Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2009

KACANG PANJANG SUUN

Bahan-bahannya:-

300 gm kacang panjang dipotong serong
100 gm suun dicelur dengan air panas seketika
100 gm pucuk direndam dan dipotong kecil
2 keping tempe dipotong dadu
1 papan petai dibelah dua
3 ketul pedal ayam dipotong kecil
3 ketul hati ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dihiris halus
1 cawan santan pekat tambah air sedikit ikut kehendak masing2
4 biji cili merah dipotong serong nipis
sedikit cili api sekiranya suka
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, hati dan pedal ayam. Apabila naik bau, masukkan halia, kacang, petai, cili hidup dan cili api. Tutupkan kuali selama 5-8 minit. Apabila sayuran sudah separuh masak masukkan santan dan tempe. Apabila agak mendidih kuah masukkan suun dan pucuk. Pastikan suun agak basah sedikit sebelum dimasukkan kerana suun yang agak kering akan menghisap santan dan hidangan menjadi kering. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Kepekatan kuah adalah mengikut kehendak masing2 samada ingin masakan agak berkuah atau kering.

p/s Sempena kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri
saya akan mula memasukkan resepi2 lama ibu saya
samada lauk-pauk, pemanis mulut, biskut raya, kek & sebagainya
dengan tukaran sukatan dari tahil ke gram


4 comments:

Diamilikku said...

yeszzzaaa...i like..boleh mencuba masak memasak.....walaupun mak buyung kan..tetap nak masak makan dalam bulan puasa nih..letak jgn tak letak sis

honeyamirul said...

Salam Kak Syabar,

Dan salam prkenalan dari saya Wife amirul...

Nampaknya bulan ramadhan ini bolehlah saya mencuba masakan dari resepi2x Ibu Kak Syabar...TQ sis...

masakan orang dulu-dulu memang best takde tandingan... masakan dalam buku pulak nampak macam sedap bila buat makan hampeh!!begitu jugalah org yang menjual di pasar-pasar ramadhan hanya nak cari untung saja... :)

P/S:Masak sendiri baru puas hati...
Rindu dengan masakan nenek... :( huhu...

Dj Epoi said...

Salam....

Jangan lupa habaq mai ...klau kut2 masak lebey hehehehehehh

SYAbAR said...

Diamilikku & HoneyAmirul,

Terima kasih atas sokongan. Akan akak laksanakan sebaik mungkin.

Tp hari ni lupa la pulak nak bawa, buku2 antik tu.