Sunday, February 1, 2009

DARI DETIK KE DETIK ITU

31/01/09 ........ Esok genaplah 17 tahun saat itu
Namun kehangatannya seperti semalam berlalu
Sesekali Aduka mencuit mesra tubuhku
Ceria mengusikku imbas saat2 dulu

Sabtu harinya menjadi penentu
Memegang amanah Yang Maha Esa dan ibubapaku

Katanya kepadaku
`Biar buruk pandangan mata, biar diulit kemiskinan kesusahan seketika, hari ini ramai membuka mata, pilihan hatiku bukannya cela. Kiranya aku tidak salah membuat pilihan katanya...... Ya ka! Baik buruk dengan izin Allah jua'

Mengenang kisah silam itu
Aku meneroka semula saat2 kesibukan hari dulu
Hati girang, bermula pagi karipap goreng buat Adikaku
Walaupun bukan kelim jemariku

Katanya jom nikmati soto keinginkanku
Ke Jalan 3, Chan Sow Lin kereta mahu dipacu
Menidak aku beralasan padu
Air tanganku lebih enak dijamu

1 jam saja sotoku siap untuk disudu
Sekeluarga jamah ulang bertalu
Setelah kenyang, masing2 dibantal beradu
Namun aku, masih di dapur sediakan sesuatu

Bebola kebab daging resepi mamaku
Disediakan bahannya satu persatu
CT pembantuku saling membantu
Dapat dirasa Anuar dan Su


Makan dengan mereka mana cukup begitu
Difikiranku menu istimewa buat Adikaku
Hidangan malam sebelum tiba detik indah itu
Dinner lamb chop menjadi pilihanku


Selepas makan kukira selesai kerjaku
Namun Adikaku punya rancangan jitu
Hobi utamaku dirancang asah bakatku
Ke Las Vegas Karaoke & Lounge destinasi dituju
Rancangannya bukan hanya berdua denganku
Rohaizad-Salina, Mus-Ba'yah memang sudah tentu
Adikku yang lain dijemput juga meraikan detik itu
Katanya biar beramai menggembirakan hatiku

Tengah malam, Bro Dj umumkan sesuatu
Supaya semua tahu maksud sebenar malam itu
Jam 3 pagi baru semua berlalu
Menunggu pagi, didakapan Adikaku

Itu semalam...... berlalu sebegitu

01/02/09, Inilah hari bersejarah itu
Bersurat bersaksi kami bersatu
9.30 pagi detik keramat buatku
Masjid Zahir tempat penentu
Mohd. Noor sah suamiku

Hari ini, pagi ini, katanya padaku
Mee goreng mahu sebagai menu
Tengahari tak payah masak, free rehat untukku
Petang nanti, abang belikan durian buatmu
Mahu makan berdua, dimeja batu depan rumahku

Indahnya saat ini bagiku
Seperti permaisuri Adika melayanku
Hidangan dan minuman disediakan buatku
Perwira2 dan srikandi girang di depan mataku

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur padaMU
Terima kasih ayah dan bondaku
Susah-senang silih berganti di dalam hidupku
Ku tabah mengharunginya............ Dari Detik Ke Detik Itu

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya apabila suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika sisuami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."[HR. Maisyarah]

6 comments:

imine said...

Teringat lagu Bahagia nyanyian P. Ramlee & Saloma ... so saya tujukan lagu tu utk akak dan abg eh.

Semoga terus bahagia ...

Impian Serikandi said...

cantik blog kak min ek..

SYAbAR said...

Cik Yah kita rupanya ...... Tahniah!!!!

Diamilikku said...

ya allah...tersentuhnya baca blog akak nih...
best2 sangat2...bahagianya rasa kak...
tahniah untuk ulang tahun ke 17 kak..

* said...

kak min..bestnyaaaa makanan2 yg di saji
bila nak bawakkk opis niiiii.. :)

SYAbAR said...

boleh perkenalkan diri siapa * said kat opis ni. Dah tau siapa, baru la boleh invite mkn2 tiap2 kali bawa resepi dari rumah...