Friday, January 30, 2009

KEBAB BEBOLA DAGING

KEBAB BEBOLA DAGING
Bahan-bahannya:-

300gm daging cincang
1 tin kecil kacang peas
1 biji tomato dan bawang besar dipotong dadu
1 biji telur
1 gelas air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun sup dan bawang dihiris halus untuk hiasan
Garam, gula secukup rasa

Bahan Kisar
2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh lada putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Peraturannya:-

1. ¾ daripada bahan yang dikisar digaulkan bersama daging cincang.
2. Masukkan telur dan sedikit garam. Gaul rata, kepalkan bulat2 dan goreng. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis ¼ baki bahan yang dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan tomato, bawang besar dan 1 gelas air. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan kacang peas, bebola daging, garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga pekat kuahnya. Angkat dan taburkan daun sup dan bawang.

4 comments:

Dj Epoi said...

Gua dah try tadik.....yum....yum...nyummmmmm

sedap siut!!!!

Wah cam tak percaya tengok BUKU resepi yang MAMA kasik....tahun 70an tuh!!!!

Diamilikku said...

Happy Anniversary kak..
semoga dipanjangkan jodoh..kekal berbahagia...semoga sentiasa mendapat apa yang dihajati...

SYAbAR said...

Mana kau tahu akak punya anniversary dik? Terima kasih dik. Kejayaan ialah pabila kita menemui kebahagiaan

imine said...

Nak wish happy anniversary jugak kat kak syabar dan abg yg sabar :)

Semoga terus kekal bahagia hendaknya. Aminnn.