Kawanku ini bernama PRAMOT A/P DIN CHENG. Aku memanggilnya MOT. Berketurunan Siam. Merupakan anak bungsu dari 3 orang adik beradik. Aku hanya ingat nama kakaknya iaitu CHAMPA. Bapanya seorang pemain bangsawan Menora dan ibunya surirumah. Walaupun berketurunan Siam, keluarga mereka menyambut 2 perayaan iaitu Wesak dan Tahun Baru Cina. Aku tidak pernah lepas meraikan perayaan2 itu bersama mereka dan hingga hari ini seperti masih terasa sedapnya kuih kapit dan kuih bakul yang mak dia buat.
Jejaka handsome ini SZE TOO YU SHEN namanya, tua setahun dariku. Aku mengenalinya sejak tahu erti berkawan dan kenal kawan, seingat aku sejak umur 5 tahun sebab kami sering bermain guli dan masak2 bersama. Sementelah rumahnya betul2 di tepi kuarters BOMBA.Adik-beradiknya sama seperti MOT. Ibunya surirumah dan merupakan pengajar kelas menjahit profesional di Baling pada zaman itu. Kalau tidak kerana tunjuk ajar `maknya', mana bisa mamaku juga jadi tukang jahit yang mahir. Bapanya seorang pemandu bas Baling ke Kulim. Aku masih ingat pada datuknya yang selalu manjakan kami dengan membeli gula2 dan berjenaka dengannya di stor belakang rumah mereka. Tiap kali birthday, tak kira birthday siapa, salah seorang dari kami mesti di tepi masing2 untuk sama2 meniup lilin.
YU SHEN satu sekolah denganku waktu di SMTP, berdisiplin dan sentiasa berpakaian kemas. Merupakan pelajar pintar, selalu dilantik sebagai Ketua Darjah, seorang pengawas sekolah dan ditahun akhir persekolah kami dia dilantik sebagai Ketua Pengawas. Kami selalu belajar bersama dan dia merupakan pakar rujuk aku dalam sabjek Matematik & Matematik Tambahan.
Jejaka handsome ni masih single tau. Seperti MOT juga, memilih bidang perguruan sebagai karier dan kini mengajar di Pengkalan Hulu, Perak.
CHARLES ASSERWATHAM s/o RAJOO, seorang kawan pintar yang sentiasa dihatiku hingga hari ini. Berbanding YU SHEN, dalam pergaulan harian, CHARLES sentiasa peka dan pandai mengambil hatiku. Lagipun kami bersama sejak sekolah rendah. Nampak saja serius orangnya, hakikatnya kami sentiasa gembira, sering ketawa tiap kali bersama. Kalau MOT ke sekolah dahulu, aku sentiasa tunggu CHARLES untuk berbasikal berdua. Pagi petang berbasikal bersama, penguasaan Bahasa Inggeris ku meningkat sebab CHARLES selalu mengajakku berbual dalam Bahasa Inggeris.CHARLES selalu kalau dia nampak ada yang tak kena, komen dan tegurku direct, selamba dia je. Kutuk berdepan, tapi itu semua tak pernah merenggangkan persabatan kami. Kalau bab belajar, dia tak pernah lokek. Satu ketika, aku terasa miss sangat dgn CHARLES especially sejak dia mula naik motor ke sekolah, aku hilang kawan pacaran basikal. Bila CHARLES banyak beri perhatian pada WAN SRI BANI, aku lagi terasa .... umpama KUPENDAM SEBUAH DUKA. Ha ha ha
Bapa CHARLES bekerja di JKR, sekeluarga India Kristian. Salah seorang abangnya adalah paderi. Aku pernah tuisyen Bahasa Inggeris dengan kakaknya, MARY. Paling tak lupa, aku belajar buat maruku dengan `kak MARY', resepinya ku simpan hingga hari ini.
Tiap kali majlis harijadiku, CHARLES tak pernah datang dengan tangan kosong. Sebelum kami masing2 bawa haluan sambung belajar, last sekali CHARLES hadiahkan aku anak patung warna biru yang boleh digantung. Sweet sangat.... aku simpan hingga lahir anakku yang pertama yang akhirnya rosak dimain HAKIM. Maaf CHARLES, walaupun kenangan itu hilang dari pandangan, yang penting dihatiku tak pernah padam.
CHARLES kini bertugas di makmal Hospital Seberang Jaya. Dah punya 2 anak, 1 lelaki 1 perempuan. Keluarga kami dipertemukan semula pada hari pertama Aidilfitri 2007. Terima kasih kepada isterimu MARY kerana beri kita kesempatan untuk kembali ketawa mesra berdua seperti dulu pada malam itu.










2 comments:
Sis,
I think you are so cute!!! Till todate as not much difference ni terms of look (your smile is still a sweet one sis , heheh..)
I love reading this entry as this reminds me of my non-muslim/non-malay friends that I have.
More , more please.....
kak min, dekat tini skang ada 5unit hanger tu, lagi 7 minggu depan yer. fyi, tini tak stationed kat hq BNM kl. tini kat training centre somewhere dekat UH/UM, PJ.
Post a Comment