Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Showing posts with label AYAHBONDA. Show all posts
Showing posts with label AYAHBONDA. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

MAJLIS 3 DALAM 1

Alhamdulillah.

Pada 17 Oktober (Sabtu) 2009, bertempat diRumahku Syurgaku, terlaksanalah hajat Majlis Aidilfitri 1 Malaysia untuk menrealisasikan.......

Pertemuan antara abang, kakak, adik, sepupu & kaum keluarga
(cucu, cicit, piat, piut) generasi arwah nenekku (Nek Som)

Pertemuan bekas guru & pelajar SRKTP-SMKTP

Ulangtahun anakku ADNIN, sepupu-sepapatnya,
rakan2 sepersekolahanku & anak2 mereka

Kehadiran +-500 orang
(ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, bloggers
bekas guru & rakan sepersekolahan)

Menu
Lemang & Rendang
Nasi Impit & Kuah Kacang
Bihun Sup
Mee & Keaw Teaw Goreng Panas
Keropok Lekor & Karipap Panas
Dadih, Jelly Kelapa, Karamel, Kuih Kuaci, Aneka Kek & Biskut
Air Tebu, Kordial Sarsi, Strawberi & Koktail, Teh Tarik

Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. Yang baik itu datangnya dari Yang Maha Kuasa, dan yg buruknya dari kekhilafanku jua.

JANGAN LUPA IKUTI RENTETAN PERJALAN MAJLIS INI DARI MULA HINGGA AKHIR DI DALAM ENTRI SETERUSNYA....

Wednesday, June 3, 2009

AKU DALAM DILEMA

HAJAH BEDAH AHMAD
satu2nya tok yang aku ada sekarang

Photo ini begitu nostalgia.... rapi kusimpan selamanya.  Bukan senang untuk merakamkan gambar seorang ibu dalam dakapan anak2nya dan seorang abang memeluk mesra adiknya, masing2 dengan senyuman....

Jam 11mlm semalam, hp berbunyi.  Waktu tu, aku dah nak lelap sgt, hp pulak dok jauh dari katil. Tapi sebab berdering tak berhenti, gagah juga aku menyeluk mencarinya dalam beg tangan. Tengok kat skrin hp, tertera HALIMAH. Apasal pulak ni Makngah telefon mlm2. Hati dah tak sedap.

Soalan pertama Makngah tanya, `ayah ada mana?' Aku bg tau la ayah masih kat Mekah. Makngah memang tau ayahmama nak pi Mekah, tp dia tak ingat bila. Dia tanya lagi, `bila ayah balik?'.  Aku jawab la `hari Ahad 14hb.  Apasal Makngah!'.

Lepas cakap dengan Makngah, tidur malamku dah tak keruan.  Macam2 aku mimpi.  Pagi ni aku telefon Hana, minta cakap dengan tok.  4 kali tanya tok, dia tak mau cakap lg katanya tak larat. Suara tok pula tenggelam timbul, apa yg dia cakap pun aku tak dapat tangkap sangat.

Ya, Allah.. aku redho dugaan ini.  Makngah minta aku telefon ayah, bg tau keadaan tok.  Minta doakan kesihatan tok di kota suci Mekah. Kata Makngah, masa ayahmama mai jumpa tok bg tau depa nak pi Mekah, tok OK lagi.  Tp, 2-3 lepas tu tok nampak lain.  2-3 hari ni pulak, tok dah tak bangun dari katil lagi.  Bercakap pun tidak kalau tidak ditegur.  Makan pun dah tak minta, kalau suruh buka mulut nak suap makan, baru tok buka mulut.

Ya, Allah.. beratnya nak buka mulut bg tau ayah, tp tok mak dia.  Mau tak mau, aku kena bg tau ayah.

Makngah pula minta aku balik kg tengok tok.  Pagi ni Hana kata elokla balik tengok tok.  Tiap bulan aku hantar duit kat tok melalui Hana.  Duit bukan ukuran kasih-sayang yg tok dah curahkan kat aku.  Aku cucu sulung... aku kena balik.  Tapi... anak2 perlukan aku untuk urusan sekolah sampai hujung minggu ni.  Celah tu, aku terikat dgn janji untuk sediakan dadih kenduri kahwin, juga hujung minggu ni.

Ya, Allah.. kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat tok.  Permudahkanlah segala urusan ayahmama di tanah suci.  Kuatkanlah semangat ayahku di sana pabila kukhabarkan berita ini nanti. Amin.

Tok, Min pasti balik tok... Tok tunggu tau!

Tuesday, June 2, 2009

PABILA MAMA BERKATA

Mama Ayah.....  Min rindu Mama Ayah

Ingat pesan mama
`Min, taip2 hari jangan lupa doakan mama dan ayah tau'

Bila tatap photo ini, airmataku bergenang..... aku teramat merindui mama dan ayah

Mama & Ayah... anak2 bertuahmu rindu dan sayang padamu
(dari kiri NAZIM, AMAR, YASMIN, NIZAR, ANUAR & NAIM)

Setiap hari telefon mereka di tanah suci tapi rindu tetap mencengkam.  Dulu masa muda2 tak terasa sangat, tp bila dah menginjak usia, rindu pada mereka berdua makin ketara.  Bukan pertama kali mereka ke sana, dah 8 kali mereka tinggalkan aku dan adik2 sebegini.

Sekarang baruku sedar bila mama berkata `Min, mama rindu kat tok',  diikuti deraian airmata. Berpisah begini aku dah rasa rindu sangat, bagaimana mama yang hilang ibu buat selama-lamanya..... 

Suatu hari ketika dirumahku, mama berkata `Min, mama rindu sangat kat Kaabah.  Mana nak pi dengan ayah'.  Setiap kali mama memelukku, telinga ini sentiasa mendengar mama menyebut `anak bertuah'.  Pada adikku2, menantu2 dan cucu2nya juga begitu.

Orang pertama yang aku ceritakan hal ini adalah suamiku kemudian ANUAR. Tak tergamak untuk tangguhkan hasrat mereka ke tahun depan.  Banyak sebab yg meruntun mama dan ayah untuk bermunajat di Tanah Suci.

Anak2 dan menantu bertuah ayah

Suami dan adik2ku sememangnya hulubalang, jatuh-bangun, mereka tetap ke depan gagahkan niat murni mama dan ayah.  Di mulut suami, aku dengar `tumpang mama dan ayah sihat, eloklah mereke ke sana.  InsyaAllah, rezeki tu ada'.  Di mulut adik2ku, aku dengar `tak pa kak........' Mereka semua memberi sinar harapan.  Anugerah buat mama dan ayah.  Benarlah, pabila Allah mengangkat darjat hambanya, berkali2 kau bisa jejakkan kaki di bumi ambia.

Diriku sendiri dan adik2ku, contohilah mama dan ayah.  Ayah hanya makan pencen anggota BOMBA.  Mama surirumah sepenuh masa.  Inilah namanya keberkatan hidup pabila kita taat pada yang hak iaitu ALLAH dan kedua IBUBAPA.

Adik2 iparku, sokongan dan kerjasama kamu semua dalam mendokong usaha murni suami masing2 sudah cukup menggembirakan mama dan ayah dan kamu semua adalah menantu bertuah mereka.
Anak dan menantu2 bertuah mama

Bila melihat ayah dan mama masuk ke balai berlepas, airmataku bergenang dan dalam hatiku berkata ALHAMDULILLAH....

Hingga saat ini, mama ayah sihat dan selesai beberapa kali buat umrah. Tok Chee yang berusia 88 tahun, mak embun dan kak liza juga baik adanya... Semua mereka kirim salam.  Jangan lupa berdoa untuk mereka kata MAMAKU.

Tuesday, April 14, 2009

ANTARA KEGUSARAN & KEGEMBIRAAN

Balik dari Bandung, gembira sungguh dapat jumpa anak2, ayahmama, adik2 dan ipar2 terutamanya saat dilambakkan ole2 untuk mereka pilih sendiri mana yang berkenan di hati. Mama gembira memilih telekung yang dipesannya, tapi nampak benar dirinya lelah. Malamnya bukan suamiku saja yang berselimut tebal, mama juga.

Alhamdulillah, suamiku dah baik keadaannya tapi mama semakin alah. Semalam telahku bawa ke klinik namun kesihatannya makin menurun hari ini. Tengahari aku telefon ayah tanyakan mama dan dia khabarkan mama tidur saja tak bangun2 dari pagi. Petang tanyakan pula pada CT, juga sama keadaan mama. Semalam Dr. dah pesan macam2 pada mama dan esok perlu diambil darah jika masih demam juga. Aku ambil keputusan pulang awal melihat keadaan mama.

Sampai rumah, mama masih terbaring mengerang. Aku gerakkan mama untuk diberi gamogen dan makan. Mama mengadu pening dan muntah selepas makan. Katanya lagi takut hendak bangun sebab takut jatuh. Badan tak larat sangat. Maka aku layan mama diperbaringan. Memang susah hati betul bila lihat mama sebegini. Aku diskus dengan ayah, nak balik kampung biar mama betul2 sihat. Rehat saja dirumahku.

Hatiku sayu..... dalam keadaan sedemikian, mama masih ingat hari ini adalah ulangtahun cucunya yang pertama. Diizinnya ayah ke asrama untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepada cucunya. Masa melawat hanya tinggal lebih kurang sejam tempohnya. Tanpa berlengah, aku terus pandu kereta ke asrama anakku dan singgah sebentar di kedai kek.

Alhamdulillah, ayahwan sempat membuat kezutan pada cucunya dalam tempoh lawatan berbaki 1/2 jam. Tercari2 cucunya yang kemudiannya muncul dari arah surau berdekatan. Tak lama kemudian, dengan berbaju hujan, abah pulak tiba dengan tujuan yang sama untuk ucapkan selamat ulangtahun pada anak pertamanya. Anak abah katakan, demi anak abah sanggup redah hujan.

Dalam kesempatan yang singkat itu, kami menyambut harijadi HAKIM secara ringkas tapi penuh makna terutama buat ayahwan dan cucunya. HAKIM gembira dapat bersama ayahwan, juga tak lupa tanyakan uminya mengapa tak datang.

Dan yang pastinya, aku menyaksikan dan meraikan detik manis ini di depan mataku sebagai seorang MAMA. Dah remaja anakku kini.

Thursday, March 12, 2009

PESAN MAMAKU

Perasaanku kebelakangan ini sentiasa resah gelisah memikirkan kesihatan mama yang nampak menurun apatah lagi mendengarnya berkata `MAMA takut duduk sorang2 sekarang'. Walaupun perasaan tak keruan memikirkan MAMA, aku sentiasa pusatkan fikiranku dan berkata positif `MAMAKU SIHAT DAN AKAN TERUS SIHAT'.

Selagi MAMA di depan mata, telahku usahakan bawanya ke klinik dengan bantuan AMAR. Ketika aku di tempat kerja, apa saja MAMA teringin nak makan, telahku pesan pada Siti supaya membuatnya. Balik kerja kulayan mama bersembang. Waktu malam kami makan bersama dan kutemani mama disisinya hinggalah dia sendiri bangunkan aku supaya kembali tidur dengan suamiku. Kucium tangannya setiap pagi sebelum keluar rumah.

Dalam keadaan mama sedemikian, tanggungjawab mentazkirah cucunya tetap diteruskan. Pesannya pada anak2ku, setiap kali lepas sembahyang, jangan tinggal baca DOA PENERANG HATI sebanyak 7 kali. Buka tapak tangan dan tadah tangan separas bahu. Setiap kali buka buku dibaca juga.

`Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku'

Dengan sabar dia mendengar bacaan anak2ku sambil membetulkan bacaan mereka. Kata MAMA pada mereka:-

`EKMAL, ADNIN & AMNI kena rajin baca doa ini. Minta selalu pada Allah swt. InsyaAllah akan pandai nanti'

Padaku pula, MAMA berpesan supaya amalkan membaca SURAH AL-WAQIAH supaya hidupku, keluargaku dan generasiku nanti sentiasa dalam kesenangan. Katanya, arwah TOK MAH pesan padanya, `PAH mesti tiap2 hari baca surah ni'. MAMA amalkan dan berkata dia yakin dan nampak keberkatan dan kesahihan ayat yang diamalkan ini. Belum pernah hidupnya kesempitan rezeki dan arwah TOK MAH meninggalkan anak2nya dalam kesenangan. Kesenangan yang ditingggalkan dilbelanjakan untuk amal jariah ibunya balik. MAMA, PAK LONG & PAK NDAK gunakan ke Mekah. MAK TIH juga belanjakan semuanya untuk kebajikan dan amal jariah. Alhamdulillah, mungkin TOK MAH tersenyum gembira di sana dengan amalan anak2nya. MAMA gembira khabarkan padaku, iparku SURAYA dah banyak salin doa yang diamalnya. Alhamdulillah. Teringat aku waktu dulu, dok meniarap salin doa2 dari TOK MAH.

Elok rasanya kita ketahui beberapa fadhilat mengamal Surah Al-Waqiah ini:-

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Esok pagi, walaupun kesihatannya masih terganggu, MAMA tetap akan pulang ke kampung menunaikan ibadah fardu kifayah pada kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handainya. Cuti sekolah hampir tiba kan! Adat Melayu `Orang Berbudi Kita Berbahasa'.

Aku terfikir sejenak. Kuatnya ikatan ukhwah dan begitu sayangnya MAMA pada ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handainya. Itu belum lagi sebut tentang ikatan ibu dengan anaknya. Dan bagaimana pula kita anaknya. Jangankan kata kepada orang keliling, KEPADA IBU KITA SENDIRI BAGAIMANA??????

Ikuti kisah di bawah dan semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari cerita ini.

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.

Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Tuesday, February 24, 2009

RINDU TERUBAT

Selesai uruskan pendaftaran HAKIM di sekolah barunya, aku bawa mama dan ayah ziarah AZRINA. Hoorey!!!! Dah merdeka berpantang semalam ya! Seronok ayah wan dan ummi, dapat lepas rindu pada baby AIDA lebih2 lagi dia dah pandai senyum bila diagah.



Montelnya ....... Manisnya Senyumanmu

Wednesday, January 7, 2009

10 MUHARAM & BUBUR ASYURA

MAMPUKAH AKU MEMEGANG MATAHARI
SEDANGKAN BAHANGNYA SAJA SUDAH TERASA PERITNYA
- sekadar muhasabah diri -

Kebiasaannya, sebut sahaja 10 Muharam, ramai terfikir kepada bubur asyura.

Kebiasaannya, setiap tahun mama pasti mengingatkan aku sehari sebelum ketibaan tarikh ini. Dek menginjak usia, mama teralpa. Alhamdulillah aku mengingatkan mama dan seperti selalunya, mama mengingatkan aku melakukan perkara-perkara berikut mengikut kemampuan:-

  1. Sembahyang sunat Asyura 2 rakaat
  2. Berpuasa
  3. Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  4. Membaca `HasbiyAllah huwaniaqmalwakil Niaqmalmaula Waniaqmal Nasir' sebanyak 70 kali
  5. Berselawat Nabi sebanyak mungkin
  6. Makan besar bersama keluarga
  7. Membasuh muka dengan air mawar (membaca Fatihah dan berselawat)
  8. Memakai celak mata
  9. Mengerat kuku
  10. Ziarah orang sakit
  11. Bersedekah kepada anak yatim dan mengusap kepala mereka
  12. Melihat wajah alim ulama

Kebiasaannya kucatatkan dibuku. Kali ini elok rasanya aku berkongsi dengan semua pembaca terutamanya anak2ku, adik2ku dan ipar2ku.

`Orang tua, banyak ilmunya, selagi hayatnya ada, carilah ilmunya dan jiwanya'

Mai Cek Ooi Mai Cek Mai ...... pakat2 kacau bubur Asyura Kedah hujung minggu ni ..........

Wednesday, December 3, 2008

SALASILAH IBUNDA



SITI ARPAH BINTI ABDULLAH. Puteri bungsu kepada Sarjan Polis Abdullah Awang dan pasangannya Hajjah Che Mah Abdul Rahman. Dilahirkan pada 20 Disember 1944 (Rabu, 4 Muharram 1364) di Balai Polis Sungai Kop, Kulim, Kedah Darulaman. Salmiah, Che Mee, Rokiah, Hashim, Aminah dan Azmi kekanda-kekanda tempat berkongsi suka-duka. Hanya 2 tahun diizinkan Allah bermanja dengan ayahanda. Berbekalkan kekuatan semangat dan amanah yang dipegang, keperitan hidup ibu tunggal bukan alasan untuk tidak menghantar anak2 ke sekolah. Mama juga mendapat pendidikan Sekolah Arab.

Ke mama tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Minat berniaga diwarisi mamaku. Kini aku mengikut jejaknya. Mamaku pandai memasak dan membuat kek. Kek-kek harijadiku hasil kehalusan seni kerjatangan mama. Mama mahir menggubah hantaran perkahwinan. Kebolehan mama banyak yang kuwarisi, tapi mengapa aku begitu bebal dalam menjahit pakaian! Usaha murni mama membantu ayah meringankan kos menyekolahkan dan membesarkan kami.

Chu, adalah panggilan kepada mama oleh anak-anak saudaranya yang ramai akrab mesra dengannya. Kelembutan tutur-kata chu dan layanan mesra yang diberikan adalah kunci yang mengikat kasih-sayang antara keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

Alhamdulillah, dalam usia sekarang, mama boleh dikategorikan sebagai warga emas yang sihat minda dan tubuh badan. Banyak meluangkan masa menghadiri majlis-majlis agama. Setiap kali berjumpa anak2, bukan sekadar anak2 malah cucu2 juga termasuk dalam kamus hidupnya untuk diberikan ilmu agama sebagai pedoman hidup. Terima kasih mama. Aku sendiri tidak terjangkau ilmu agama yang mama miliki. Sememangnya SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.

SALASILAH AYAHANDA

ABDUL RANI BIN ISMAIL menjadi penyeri kepada pasangan petani sawah-bendang Haji Ismail Abu Bakar & Hajjah Bedah Ahmad. Dilahirkan pada 14 Mei 1942 (Khamis, 27 Rabiul Akhir 1361).

Abang kepada Halimah dan Sharif, anak jati Kampung Teluk Layang, Teluk Kechai, Kedah Darulaman ini dihantar menuntut ilmu sehingga ke Maktab Mahmud, Alor Setar, sebuah sekolah yang masyhur di dalam pendidikan islam di utara Semenanjung Malaysia. Sepatutnya ayahku menjadi ustaz, tapi dik kerana minat, profesion BOMBA dicurahkan khidmat baktinya sehingga bersara. Sungai Petani, Baling 2X, Langkawi, Alor Setar keluarga di bawa merantau. Seronok .......

Ayahku mengikut jejak kedua ibubapanya, rajin bekerja, tidak tahu duduk diam walaupun sekarang usia menginjak tua. Siapa tidak kenal S.Zaini, jurukamera sambilan majalah dan akhbar di zaman mudanya. Sebagai bayi pertama, setiap perkembanganku dicatat di dalam diari, aksi kecilku penuh di rakaman kamera. Walaupun masih bayi, diriku dikelilingi ratusan surat dari pelbagai ceruk rantau. Semuanya gara-gara iklan `sahabat pena' ayahku di dalam akhbar. Ramai yang salah sangka, masih bayi di sangka anak dara ..... ha ha ha.

Ayahku begitu minat dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Dialah antara orang kuat Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tempat kami bermastautin suatu masa dulu. Dialah antara orang kuat koperasi setempat dan jabatan. Dan sekarang keringatnya dicurahkan untuk pembangunan sebuah kampung, Kampung Darulaman. Alhamdulillah.

Siapakah antara kami, anak-anaknya yang akan mewarisi ketokohannya `BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'. Mampukah kami?

bersambung ...