Friday, August 28, 2009

SIAKAP PLUM CENDAWAN EMAS

Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan siakap sedang
10 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 inci halia muda - dimayang halus
3 batang serai - dititik
3 biji plum jeruk - dipecah sedikit ketika dimasukkan ke kuah
3 biji asam boi
1 bungkus cendawan emas segar - dipotong 2 inci
1 biji limau nipis
1 sudu kecil garam kasar
1 sudu kecil gula & perasa secukup rasa
1 batang celery
3 helai daun limau purut - dikoyak
5 biji cili api - diketuk sedikit
sedikit daun ketumbar utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Rebuskan ikan bersama sedikit air, 1/2 sudu kecil garam & serai. Setelah ikan masak, ketepikan.
2. Didihkan semula air rebusan ikan bersama bawang putih, halia, plum jeruk & asam boi. Masukkan lebihan garam, gula & perasa secukup rasa. Rasakan kemasaman kuah, jika inginkan lebih masam, perahkan sedikit limau nipis.
3. Setelah mendidih masukkan batang celery & cendawan emas.
4. Apabila kuah sudah sebati, masukkan daun limau purut & cili api. Masak seketika.
5. Angkat & curahkan kuah ke atas ikan. Hiasakan dgn daun ketumbar ketika kuah masih panas.

No comments: