Tuesday, February 10, 2009

AFDZAL HAKIM

Aku memang percaya pada apa yang dikatakan, semakin ramai orang berkunjung ke rumah, semakin banyak rezeki melimpah ruah dalam rumahtangga kita. Layan mereka sebaik mungkin, hidangkan mereka makanan yang bagus2. Mereka datang membawa rezeki, mereka pulang membawa keluar dosa2 kecil tuan rumah. Memang kebelakangan ini aku dan suami, sering makan besar tak kira dengan adik-beradik, jiran2 ataupun rakan2 sepejabat. Rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa sebahagiannya adalah milik orang lain, jika dikongsi bersama, lebih melimpah ruah keberkatannya.

Pagi ini aku berpuasa. Dalam perjalanan ke pejabat kawanku RUS, menelefon dan memberitahu berita yang ku nanti2kan sekian lama. Hatiku mula berdebar kencang. Gentar........ Aku mula menggunakan minda di bawah sedar, satu matlamat untuk memperolehi kegembiraan bukan hanya untuk diriku tetapi menjadi kebanggaan generasi 787. Hadiah istimewa buat ummi dan ayahwan.

Sampai pejabat aku terus on PC. Melayari internet rasanya begitu lambat sekali untuk sampai ke laman web yang dituju. Sebaik terbuka, aku mula menaip angka2 keramat milik peribadi seseorang dan inilah jawapannya .....

Tahniah! Permohonan Anda Telah Berjaya

Angka Giliran Calon: BD134K062

Nama Calon: AFDZAL HAKIM BIN MOHD NOOR

Nama Sekolah:
W92 - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK
JALAN GENTING KLANG SETAPAK
53300 K.LUMPUR,W.P KUALA LUMPUR
03-41495578

Jurusan/Kursus Ditawarkan: 53 - KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Tarikh Daftar: 23 FEBRUARI 2009


Alhamdulillah.... inilah yang dinamakan rezeki Allah. Orang pertama aku maklumkan berita gembira ini semestinya suamiku, dan keduanya nenda kepada AFDZAL HAKIM MOHD. NOOR.

TAHNIAH ANAKKU!!!!!!!

HAKIM bukan saja menggembirakan mama dan abah, jadi contoh untuk adik2 ikut, tetapi HAKIM telah membuatkan ummi dan ayahwan bangga dengan kejayaan cucu pertama mereka.

Teruskan usaha untuk ke menara gading dan ke puncak menggapai matlamat hidup. Doa mama sentiasa untuk kecermerlangan dan kejayaan HAKIM dunia dan akhirat.

  • p/s
  • Aku menanti kegembiraan kedua, lahirnya anak ketiga Bro Dj. Majlis doa selamat untuk kedua mereka pasti kulaksanakan.

3 comments:

Diamilikku said...

salam kak..
lama tak menyinggah..sibuk sikit...
alhamdulillah..tahniah yer kak..semoga hakim akan menjadi anak yang cemerlang untuk seluruh ahli keluarga...

SYAbAR said...

Sebagai orang pertama yang komen, jutaan terima kasih Diamilikku. Sayang kakak juga untukmu. Kecemerlangan juga milik anakmu. Amin

Dj Epoi said...

Salam....Kak

Alhamdulilah...terkejut Gua...
Nak leleh air mata pon ader... bila ader Anak Buah Sulung berjaya menyambung kan pelajaran didalam bidang Gua sebelum ni ( Bidang Teknikal )

Hakim!!!
Ayah Ann bangga punya anak buah macam Lu....Sempoi abis Lu!!!
Ayah Ann doakan yang terbaik Buat Lu.....
Ingat lagi tak beg (Rap) yang Ayah Ann kasik waktu dapat result..?ingat tak?
Beg tersebut tanda Ayah Ann bersama ngn Anak2 buah Ayah Ann..
Moga Hakim terus gemilang didalam menempuh alam remaja yang mencabar nih.....Jangan Buang Masa......pluang dah ader...*PULUN KEDAH PULUN*

Shabas Buat
Abg SURGENT & SHAbAR sekeluarga

Dj Epoi