Wednesday, February 18, 2009

SIAPA GURU INI

Hari ini, fikiranku terlintas kat guruku ini. Dialah guru kelas, juga insan yang bertanggungjawab memberi kepercayaan kepadaku memegang amanah sebagai Pengerusi, meneraju Koperasi SM Tunku Putera suatu masa dahulu.

Guru matematik tambahan ini mempunyai kelebihan ketika menulis di papan hitam. Kedua jarinya hidup, tulisan tangannya cantik, tak kira samada beliau menggunakan tangan kanan ataupun kiri.

Sebenarnya bukan itu saja yang ingin aku ketengahkan. Aku tidak menganggap dirinya hanya sebagai guru, lebih seperti ABANG padaku. Sumbangannya sewaktu aku ambil SPM kali kedua, mana mungkin ku lupa begitu saja. Aku begitu sibuk dengan pengajian di ITM, berlari2 aku ke Kedah dan Perlis untuk menduduki kedua2 peperiksaan, berbekalkan soalan2 ramalan yang diberi beliau dan kata2 perangsang untukku menangkis fikiran negatifku, kejayaan menjadi milikku jua akhirnya. Jutaan terima kasih kepada guruku yang bernama......


MOHD. FAUZI BIN AHMAD

Aku masih ingat 2 sejadah yang dihadiahkan pada guruku ini:-

  • 1 hadiah Hari Guru
  • 1 hadiah Perkahwinan

Mana ku punya banyak wang waktu itu untuk membeli hadiah yang mahal2. Hanya itu yang mampu kubelikan hasil dari simpanan duit saku harian dan komisyen jualan kerepek.

Aku begitu gembira dengan berita perkahwinannya, juga kecut perut takut isterinya tidak bisa menerima keakrabanku dengan cikgu. Maklumlah isterinya juga seorang guru.

Aku mengambil peluang mendekati dan mengenali hati budi isterinya ketika kesempatan melancong bersama di cuti hujung tahun 1985. Terima kasih CIKGU AZIZAH kerana sudi menerima diriku seadanya. Akan ku kenang jasamu berdua.

Maaf cikgu! 4 SEKAWAN ni menyebok betul nak ambil gambar dengan cikgu. Kacau daun betul kami saat2 cikgu dikira masih dalam tempoh berbulan madu. Kami ber-4 ni kan sayang cikgu......

Anak kita lahir pada tahun yang sama dan photo HAKIM bersama hadiahmu masih ku simpan hingga hari ini. Kata-kata azimatmu, ketika melawatku di dalam pantang ..... `bagaimana membesarkan anak' juga masih ku ingat hingga hari ini.

  • Kotak baju biru gambar badut tu adalah cenderahati dari cikgu berdua kepada HAKIM.

Maafkan kami, dah lama tidak berkesempatan melawat cikgu tiap kali pulang ke desa. InsyaAllah, akan ku usahakan pertemuan HAKIM dan SHAFIQ di usia remaja mereka.

Doa kami moga cikgu gembira selalu bersama keluarga, sihat tubuh badan dan sentiasa memperoleh barakah Allah SWT terutamanya untuk terus mendidik anak2 bangsa menjadi insan cemerlang, dunia dan akhirat. AMIN.

7 comments:

Naddiea said...

salam perkenalan..

Sis,saya dh banyak baca komen akak kat blog kawan saya.you such a lovely person n motherly.

FYI,entry akak ni pun mengingatkan saya pada cikgu skolah saya dulu.tp malangnyer famili saya dah pindah ke negeri lain so x dapat la saya nk jumpe cikgu skolah syaa dulu.

take care..

SYAbAR said...

Tks dik, ikuti komen akan dlm posting terbaru blog NADDIEA

Impian Serikandi said...

emm..cermin mata kak min cun arr.. hihi
peace no war ek!

SYAbAR said...

Ha ha ha, frame dulu2 BESAQ2. Itu pasal IQ pun besar. Tak main perang2 ni, buat sakit jiwa. THINK POSITIVE dik....

Impian Serikandi said...

Gadis Acheh mengadap cermin Menanti teruna menghulur tepak
frame besaq biaselah kak min
Zaman berubah dihati tidak...

SYAbAR said...

Berpantun Bualan Bicara
Indahnya Bahasa Disusun Kiasan
Rupanya Tuan Hamba Miliki Aura
Almaklumlah... Serikandi Katakan

Impian Serikandi said...

Cik Siantan pergi menjaja
Bertudung lingkup penuh budaya
Serikandi hanya gelaran sahaja
cantiknya tidak,manis tuu ada

hihi.. mcm P. Ramlee la plak.