Friday, August 21, 2009

ACAR DAGING

Bahan-bahannya:-

600gm daging batang pinang dipotong sebesar 2 inci
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu teh jintan putih } digoreng tanpa minyak
2 sudu teh rempah biji } dan dikisar halus
5 tangkai cili kering }
5 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih } ditumbuk
halia sebesar ibu jari - dimayang
5 sudu besar cuka
3 biji cili merah } dibelah 2 dibuang biji
3 biji cili hijau } dibelah 2 dibuang biji
3 sudu besar minyak untuk menumis
2-3 cawan air ikut kemahuan
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Daging digaulkan dengan hirisan halia, bahan yang dikisar dan ditumbuk. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang diperap bersama air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan cuka, garam, gula perasa secukup rasa.
4. Apabila hendak diangkat, masukkan cili merah dan cili hijau.

No comments: