Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 14, 2009

RAHSIA DI SEBALIK HARI LAHIR SEORANG WANITA

Mata ni mengantuk benar. Mana tidaknya, tidurku tak keruan. Sebelah kiri jaga suami demam, sebelah kanan jaga anak demam. Sekejap2 bangun letakkan tuala basah di kepala mereka, dalam kepala sendiri pulak ligat dok fikir Baby Afiq, camna tidurnya malam tadi.

Kalaulah boleh letak sesuatu untuk tongkatkan kelopak mata ni, maunya dibuat. Last2 aku skype Rohana bg tau dia yg aku mengantuk tahap gaban. Dia pun cuba bantu dengan forwardkan 2/3 email termasuk email RAHSIA HIDUNG dan katanya kalau nak tahu rahsia2 lain, klik dekat link yang dia bagi.

Nak bagi hilang mengantuk punya pasal, aku pun jd Minah Gali dan terjumpa rahsia ini. Mari kita kongsi bersama. Pesanan penulis, `Jangan tanya saya TEPAT atau TIDAK info yang diberikan ini. Sebab saya pun tak pasti.' Anda baca dan nilaikanlah sendiri yer. Kalau anda bersetuju atau tak setuju dengan info yang diberikan ini, luahkanlah di bahagian komen nanti.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU
Suka berdendam.
Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Hahaha... Terima kasih Rohana. Celik juga mata akhirnya kerana tafsiran untuk diriku terpesong segala. Sejak aku sah jadi isteri MOHD. NOOR belum pernah sekali terdetik di hati untuk `lelaki lain', inikan pula terpikat. Dah 17 tahun kami kahwin beb!!!!!

11 comments:

TiNiE said...

ala..
tak ingat lahir hari apa...
errrmmm

SYAbAR said...

Tinie, cari converter bulan Islam. Tau la nanti lahir berapa bulan melayu, hari apa

MariaFaizal said...

Sis,
I was born on Wednesday.
I shamefully admit, it's 100% so true!
e.g Walaupun dah maafkan my father for abandoning the family, I still am reluctant to meet him.Doakan yea sis supaya my meeting dgn my father dipermudahkan & my razor tongue won't be saying anything that hurts him.

SYAbAR said...

Tulusnya kau Maria. Kata Fadzillah Kamsah, untuk berubah salah satunya kita perlu MEMAAFKAN dan MENDOAKAN YANG BAIK.

InsyaAllah, mulakan dgn niat yang baik dik....

SYAbAR said...

Maria,
Benar itu benar dan pasti gembiranya Bro Faizal dgn statement yang last tu kan! Hahaha

Naddiea said...

Kak syabar,

nadia sama macam kak maria hari rabu.malu jugak sebenarnyer nk mengaku hihi..pasal simpan dendam tu macam kena jugak sbb saya geram kat dua org students foreigner.sampai sekarang saya x suka n sakit hati kalo nampak muke derang walaupun derang dh abis blaja kat sini.huhuhu...

SYAbAR said...

Jgn Nadd jgn!!!!! Kau tu nak tambah anak lagikan.....

MariaFaizal said...

Ya Rabbi sis,
Hubby balik awal and I asked him to read this article with me.

Malunya...dia cakap "Ha, yg last nih betul!"

Ala sis...kepala otak lelaki kebanyakan nya memang ke arah 'itu' jer...

Muah ha ha...

SYAbAR said...

Maria,
Sib baik akak kat opis dik. Kalau kat rmh dok terbaring ngadap lappy mau terguling2 ngekek akak gelakkan kau berdua.... Aku dah kata..... LELAKI OH! LELAKI

Dj Epoi said...

Saper Cakap Sis Maria?
HEheheheeeh

Buat Kak Tersayang Kak Syabar....
Terima Kasih Kak....atas segalanya...

Gua Doakan Agar Keluarga ini terus Terpelihara....

Diamilikku said...

su pun tak ingat...hurmm..nak kena balik kedah check birth cert...