Monday, August 10, 2009

LEPAK ROMANTIKA

Kami berdua sering lepak di sini. Selain makanannya yang lazat, susun atur dan persekitarannya amat menyenangkan mata. Minda pula terhibur dengan alunan muzik sunda-bali. Ada romtikanya menjamu selera berdua di tempat sebegini terutamanya di waktu malam.

Makanan seperti cucur udang panas, popia goreng dan ubi kayu rebus terdapat disini setiap masa. Selera kami berdua bila lepak di sini adalah sama `Cantonese Fried Keaw Teaw with Ginger and Beef'. Terasa benar kesegaran halia muda dan keharuman lada hitamnya walaupun dengan hanya beberapa potongan daun bawang sebagai sayur di dalamnya. Aku seperti biasa, tidak lekang dengan manggo lassi dan pasanganku dengan epal juice kurang manisnya.

No comments: