Friday, August 21, 2009

ACAR TELUR


Bahan-bahannya:-

7 biji telur ayam - direbus & digoreng
10 biji cili kering }
10 ulas bawang merah }
1 sudu besar udang kering } dikisar
7 ulas bawang putih }
1 inci halia }
2 biji bawang besar - dibelah 4 atau 6
2 biji cili merah - dibelah 2
1 batang karot - dibelah 4 @ 6 dipotong 2 inci panjang
5 sudu besar cuka (mengikut kemahuan)
air mengikut kepekatan dikehendaki
2 keping gula kabung/melaka
garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik baunya.
2. Masukkan air, cuka, gula kabung, dan telur. Masak hingga sebati ramuan.
3. Masukkan bawang besar, karot, cili merah, garam, gula, perasa secukup rasa.
3. Masak sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

** Perfect Love ** said...

wahhh bagusss
keluar dah resipi2 k syabar ni

zieha said...

salam kak syabar..
nie leh try nie masak utk berbuka esok2..hehehe
selamat berpuasa utk akak sekeluarga..:)