Friday, August 28, 2009

DAGING LADA HITAM


Bahan-bahannya:-

500gm daging batang pinang - dihiris nipis
5 ulas bawang putih } ditumbuk kasar
2 sudu kecil lada hitam }
2 batang serai - dititik
8 ulas bawang merah } dimayang halus
1/2 inci halia }
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 labu bawang besar - dihiris bulat
sedikit daun bawang
garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Daging dibersihkan dan ditoskan.
2. Perap daging bersama bawang putih, kicap manis, sos tiram.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, halia & serai hingga naik bau.
4. Masukkan daging. Masak seketika. Masukkan lada hitam, garam, gula, perasa secukup rasa & cuka.
5. Setelah daging masak, masukkan bawang besar & daun bawang. Masak jgn sampai layu. Siap utk dihidangkan.

No comments: