Tuesday, September 1, 2009

TUMIS DARAT LABU AIR

Bahan-bahannya:-

1 biji labu air (saiz M)
20 ekor udang (saiz M)
2 sudu besar rempah kari udang & ketam
1 cawan santan pekat
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
7 biji bawang merah }
6 ulas bawang putih } dimayang halus
2 inci halia }
1 sudu besar halba campur
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air untuk merebus labu air
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Rebus labu bersama sedikit air hingga separuh empuk.
2. Masukkan rempah kari dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Masukkan santan. Biarkan mendidih seketika dan masukkan udang.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa. Apabila udang merah warnanya matikan api.
5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dimayang bersama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
6. Tuang bahan yang ditumis bersama minyak tumisan ke atas sayur yang dimasak dan terus tutup periuk untuk mengekalkan aroma bahan tumisan di dalam masakan.

p/s Mulai semalam, 1st time kami berbuka tanpa HAKIM. Rasa janggal sbb HAKIM yang selalu bacakan doa berbuka puasa.

2 comments:

Diamilikku said...

hakim tak kemana2 kan...hakim cuma pegi belajar...sabar ehhh kak..cuba bayangkan kesengsaraan keluarga allahyarham ustaz Asri berbuka tanpa beliau di sisi...lagi sedih kan...

SYAbAR said...

betul tu su, tp dah ni kira 1st time, terasa sgt la. tp nasib akak dah masak dan bekalkan juadah berbuka utk dia...