Friday, February 6, 2009

4 SEKAWAN

Takdir penentu segala...... dan yang pastinya tiada penghujung persahabatan ini. Hari ini, 3 generasi menyambung pertalian yang suci itu, diperturunkan dari ibubapa ke anak dan anak ke cucu. Alhamdulillah, nikmatnya anugerah mereka disisiku.

Kalau dalam keluarga sendiri, ada masanya bagai anjing dengan kucing. Kami bukan begitu, dari kecil hingga dewasa dan beranak-pinak, perumpaan yang sesuai untuk kami adalah seperti Aur Dengan Tebing. Kemesraan, kasih-sayang, ingatan manis tidak pernah lekang dik panas. Selagi termampu, akan ku semai taman silaturrahim ini hingga hujung nyawa.

Gambar kenangan di Botanical Garden, Pulau Pinang, 1980

SRK Tunku Putera, Baling titik pertemuan kami. Menginjak remaja kami sama2 menuntut di SMK Tunku Putera yang kemudiannya terpisah kerana mengejar ilmu di pusat pengajian tinggi. Tamat pengajian, silaturrahim kami kembali bertaut rapat apabila aku menjemput 2 orang daripada mereka tinggal serumah denganku, menerokai kerjaya masing2 di kota metropolitan.

Aku lebih dulu meninggalkan alam anak dara, dan syukur mereka satu persatu menurut jejakku tidak lama selepas itu. Beranak-pinak pun kami seperti berpakat. Tahniah buat kami, kini suami2 dan anak2 boleh masuk geng sejak diperkenalkan. Begitu indah saat2 melihat suami masing2 bergelak tawa, anak2 perempuan tersipu2 malu pertama kali bersua muka, yang lelakinya girang bermain bersama.

Terkenang kembali saat2 kami berempat sepakat melakukan segala aktiviti bersama, baik waktu persekolahan, cuti sekolah atau mengikuti lawatan2 di luar kawasan. Orang kata, kalau duduk dalam bas pun, kalau tak sebelah-menyebelah, mesti barisan berturut depan belakang.
Berposing ambil gambar pun, 4 sekawan ni sentiasa berkepit. Lihat saja gambar2 di bawah:-
Aku diapit Shafiza (kiri) dan Zaiton (kanan). Rusniyati (melutut)
Kenangan sewaktu lawatan ke Melaka tahun 1983

Kenangan di Kilang Proton, Shah Alam 1985

Kenangan di Genting Highlands 1985

Kenangan di Cameron Highland, 1984

Ketiga2 kawanku anak peniaga runcit. 2 berasal dari Kupang dan sorang dari Wing.

RUSNIYATI bertugas di Kementerian Pelajaran. Menetap di Putrajaya dan dikurniakan 5 cahayamata (2 lelaki 3 perempuan). 4 daripada anaknya berkongsi tahun lahir yang sama dengan anak2ku, bulan saja yang berbeza.

RUS..... Segar lagi ingatanku sepanjang kita mengikuti aktivit2 Persatuan Bulan Sabit Merah. Pangkat hang lebih tinggi dari aku. Tabik Srping Sarjan!!!!!! Hang ingat lagi dak nasyid yang kita persembahkan dalam pertandingan di SM Baling dulu.

Solo (Aku la...)
Mari yakinkan pentingnya perpaduan (2x)

Beramai2
Berdamailah di mukabumi wujud perpaduan ummah yang suci
Umat Islam, perpecahanmu nanti akan meruntuhkan umat Islam (2x)

Solo
Mengapa lagi tiada perpaduan di antara umat Islam

Beramai2
Jangan lupakan, jangan ingkarkan
Perpecahanlah menjadikan alam ini tidak aman

Tu saja lirik yang aku masih ingat RUS. Hang camna, ingat lagi ka!!!

SHAFIZA bertugas di PERKESO, Butterworth. Sekeluarga menetap di Kupang, Baling dan mempunyai 2 cahayamata lelaki.

FIZA, walaupun hang maintain low profile, aku suka kat hang sebab everytime aku ajak hang joint nasyid, hang tak tolak. Terima kasih la...... tiap kali pi lawatan, hang sudi jadi teman sekerusi dan sekatil dengan aku. RUS dan TON mesti duduk belakang kita, dalam dorm katil depa mesti sebelah kita juga kan!

ZAITON
bertugas di Jabatan Kastam dan kini menetap di Padang Besar. Cahayamatanya 1 lelaki 3 wanita.

TON, hang ingat dak masa cuti sekolah, musim durian, kami pakat2 pi pekena durian kat rumah hang? Masa nak pi kutip buah kat dusun tu, nak masuk hutan, tok hang nanti kata.....`tok nenek, anak cucu tumpang lalu....'. Muka tak malu betul kami no, dah la melantak makan, balik rumah masing2 tapau pulak sorang 2/3 biji.

Hari ini Anjung Putrajaya, menjadi saksi kegembiraanku, puas dapat melihat sinar Mata RUSNIYATI. Girang kami membuka kisah2 silam, berrtanya khabar mereka yang lain dan bercerita kisah anak2.

Itu cerita kawan2 perempuan muslimku. Akan ku ceritakan nanti teman2 karibku berlainan agama dan budaya. Kitakan orang MALAYSIA.....

2 comments:

Impian Serikandi said...

emm.. kak min mantain ajerkan.. tetap ayu.. sama mcm dolu2.. untung sebab dpt contact geng dolu2.. caya la! bukan senang tau..

SYAbAR said...

Tks Impian Serikandi.... inilah erti sebenar silaturrahim dan nikmat berkasih-sayang