Sunday, August 30, 2009

BUBUR LAMBUK

Menu semalam adalah paling simple memandangkan mama kepenatan gara2 mengikut suami dan anak2 cari brg2 mereka di Jln TAR & Jln Bonus. Celah tu... sempat juga menyambar apa yg patut... !!!!

Bahan-bahannya:-

1 tin susu (saiz L) beras
2 genggam udang kering - ditumbuk
1 bungkus kecil daging kisar Ramly
15 ekor udang (saiz L)
6 ulas bawang putih }
5 ulas bawang merah } ditumbuk halus
1 sudu besar jintan manis }
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
2 sudu besar halba
1/2 tin cendawang butang } dihiris nipis
6 biji cendawan hitam (S) }
2 batang serai - dititik
2 inci halia muda } dimayang halus
5 helai daun kunyit }dimayang halus
3 cawan santan pekat
daun bawang, sup & bawang goreng utk hiasan

Cara Membuatnya:-

1. Rebus beras hingga lembut dan agak hancur.
2. Tambahkan air. Masukkan serai, udang kering, daging kisar, bahan yang ditumbuk, halba, halia dan lada hitam. Apabila mendidih masukkan santan, semua cendawan, garam, gula, perasa secukup rasa.
3. Tambah sedikit air jika agak kekeringan. Apabila masakan dah nampak sebati baru masukkan udang dan daun kunyit yang dimayang. Masak seketika saja utk mengekalkan kelembutan dan kemanisan udang.
4. Tabur daun bawang & bawang goreng utk menambahkan aroma bubur lambuk.

2 comments:

Mrs Zamzuri said...

da macam masuk blog chef jek bila masuk blog aunty nih..

tp besh!!!!

nnt senng utk along bukak laptop then pandang resipi aunty bila kat dapur. hahaha

Dj Epoi said...

Salam.....

Ashik dok tayang menu makan sedap2 jew.....

Cuba mai hantaq semangkuk dua hehehheehe.....

Almaklumlah kita kat sini sibuk.....
Anak lagiiiiiiiiii ramai....huhuuuuu