Friday, August 21, 2009

DAGING RENDANG SUMATERA

Bahan-Bahannya:-

300 gm daging - dihiris mengikut kesukaan

15 biji cili kering }
3 batang serai }
3 inci lengkuas }
2 sudu besar ketumbar }
1 sudu teh jintan manis } dikisar halus
1 sudu teh lada hitam }
5 ulas bawang besar }
halia dan kunyit sebesar ibu jari }

5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih }
sedikit kulit kayu manis & bunga lawang
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Sedikit air untuk melembutkan daging
1 @ 2 keping asam gelugur

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang yang dimayang bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya.
3. Masukkan ramuan yang dikisar beberapa minit sehingga naik baunya.
4. Masukkan daging bersama sedikit air dan tutup kuali/periuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama asam gelugur.
5. Angkat pabila daging sudah masak dan ramuan sebati.

No comments: