Wednesday, February 11, 2009

DANG ANUM DAN KERISNYA

KERIS
Pusaka Bangsa, Warisan Melayu
Lambang Keperwiraan, Kepertiwian

Serikandi Bangsa & Rumahtangga

Pahlawan seperti Hang Tuah dan Dang Anum, dahulunya keris gah di sampin pinggang. Jamu serapah dan mentera, pendiding spiritual. Keris .... salah diusik, pantang undur ke kebelakang. Diasap bermandikan limau, kebal berzaman.

Adakah generasi sekarang sedar jasanya sebatang besi lekuk meruncing tajam ini? Ramai langsung tidak memperdulikan, alpa dengan modernisasi IT dan gadget. Jauh berjalan luas pemandangan, aku belajar melalui pemerhatian. Sedih memikirkannya, dulu gah seantero dunia, kini dipamerkan tetap dipinggirkan. Generasi tua, membelek meneliti asyiknya, anak muda...... hanya melirik hujung mata, mungkin juga sebelah mata pun tak pandang. Hakikat yang jelas nyata di depan mata kepada pelapis muda.

Terfikir aku, mampukah anak muda sekarang gemilangkan semula pusaka bangsa, warisan berzaman ini?

Mempastikan `Takkan Melayu Hilang Di Dunia', bagaimana pula?

Keris sinonim dengan kebesaran dan kedaulatan Raja2 Melayu, ambil iktibar isu semasa...... bangunlah anak Melayu!

Kemajuan dunia dituntut bersama, akhirat jangan dilupa, kejatian Melayu martabatkan keunggulannya.

Keris berharga RM6000

Pelbagai bentuk hulu keris
Pelbagai bentuk mata keris
Keris tersimpan rapi
Lembing pusaka

3 comments:

Dj Epoi said...

Zaman makin berubah!!!
Adat Harus dipertahankan agar tidak hilang dibawa arus zaman....

P/S Mana boleh gi perang pakai keris?hahahhaha

SYAbAR said...

Pokoknya bukan keluar berperang dengan keris, matlamatnya memartabatkan keris di mata dunia, tidak hilang jatidiri anak melayu.

Diamilikku said...

jemput ke blog saya esok..ada kuiz beserta hadiah menarik...silalah mencuba..hehehehehhehe...