Monday, August 24, 2009

MENJELANG RAMADHAN

Alhamdulillah... terlaksana hajat 2 org ini utk mengadakan majlis kecil2an sblm Ramadhan tempohari. Pertamanya hajat suamiku & keduanya hajat adikku NAIM.

Suamiku menjamu jiran2 yg membantu mencuci longkang besar utk membasmi jejentik. Sarapan pg mereka adlh cucur udang pedas manakala menu mkn tgh mereka adlh sambal tumis petai udang, siakap sour plum, sayur cina, pekasam puyu goreng, ulam petai & paku rawan, tak tinggal sambal belacan. Terima kasih kpd yg membantu suamiku terutamanya Wahid, Pak Ya & Abg Zainal.

Hajat NAIM adalah kesyukuran sempena isterinya SURAYA baru mendapat kerja, mengandung anak pertama selepas sethn berkahwin & menyambut Ramadhan. Ayah membacakan doa. Selain kami adik-beradik, Ketua Blok 11 iaitu Abg Ishak & isterinya, jiran tetangga jg kawan2 sepejabat NAIM turut dtg memberkati majlis ini.

Walaupun last minit plan, memandangkan hari kerja, mama yg bertungkus-lumus sediakan nasi kacang parpu, daging masak hitam, kulat sisir goreng, kerabu timun, kuih sagu & seri muka. Suraya sediakan sambal telur. Noor buat nasi impi. Tugasku seperti yg mama mahu iaitu kuah kacang & dadih durian.

Alhamdulillah... terlaksana sudah.

5 comments:

EIPUL said...

Oh Alhamdulillah diorang dapat rezeki macam2 ek.

*tumpang heppi. =D

iekah said...

selamat berpuasa ;)

Echa said...

selamat berpuasa.. sedap sedap tul masakan tu.... memang menguji kesabaran la bila bukak blog ni.. iskkkk. kak, aritu ada bagi saya alamat ke.. saya tak jumpa la.. bole tak tinggalkan alamat sekali lagi kat komen blog saya.. tq.. maaf yeee..

Diamilikku said...

akak..tolong tepek resepi kuah kacang pleaseee...tak penah jadi pun buat kuah kacang..serius nak tau ni

SYAbAR said...

Diamilikku,

Ok nanti akak letakkan resepi kuah kacang tu dik...