Saturday, May 30, 2009

KEBUN ASTRO

Hari pertama cuti sekolah, inilah aktiviti kami sekeluarga sebelah petang. Membersih dan membelai kebun Astro kami.

HAKIM & EKMAL ditugaskan menebang pokok mati
ADNIN ditugaskan menyapu daun2 kering & sampah
AMNI & CT ditugaskan untuk mengutip sampah dan menyediakan minuman.
Pokok Astro kami. MACAM2 ADA
Ciku(Sawa), Amra (Kedondong), Serai
Limau Nipis, Manggis, Kelapa

Belimbing Madu, Durian Belanda, Kuinin
Nangka, Cempedak, Limau Kasturi

Bunga Kantan, Pisang, Mangga Harum Manis
Sukun, Lengkuas, Belimbing Buluh

Cermai, Mata Kucing, Mangga Cikonan

Abah sibuk dok buat pangku rehat bawah pokok
Tugas mama, bakar sampah

Inilah kebun Astro kami, kiri-kanan laluan masuk pintu belakang ke taman perumahan kami. Asalnya penuh dengan semak dan lalang. Sakit mata memandang sbb tengok makin hari makin berhutan tak dak sapa peduli. Pikiaq punya pikiaq, baik kami jaga kawasan tu. Pokok yang tak berfaedah kami ganti dengan pokok2 buah dan pokok yg boleh buat masak.

Kerja tanam pokok kena serah kat suami & CT sebab depa berdua tangan sejuk. Orang tua2 kata, kalau bg kat orang tangan panas tanam pokok, alamat pokok tu kering dan mati macam tu saja la. Siap semua, legaa...... Untung berbudi dengan tanah ni. Ada rezeki, bila berbuah dapat sama2 rasa.

Sebelah malam si bungsu request dinner kat luar. ON sajalah, ambil hati anak2 tolong berkebun petang tadi. So, nilah tempat kami lepak dan menu yang kami hadap malam ni......

Friday, May 29, 2009

PAGI2 DAH MENGENA KAWAN

Budak2 opis aku ni..... buat suspen je. Dahla kita dok mamun letih lagi, maklumlah 2 hari dok uruskan sekumpulan orang kampung yg berkampung dirumahku.

Baru masuk ofis pagi ni, budak2 PR mai mengadap suruh aku masuk jumpa CEO. Ingatkan ada artikel syarikat di akhbar yang kena cepat2 bagitau CEO. Kantoi!!!!!! Hampaih betul si Yana dan Yan (mamavogue3.blogspot.com). Patut ke benda ni yang depa suruh aku bawa masuk tunjuk kat CEO.

p/s Yan,
akak tau le kau tu bini artis. Tapi kau kena ingat, laki kau hanya polis drama, laki aku polis betul dik........ tak pasal2 salah cekup kang.. hahaha. Apapun, tahniah sebab menceriakan pagiku

Wednesday, May 27, 2009

WAJARKAH

Pelajar2 Tahap 1 sedang menduduki peperiksaan.

Tamat waktu peperiksaan, kertas jawapan diserahkan kepada guru. Beberapa orang pelajar dipanggil kehadapan dan dirotan sekali.  Guru memulangkan kertas jawapan kepada pelajar2 yang dirotan dan meminta mereka mengisi subjek matapelajaran di dalam kertas jawapan. Pelajar2 menduduki peperiksaan matapelajaran seterusnya selepas itu.
  • *  Wajarkah guru merotan pelajar hanya kerana mereka tidak menulis `matapelajaran kertas yang diduduki' di kertas jawapan / ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan (minggu peperiksaan)?
  • * Apakah kesannya kepada pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan seterusnya?

Mari kita berikan pandangan....

DIAMILIKKU BUAT HAL LAGI

Syok2 dok baca entri dia, tot2 last sekali ternampakla perkataan yang bertulis camni.... Lastly saya nak tag :
1) Kak Maria
2) Kak Syabar
3) mommy lyana
4) Kak Tini
5) Nadd
6) Mama Zara
7) lady In Red
8) Suked wife Dj Epoi

Hissssss kena tag lagi aku ni..... huhuhu but kena la prihatin dengan hikmah di sebalik `persahabatan'.  Dik ooooooiiiiiii jgn selalu camni no......

1. Bilakah kali terakhir anda cuci toilet?
Dah tak ingat sbb CT dok cuci

2. Pencuci apa yang anda guna?
Selalu dok beli Ajax Fabuloso

3. Dalam seminggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
CT yg dok mop 1 atau 2X sehari.  Takut byk VIRUS........

4. Apa tugasan terakhir anda menjelang malam?
mesti nak tengok tv sat cerita apa pun tak pa

5. Apa menu hidangan makan malam anda paling simple?
nasi goreng.....

6. Minuman anda selalu buat waktu pagi?
Apa2pun OK, air masak pun takpa, janji minuman

7. Sebelum tido, apa yg anda suka lakukan?
ppppssssss..... lega, takyah bangkit tgh mlm lg

Friday, May 22, 2009

CARA NAK TAHU SEBAB ANDA MEMILIH PASANGAN ANDA



Saya terbaca sesuatu yang menarik. Syok juga nak tau kebarangkalian mengapa kita pilih cik abang kita jadi pasangan kita ni. Balik rumah nanti, mai kita tanya suami memasing, mana satu yang dia utamakan bila berlaku keadaan seperti ini serentak:-

Air mendidih kat dapur.

Air paip melimpah kat bilik air.

Bayi menangis.

Telefon berbunyi.

Ada orang ketuk pintu.

Susun 1 ~ 5 ikut kepentingan yang mana dia nak selesaikan dulu.

Lepas dia bagi jawapan, kita semak la dengan kenyataan fakta terselindung disebalik jawapan yang dia berikan?
  • Kalau si sia memilih untuk menutup air medidih : menandakan si dia mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
  • Kalau si dia memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan si dia mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau si dia memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan si dia mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau si dia memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan si dia mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan.
  • Kalau si dia memilih untuk membuka pintu : menandakan si dia mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan.

Haaa macammana dengan keputusan si dia? Bagus? Tahulah kita nanti prioriti cik abang kita samada dahulukan keselamatan ka, kekayaan ka, kasih-sayang ka, budi bahasa ka atau kecantikan ka!! Hakikatnya... fakta yang diberikan adalah keperluan hidup manusia. Pengolahan keutamaan yang membezakan kehidupan.

Soalan ini boleh juga kita tanyakan kepada rakan-rakan untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba. Yang baik kita jadikan tauladan, yang memudaratkan kita jadikan sempadan.

Thursday, May 21, 2009

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

Kesibukan tak mengizinkan aku update blog. Buka blog kawan2, baru tau kena tag. Aku jenis tak mau bagi orang putus harap. So, hari ni adalah hari menjawab tag le.....

DIAMILIKKU, ini jawapannya...

Nama timangan anda:-
Min - nama yang sering digunakan
Yasmin - nama formal, nama yang dipanggil mama & ayah
Azura - nama glamor, pada kawan2 tertentu dan saat2 tertentu
Mak Chaq Min - nama panggilan anak buah sebelah famili aku
Tih Min / Cik Min - nama panggilan anak buah sebelah famili suami
Kak Min / Auntie Min - digunakan oleh kawan2 yang rapat denganku
SYAbAR - panggilan bloggers

Anda seorang yang:-
Peramah
Mudah Mesra & Penyayang
Aktif & Tak Tau Duduk Diam
Sabar & Bersemangat Kental
Pantang Dicabar, Belum Cuba Belum Tahu
Happy Go Lucky

Insan teristimewa??
Describekan dia terlalu istimewa di mata anda:-
1. Ayah & Mama - kerana tanpa mereka aku tiada di dunia ini dan menjadi seperti sekarang
2. My Mr. Universe la - jodohku yang ditentukan Tuhan. I LOVE U Darl
3. Anak2ku - 9 bulan dalam perutku dan tanpa mereka aku bukanlah IBU
4. Adik2ku - teman setiaku walaupun kakaknya kuat berleter
5. Adik2 iparku - kehadiran mereka merawat sunyiku kerana ada teman wanita dalam keluarga
6. Insan2 terpilih yang mengizinkan aku merasai erti punya kakak dan abang
7. Kawan2 yang memahamiku, menerima diriku seadanya, susah ataupun senang

Lagu kesukaan anda:-
Wanita - Shiela Majid
Top of the World - Carpenters
Rindu Padanya - Camelia (video clip kisah cintaku dgn Mr. Unvierse)

Makanan kesukaan anda:-
Bihun goreng satu, manggo lassi rende.....

Warna kesukaan anda:-
warna emas, biru turquise

Tiga benda mesti ada dalam beg anda:-
purse, handphone, lipstic

Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa:-
masa bersalaman waktu pagi raya
(jarang menangis kerana bahagia dengan insan2 disekelilingku)

NORAZMAMYRA88, terimalah jawapanku.....

What are you doing 5 years ago?
Family - a wife and mother
Career - Secretary

What are 5 things on your to do list for today?
1. muslimah works
2. wify works
3. parenting works
4. office works
5. social works including blogging

What are 5 snacks that u enjoy?
1. double decker shrimp snacks
2. crispy chocolate
3. pop-corn
4. fried squid ball
5. keropok losong

What are 5 jobs u've had?
It started with SECRETARY till the end of career

What are 5 thinks that u do if u were billionaire?
1. My dream PALACE at Teluk Kechai
2. Perform Haj & Umrah with my parents
3. Visit 7 WONDERS
4. 50K allocation for my kids
5. may be at thiS time, I manage to have a body like SOPHIA LAWRENCE

5 songs that u know all the lyrics to:
1. Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya
2. Women in Love - Barbara Streisand
3. Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
4. Kasih - Hetty Koes Endang
5. The Greatest Love of All - Whitney Houstan

5 things u like doing:
1. Travelling
2. Shopping
3. Singing
4. Cooking
5. Hugging

5 bad habits:
1. at time I did `kelam-kabut'
2. pot-pet pot-pet
3. strict
4. no compromy
5. once, grrrrrr... fierce like a lion

What are 5 places where u have lived?
my metropolitan life....
1. time `anak dara' rent a room at Jalan Dewan Sultan Sulaiman I, Kuala Lumpur
2. early marriage at Taman Harmoni, Jalan Kajang
3. Kuarters PPH, Cheras
4. Kuarters PDRM, Sungai Besi
5. our `Rumahku Syurgaku' at Desa Bukit Cahaya

5 persons that i luv to tag?
1. Suked8787 (Mama baby AFIQ) Tolong jawab dlm blog Epoi8787 ya!
2. My latest follower http://suemuim79.blogspot.com/
3. adikku yang akan bertugas di Jakarta http://iamqimie.blogspot.com/
5. awek cun yg nak mai opis nanti http://whatshewannatalk.blogspot.com/

Monday, May 18, 2009

MSSKL

16 Mei 2009, hari ini tidak seperti selalu, HAKIM masuk gelanggang tanpa kehadiran orang kuatnya, iaitu ABAHNYA yang terlantar sakit di wad Hospital Pantai Cheras. Balik dari asrama dia asyik bertanya `bila abah boleh keluar wad mama?. Mama faham kerana sebelum ini, setiap pertandingan yang diadakan di sekitar Lembah Kelang, abah mesti turun padang bersama anaknya.

Hati mama lebih lagi gundah, memikirkan perlawanan yang bakal anakku tempuhi dan kesihatan abahnya di hospital. Sebelah pagi aku minta izin suami, uruskan dulu penyertaan HAKIM di dalam Kejohanan Taekwondo Majlis Sukan Sekolah2 Kuala Lumpur (MSSKL) 2009 di Stadium Badminton Cheras. Hari ini EKMAL menggantikan abahnya sebagai Pengurus Peribadi dan pembakar semangat.

Sampai di stadium, aku tak tergamak untuk meninggalkan HAKIM bila melihat ramai ibubapa, guru2 dan rakan2 sekolah yg datang menemani, memberi sorakan semangat. Sedih bila melihat tiada seorangpun guru mahupun rakan dari SMTKL turun ke stadium. Tak mengapa anakku, mama dah hubungi bapa saudaramu untuk bersamamu hari ini. Terima kasih pakcik NAZIM dan rakannya dari Securicor Safeguard yang sponsor minuman dan makanan pada hari itu. Terima kasih juga kepada rakan2 kelabmu yang turun memberikan sokongan padu waktu kau berjuang di gelanggang.

Mama dapat green light abah untuk bersamamu menyaksikan perlawanan awalmu dan alhamdulillah, suksess pertemuan itu. Senang sedikit hati mama bergerak keluar ke hospital kerana mama dapat khabarkan berita gembira pada abahmu.

Sebelah petangnya, aku mendapat berita yang anakku gagal membawa pulang pingat. Walaupun kalah, mama dan kelab Speed Power Taekwondo KL bangga denganmu kerana kalahmu bermaruah. Engkau bukan kecundang di tangan pemain amatur. Engkau kecundang di tangan pemain Malaysia yang telah punya pengalaman bermain di luar negara. Abah di katil wad lebih bangga kerana katanya HAKIM benar2 berjuang, buktinya perbezaan mata hanya 2-1. Syabas anakku HAKIM!!!!

Semalam mama dah tunjukkan abah video semua perlawananmu. Abah betul2 enjoy melihat aksi HAKIM dan memanjang memuji caramu mencari mata.

Barisan pengadil & Urusetia Kejohanan
Carta pertarungan HAKIM
HAKIM pembaca Ikrar Kejohanan
Kelab kesayangan HAKIM, SPTKL
Upacara perasmian & persembahan
Master Bala, orang No.1 SPTKL turun gelanggang
memberi dorongan & membakar semangat HAKIM HAKIM berjuang di gelanggang
Jasa adikmu EKMAL sebagai Pengurus Peribadi & First Aid
Shashi, koordinator SPTKL yang sentiasa komited
di tepi gelanggang bersama ahli kelab
Auntie Sze Too sibuk di meja Urusetia
& prihatin dengan kebajikan boss No.1 SPTKL

GURUKU

16 Mei adalah sambutan Hari Guru. Sehari sebelum harinya, memang difikiran teringat untuk menghantar ucapan Hari Guru buat bekas guru2ku, guru2 sekolah anak2ku dan rakan2ku yang menjadi guru sekarang. Tapi dek kerana komitmen terhadap suamiku di hospital dan mengurus aktiviti minggu anak2, hasrat itu kutangguhkan dulu.

Tot2 jam 1.20 tenghari, aku terima mesej telefon seperti ini

BERBURU BERSAMA TEMAN
DAPAT KIJANG PATAH KAKI
BERGURU SEPANJANG ZAMAN
BAKTI MULIA LAGI SEJATI

Selamat Menyambut Hari Guru 2009
dr Cg Ismail Hj Abu Bakar (Baling)
Malunya aku, sedihpun ya sebab dah terbalik kot. Sepatutnya aku yang lebih dulu hantar ucapan kepada guru sekolah rendahku ini. Aku tunjukkan pada suami dan terus hubungi cikgu. Siap bg suamiku bercakap dengan guruku lagi. Cikgu rindukan Min ya! Maafkan Min cikgu, bukan terlupa cuba tertunda.

Bila dah jadi begini, aku pun ambil keputusan panjangkan ucapan kepada semua guru2 berjasa, bekas guru, kawan2 dan guru2 anak2ku. Pelbagai maklumbals yang diterima dari mereka dan pada jam 8.45 malam, mesej yang masuk berbunyi begini

There can be
coffee without susu
nights without lampu
curry without lembu
burgers without keju

but NO school without CIKGU

tp yang paling manis
apabila sekian lama
masih ada student yang ingatkan gurunya

Aku terkedu dengan maklumbalas guru sekolah menengahku
Cikgu Mohd. Fauzi Ahmad
Kedua mereka adalah guru POJAAN HATIKU sampai akhir hayatku.........

IT'S BAD BUT WORTH

Even I keep trying myself to think positive, mapping my mind for a better result, as a wife sometimes I feel down looking my NO.1 not healthy and happy as usual.

And this morning my schoolmate, Duangta a/p Eipian has sent me an interesting motivation fact that does relief me. Thank you dear. My appreciation also goes to my parents, brothers, sisters in-law, neighbours and friends. Your visit and moral supports has cheer him up. I''m so lucky to have you all...

for good and bad time, you are always beside me

and here is what it say.....

Health:

1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.

5. Make time for prayer.

6. Play more games.

7. Read more books than you did in 2008.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

9. Sleep for 7 hours.

10. Take a 10-30 minutes walk every day and while you walk, smile.

Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don't over do. Keep your limits.

14. Don't take yourself so seriously. No one else does.

15. Don't waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake.

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

20. Make peace with your past so it won't spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

23. Smile and laugh more.

24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.

26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

29. Try to make at least three people smile each day.

30. What other people think of you is none of your business.

31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


and i really love these statements,

Life:

32. Do the right thing!

33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

34. GOD heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come.

38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Friday, May 15, 2009

DULU AKU ALPA

Gambar close-up wajah suami bercermin mata mengingatkan aku akan allahyarham bapa mertuaku. Tarikh pulangnya arwah kerahmatullah mana mungkin aku lupa. Aku setuju dengan pepatah lama yang berbunyi `Yang Hilang Akan Berganti' tapi aku kurang setuju bila terdengar suara yang berkata `Anakku Bertukar Nyawa dengan Datuknya'.

Anakku ADNIN lahir sehari selepas kematian datuknya. EDD adalah 2 minggu dari tarikh itu, tp mungkin sebab terkejut dengan kematian bapa mertuaku dan menempuhi perjalananan jauh berkereta dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sepanjang lebuhraya aku telah merasa resaan. Setiap kali suamiku menekan minyak kereta, aku rasa seperti hendak menghantar keluar anakku. Airmuka suamiku bercampur baur. Sesekali air mata mengalir di pipinya. Aku tahu perasaannya waktu itu, sedih dgn berita kematian ayahnya. Dalam masa yang sama, gelisah dgn keadaan diriku dan anak dalam kandungan. Dua tiga kali aku memaksa suami berhenti di R&R dan tepi jalan untuk menenangkan kesakitan dan resaan.

Sempat juga suamiku menatap wajah bapanya dan sewaktu jenazah dimandikan, sakit resaan semakin kuat dan aku berdoa begini `Ya Allah Ya Tuhanku, kau izinkanlah anak yang ku kandung ini dilahirkan dengan selamat setelah selesai semua urusan pengkebumian jenazah bapa mertuaku'.

Terkejut dengan kematian bapa mertuaku, aku tidak menyedari suamiku tertinggal beg kelengkapan bayi untuk bersalin di Kuala Lumpur. Aku hubungi ANUAR minta bantuannya terbang ke Alor Setar bersama kelengkapan bayi. Aku mendaftar di Hosptial Bersalin Alor Setar tanpa sehelaipun pakaian untuk menyambut kelahiran anakku. Sekali lagi kupanjatkan doa, `Ya Allah Ya Tuhanku, kau izinkanlah anakku ini lahir setelah adikku selamat sampai bersama baju2 anakku'. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan memakbulkan semua permintaanku dan lahirlah anakku ADNIN HAZRI berselang hari dengan kematian tokwannya dan nama kedua dipilih kami kerana bunyi hujungnya mempunyai persamaan dengan arwah tokwannya Bahari bin Ishak.

Suamiku hari ini terlantar di Hospital Pantai Cheras setelah 2 hari demam panas dan muntah2. Keluarga dan kerjaya keduanya membutuhkan komitmen yang padu. Mujur adikku AMAR membantuku untuk membawa suamiku ke hospital. Aku curi masa sewaktu rehat untuk balik ke rumah, ambil barang2 keperluan suamiku dan bawa ke hospital kemudian balik semua ke pejabat.

Sewaktu memandang airmuka suamiku yang lena terbaring, macam2 yang bermain dikelapaku....

kalaulah aku ikut cakap mama & ayah
rajin belajar, sekolah tinggi2, pegang jawatan besar2
aku mampu tempatkannya di hospital terbaik
tak payah que menunggu, duduk di bilik persendirian,
layanan jururawat kelas pertama, ubat paling bagus
semua ini dapat aku jadikan bonus kemewahan untuk mereka
kerana aku punya wang

tapi...........

dulu aku alpa, silap siapa.... aku sendiri

aku penat terkejar ke hulu- kehilir
kalaulah aku ikut cakap mama & ayah
rajin belajar, sekolah tinggi2, pegang jawatan besar2
semua ini dapat kurangkan bebanan
kerana aku hanya perlu berlenggang bawa punggung dan kaki
kerana `pak nik... sediakan kereta, tunggu depan pintu, zassss'

tapi..........

dulu aku alpa, silap siapa.... aku sendiri
bila nanti suamiku, anak2ku, mama & ayah
adik2ku mahupun anak2 buahku terlantar di hospital
curahan kasih-sayang memang aku kaya
kata2 semangat, itu semua orang boleh buat

Aku bersykur dengan kemampuan yang ku ada sekarang
tapi bagaimana aku hendak memberi segalanya yang terbaik!!!!!

RAHSIA HARI DALAM SEMINGGU


Dalam seminggu ada 7 hari. Setiap hari-hari yang berlalu tersebut, ada sejarahnya yang tersendiri. Berikut ini disenaraikan beberapa rahsia berdasarkan sejarah pada 7 hari tersebut.
Jumaat
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari Jumaat adalah antara hari yang mustajab doa (doa mudah dimakbulkan). Dikatakan juga Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

RAHSIA INIPUN BEST

Biar betul!!!!!!
Seniman Asmara bertemu dengan pasangan yang Suka Bertukar2 Pasangan.

Puh Kiri Puh Kanan Berkat Doa Baginda Ali
Puh Depan Puh Belakang Aku Mesti Kuatkan Iman

RAHSIA TARIKH LAHIR

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Thursday, May 14, 2009

RAHSIA DI SEBALIK HARI LAHIR SEORANG WANITA

Mata ni mengantuk benar. Mana tidaknya, tidurku tak keruan. Sebelah kiri jaga suami demam, sebelah kanan jaga anak demam. Sekejap2 bangun letakkan tuala basah di kepala mereka, dalam kepala sendiri pulak ligat dok fikir Baby Afiq, camna tidurnya malam tadi.

Kalaulah boleh letak sesuatu untuk tongkatkan kelopak mata ni, maunya dibuat. Last2 aku skype Rohana bg tau dia yg aku mengantuk tahap gaban. Dia pun cuba bantu dengan forwardkan 2/3 email termasuk email RAHSIA HIDUNG dan katanya kalau nak tahu rahsia2 lain, klik dekat link yang dia bagi.

Nak bagi hilang mengantuk punya pasal, aku pun jd Minah Gali dan terjumpa rahsia ini. Mari kita kongsi bersama. Pesanan penulis, `Jangan tanya saya TEPAT atau TIDAK info yang diberikan ini. Sebab saya pun tak pasti.' Anda baca dan nilaikanlah sendiri yer. Kalau anda bersetuju atau tak setuju dengan info yang diberikan ini, luahkanlah di bahagian komen nanti.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU
Suka berdendam.
Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Hahaha... Terima kasih Rohana. Celik juga mata akhirnya kerana tafsiran untuk diriku terpesong segala. Sejak aku sah jadi isteri MOHD. NOOR belum pernah sekali terdetik di hati untuk `lelaki lain', inikan pula terpikat. Dah 17 tahun kami kahwin beb!!!!!

Tuesday, May 12, 2009

DEMAM LAGI

Seboleh-bolehnya semua ibu hendakkan anak mereka sentiasa sihat dan gembira selalu dan berusaha menjadikan mereka anak yang cemerlang. Kebelakangan ini macam2 penyakit baru yang menular di dunia dan sebut tentang demam, memang aku fobia sejak AMNI kena denggi dulu. Tapi apa nak dikatakan, penyakit datang tak diundang dan ibu mana tak risau. AMNI demam lagi, hari ni dah masuk 6 hari demam yang sekejap `ON' sekejap `OFF'. Risau... risau.....

Semalam bincang dgn hubby, kalau hari ni AMNI demam lagi, mesti bawa ambil darah. Celik mata pagi ni mama cepat2 check badan AMNI, still demam. Terus gerakkan AMNI supaya mandi dan alert abahnya untuk bawa ke panel ambil darah. Jam 11pg hubby cal, result darah keluar petang ini dan klinik akan hubungi aku untuk maklumkan keputusannya. Dalam hati si ibu ni hanya tuhan yang tahu... resah gelisah. Aku banyakkan istigfar dan pusatkan minda `anak mama sihat'.

Alhamdulillhah... berita gembira baru kuterima. Platelet AMNI masih tinggi 381 dan kata Dr. demam viral saja. Suggestion, kalau continue deman 2/3 hari lagi, again ulangan ambil darah. Senang la sikit hati ini but still mama nak AMNI sihat cepat dan sentiasa riang gembira seperti di bawah....

Cepat pulih anakku, minggu depan periksa

But I'm still risaukan anak buahku yang sorang ni `BABY AFIQ' selagi belum dengar keputusan scan....

Monday, May 11, 2009

2009 MOTHER'S DAY SPECIAL

Aku keseorangan di kamar sebaik celik mata dari lenaku. Aku tersenyum kerana dari jauh dah kelihatan mawar merah mekar hadiah dari anak2ku. Aku juga punya kenangan lain untuk Hari Ibu tahun ini.

Syukur sesangat aku dipanjangkan umur untuk menikmati Hari Ibu lagi. Tahun ini, mama lebih dulu ucapkan Semat Hari Ibu buatku beserta pesanan2nya. Terima kasih semua...... mama dan ayah, suamiku, anakku, adik2ku, ipar2ku.



Pagi ini aku punya tugas khas yang dirancangkan awal. Sebelum keluar, kudapan untuk suami dan anak2 disediakan dulu. Simple but mengenyangkan sementara menunggu aku pulang tengahari nanti.

Jam 10.00 pagi aku sudah tekan loceng disambut dengan senyuman dan layanan yang ceria oleh pekerja butik kegemaranku. Mereka dah tahu tujuanku dan terus `kak Yasmin duduk dulu minum tea'. Dah makan belum? Kalau nak makan, makanan dah kami sediakan. Jom ke belakang tengok macam2 ada.' Aku pun ikut, tp kerusi penuh, ramai sedang jamu selera. Ingatkan aku yang datang awal, rupanya dah ramai. So, aku buat keputusan jumpa Mr. Ong, pakar kulit dulu. Kena tunggu juga!

Kepada adik2 yang nak hadiahkan akak skin care treatment, mukaku sekarang dah confirm `dry skin'. Nampak saja luar berminyak, tp dalam kulit dah kering. Terkezuuuut betul bila dari imbasan scan, pigmentation di dalam kulit dah standby utk keluar bila2 masa, bergantung pada cara bagaimana aku membelai kulit mukaku mulai sekarang. Mr. Ong dah suggestkan aku mulakan produk bagi melambatkan proses tersebut, berkemungkinan menghilangkan terus yang belum keluar. Pandai betul kau Margaret, kempiskan dompetku. Hiss!!!! but utk diri sendiri terutama my darl, beres aja.......

Selesai skin analization, aku dipelawa naik ke atas. Part ni best! Mums make over oleh professional make-up consultant. Ramai dah yang menunggu di kerusi untuk disolek. Tunggu lagi..... sementara menunggu aku jumpa dulu profesional photographer sambil belek2 koleksi pakaian yang ada. Majoriti saiz kuit-miut, so akupun apa lagi, telefon CT untuk sediakan koleksi pakaian majlisku siap dengan tudung dan brooch sekali. Tq darl.... tolong hantarkan, OKla2 dapat jumpa Mr. Ong check skin sekali.

Memang pro depa 2 orang ni, tak sampai 1/2 jam siap. Aku menolak untuk set rambut, fikir rugi kalau set rambut cantik2, pastu penyet segala bila dikenakan tudung semula. Cukup sekadar transform muka, janji aku puas hati.

Sambil dok menunggu aku, berkenalan dengan Feeza, baru cecah 30an. Gua tabik spring!!!!! Dah anak 2, body cam anak dara. Kami pakat2 la ambil gambar muka yang sebelum disolek dan 80% selepas disolek sebelum final touch up di bilik penggambaran.

15 posisi, 4 jenis pakaian. Cameraman siap tanya, `kakak selalu ka ambil gambar untuk majalah atau iklan?. Aku tanya balik `apasal!' Dia jawab `cara akak berdiri dan posing cam dah biasa, macam model.' Gelak besar aku `Ya Ka!

Hasil sentuhan photographer profesional dan komitmen aku, maka inilah hasilnya. 14 lagi gayaku kena tunggu sebulan untuk dapatkan cdnya.

dan photo di bawah telah dipilih untuk `MOTHER'S DAY CONTEST'. Doakan kemenanganku ya kawan2. Hadiah2nya lumayan juga.

Jam 2ptg selesai segalanya di butik. Orang pertama kucari di rumah adalah suamiku dan pabila kutunjukkan photo ini, dia hanya senyum panjang. Walau tanpa sepatah perkataan keluar dari mulutnya, bagiku keizinannya untuk aktiviti hari ini adalah satu penghargaaan istimewa buat isterinya.

Jam 4.30 petang kami sibuk siapkan segala untuk hantar HAKIM balik asrama. Dah selesai kat asrama, nak balik, HAKIM ambil gambar mama dan abah sempena Hari Ibu tahun ini dan pesannya padaku `mama, doakan kejayaan HAKIM'. Of course anakku.

On the way nak balik rumah, hubby ajak minum petang kat PapaRich. Sokong je sbb niat nak pekena roti best kat situ. Elok sampai belum sempat parking, ANUAR telefon `Kak, program kat Genting cancel, jom dinner kat steak Kg. Baru.' Set saja..... Aku dan suami orang terawal sampai, maka kerja kami la untuk book table besar, sambung 4 meja. Bila dah kumpul semua adik2 dan ipar2 termasuk ayah yg turun dari Kedah, suami kata `dinner malam ni untuk sambut Hari Ibu kat isteri2 kita'. Terima kasih para suami.......

dan mama paling suka tengok ADNIN makan kerana
Western Food adalah kegemarannya..... licin

TENTANG BULAN

Dalam perjalanan pulang dari berkelah semalam, bulan penuh mengambang. Begitu cantik dan indahnya. Anakku AMNI penuh dengan soalan tentang bulan... mengapa, kenapa, begini, begitu..... Jenuh mama menjawab untuk memuaskan hatinya. Sepanjang jalan matanya memandang kelangit menatap bulan purnama.

Lepas selesai bersih diri dan segalanya, kulihat AMNI lepak depan tv bersama sekeping kertas A4 dan pencil warna. Dah tak daya lagi nak melayan, kerana diriku juga perlu rehat. Aku dan hubby, biarkan anak2 di atas, kami lepak di bawah. 1/2 jam lepas itu, AMNI tunjukkan aku imaginasinya `Tentang Bulan'.....

CERITA CUTI WESAK

Malam menjelang hari Wesak, Amni mengadu kurang sihat. Terus kubawa ke klinik.

9 MAY 2009

Kebetulan hari ini anak2 semua tiada tuisyen, dah tu lama tak ziarah Ustaz Saleh dari Darussyifa. Terus saja aku hubungi Ustaz, kebetulan Ustaz pun berkelapangan maka kami terus saja ke rumahnya. Kami singgah dulu dikedainya untuk membeli Air Dr. Sukida. Tiap kali jumpa Ustaz, kami mesti dapatkan khidmatnya untuk buat air penawar dan terang hati. Lihat saja AMNI bagaimana keadaannya sewaktu discreen Ustaz.

On the way balik dr rumah Ustaz, NAIM telefon `Kak, apa program hari ni? Adik dah balik dr Mersing. Kalau tak dak apa2 program, jom kita mandi2 kat Kemensah'. Tanya hubby, dia kata set but singgah dulu rumah ANUAR pekena Mee Rebus Tulang. Slurrppppp alhamdulillah, sambil2 tu telefon kak elly pemilik chalet, dia pun kata line clear. Telefon adik2 yang lain semua bg green light, so kamipun dari destinasi berbeza zass dari hutan ke pinggir kota iaitu ke Chalet Warisan Rimba.

Damainya ....... dikelilingi kehijauan hutan tropika,
deruan air sungai dan kehangatan air belerang
Seronoknya melihat anak2 bersukaria sesama abang, adik, kakak
terutamanya bermain di kolam dengan bapa dan bapa saudaraIni kegirangan anak paling kecil bermain lepas keluar hospitalSuamiku sentiasa melayan anak buah kesayangannya
Terima kasih Kak Elly. I love U. Muuuaaahhhhhh!!!!
Penat bermain di air, malamnya kami beramai2 lepak D'Kayu Nasi Kandar, Taman Tasik Permaisuri.

Ikuti nanti kisahku dalam `2009 MOTHER'S DAY SEPCIAL' selepas ini.