Friday, August 7, 2009

RENDANG PEDAS MINANGKABAU

Bahan-bahannya:-

600gm daging)
5 - 6 biji cili kering)
5 - 6 biji cili merah)
1 sudu teh lada hitam) dikisar halus
10 ulas bawang merah)
2 ulas bawang putih)
sedikit halia, lengkuas dan kunyit)
1 batang serai dititik
2 - 3 helai daun kunyit dikoyak kecil
1 - 2 helai daun limau purut diikoyak kecil
kerisik dari 1 biji kelapa
santan dari 1 biji kelapa
1 - 2 keping asam gelugur
garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara membuatnya:-

Campur semua bahan yang digiling dengan daging. Masak di atas api.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Apabila sudah mendidih masukkan daun kunyit, limat purut dan asam keping.
Masak sehingga rempah menjadi serbuk baru diangkat dari kuali.

3 comments:

honeyamirul said...

Salam Kak Syabar,

Akak...Apa khabar dah sihat?

Kak... Tengok bahan-bahan resepinya pun dah nampak best... Belum rasanya lgi tu hehe...
Boleh la saya try raya nanti untuk tambat hati omak mentua... :) Tambat hati jo bukan membodek tau...

SYAbAR said...

Honey,
Hari ini seharian atas katil saja. Di dalam badan memamng rasa tak selesa sgt, lenguh segalanya. Pernafasan masih belum lancar.

Akak jenis tak dok diam. Bila jd camni rimasnya, tu yg sambil2 buat entri resepi...

Diamilikku said...

nak cuba hari nih jugak..dapat makan ngan ketupat confirm sedap kan...huhuhuhu...ntah sempat ke idak saya beraya kak..harap2 baby nih bagi can umie raya n makan lauk2 raya dulu ahhhh