIMA KASIH DJ EPOI

Tq bro Dj. Kami punya la seronok, buat kerja sampai malam. Pastu kami buat kenduri kecil sikit untuk tambah keberkatan.
Kami bakar 2 ekor ayam saja
Tapi rakyat yang datang seneru. Cukup pulak. Tu la berkata namanya
Abang ipar bro paling selera makan sebab ada ayam panggang, daging rebus, air asam tomato, sambal belacan ikan kembung terutamanya ulam jering, petai, pucuk paku dan kacang bendi

Alhamdulillah, rezeki kami Bro. Terima kasih dari kami warga PANGSAPURI DESA AWANA DAN ANGSANA

Tuesday, April 14, 2009

SIAPA LEBIH JOWO?


Aku nak shopping pun tak senang, mamat baju merah ni dok panggil `Kak, cepat la mai ambil gambar kami ni!' Gelaran apa kita nak bagi kat mereka berdua ya! Rasa2nya siapa lebih `JOWO'nya.

Wednesday, April 1, 2009

MARI KITA DOAKAN

Hai kawan2!!!!!

Esok 2 April, ulangtahun bro MALATOP kita. Mai kita pakat2 ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN kepada kawan kita yang MANTOP ni. Maafkannya, doa yang baik untukya, bangunkannya dan buat yang terbaik untuknya. Kitakan kawan baik.


Biar aku orang yang pertama ucapkan.....

SELAMAT ULANGTAHUN ANUAR
Panjang Umurmu, Murah & Barakah Rezekimu, Baik Kesihatanmu
Bahagia Kehidupanmu, Semua Sayang Kamu

Kamu tak bisa dihadiahkan sebiji kek cuma. Disekelilingmu ramai yang berjasa. Cup cake mencukupi, adil kerana habuannya setara untuk semua. Jadi, tiada antara mereka yang berkecil hati kerana kekurangan atau kelebihan.

Monday, March 16, 2009

HANDSOMEKU DICURI DIAMILIKKU

Kena membaca seperti menyanyi lagu Dengar Ini Cerita nyanyian P.Ramlee / Anita Sawak.

Mari2 Tuan Dengar Ini Cerita
Anak buah saya sudah hilang handsomenya
Kalaulah satu tidak mengapa
Ini diangkat kedua2nya

Sayapun tanya dia siapa punya kerja
Jawab ibunya kerja suami kawannya
Amboi berani sungguh lagaknya
Mujur anakku masih senyum gembira

Dulu2 wang kertas dikoyak dua
Satu simpan dara dan satunya jejaka
Kenapa Dr. Mije cabut kedua-duanya
Tanda dah booking calon menantu ka?

Ini hanya sembang gurauan saja
DiaMilikku jangan ambil hati ya!
Satu gigi hilang tanda Gegerd punya
Gigi kedua milik baby baru ka?

ya Ampun ya Ampun .........

Tuesday, March 3, 2009

5 SAMA

Kedua2nya anak buahku juga, maka seboleh mungkin aku pertimbang seadilnya.

AIDA sudah menerimanya maka kini giliran AFIQ pula.

Kata Pak Long, `Didik Anak Biar Jadi ORANG'. Kiasan orang tua penuh maksud yang tersirat dan tersurat.


Friday, February 20, 2009

LENA ANAKKU LENA

Beginilah caranya supaya bayi diulik lenanya. Ceewaahhhh!!!!

MODEL ..... anak Bro Dj yang belum sehari usianya
JURUKAMERA PROFESSIONAL ..... NAZIM


p/s pertama kali guna kamera baruku untuk rakaman video

Friday, February 13, 2009

HADIAH ISTIMEWA


Bro Dj dalam posting terbarunya memaklumkan Suked8787 telah di bawa ke hospital sebagai persediaan melahirkan cahayamata ke-3. Di rumahku, ROBOCOP & SPONGEBOB menanti kedatangan adik mereka dengan penuh persoalan.

Bayi yang bakal dilahirkan ini, samada lahirnya hari ini atau esok, merupakan hadiah yang paling istimewa buat Bro Dj dan Suked8787, kerana 14 Februari bukan saja tarikh Menyambut Hari Kekasih sedunia.


SELAMAT MENYAMBUT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-7
SAIFUL ANUAR & SUSILAWATI

`Bahagian Hendaknya Hingga Hujung Nyawa. Amin'