Monday, February 23, 2009

KINI WARGA SMTSKL

5.30 pagi, jam dibilikku berdering menandakan aku, suami, AFDZAL HAKIM harus bersedia untuk menempuh satu perjalanan baru. Pelbagai perasaan bercampur-baur. Masing-masing sibuk bersiap dan bila ku turun ke bawah, rupanya ayah wan dan ummi keduanya dah cantik dan segak, katanya nak ikut bersama. Aku faham perasaan mereka, maklumkan HAKIM cucu pertama.

Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke destinasi yang dituju iaitu SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPUR (SMTSKL). Ini merupakan kali kedua aku sampai ke sini. Kali pertama sampai, ketika aku mengikuti rombongan lawatan sekolah menengah ke Kuala Lumpur, penghujung tahun 1984. Rombongan kami menggunakan asrama sekolah ini sebagai tempat penginapan. Memasuki perkarangan sekolah, terasa seperti aku kembali ke alam persekolahan. Langkah ke dewan tersekat2. Mana tidaknya, 2 kali kena berdiri tegak dan kaku, tatkala pelajar2 memperdengarkan 2 buah lagu. Agaknya lagu sekolah.....

Kami orang pertama sampai ke dewan. Sementara menunggu taklimat, sempat lagi kami bersarapan di kantin bersebelahan. OKla makanan kat situ, sekadar alas perut. Sebagai keluarga baru, ibubapa dan pelajar diberikan taklimat.

Pengetua memaklum, tahun ini adalah intake terakhir untuk kursus2 teknikal di SMTSKL (kejuruteraan awam, elektrik dan perdagangan). Mulai tahun depan 100% kursus2 vokasional. Selesai taklimat, kami beredar untuk sesi pendaftaran di kelas masing2. Memegang nombor 6 sebagai nombor giliran, HAKIM kini sah berdaftar sebagai murid kelas 4KE1 (Kejuruteraan Elektrik).

Selesai mendaftar, sebelum berurusan dengan koperasi SMTSKL, kami lepak sebentar di bawah pokok melepaskan lelah sambil mengisi borang. Tiba2, HAKIM diterjah oleh 2 orang senior dengan sopan iaitu NOR AMIRA dan AIDATUL NAJWA. Rupanya mereka berdua mewakili buletin sekolah dan ingin menerumah HAKIM bagi mendapatkan informasi mengapa memilih kejuruteraan elektrik, kenapa SMTSKL jadi pilihan, perasaaan hari pertama di SMTSKL.

Merit buat anda berdua. NOR AMIRA, anda berjaya wujudkan suasana mesra perbualan. AIDATUL NAJWA, anda berpotensi jadi wartawan rancangan 999, TV3 but don't be too serius dik!!!!

Inilah jawapan yang paling berani dan ikhlas telah diberikan HAKIM apabila ditanyakan perasaannya bila dimaklumkan`guru2 di sini boleh dikatakan tegas'. Jawapan HAKIM `dah biasa sebab MAMA GARANG'. Aku akur dan ianya memang hakikat `tiada kompromi dalam pendidikan dan mendisiplinkan diri anak2'.

Kesian pada ayah wan dan ummi, nampak sangat mereka penat, tapi penat lelah itu dikaburi riak wajah kegembiraan mereka. Aku juga kesian kat hubby, penatnya menguruskan majlis doa selamat di rumah kami semalam pun belum reda. Biarkan aku dan HAKIM saja uruskan segalanya, mereka bertiga rehat di bawah pokok memerhatikan gelagat pelajar2 lama sibuk berniaga makanan ringan sambil berkenalan dengan ibubapa pelajar2 baru.

Di koperasi, nombor giliran yang diterima adalah 118 sedangkan nombor yang sedang berurusan adalah 49. Kami buat keputusan keluar dulu untuk makan tengahari di luar, 1/2 jam kemudian baru kembali ke koperasi. Langsailah Rm251.50 di Koperasi. Sebagai bekas Pengerusi Pelajar Koperasi sekolah suatu ketika dulu, aku memerhatikan dengan minat bagaimana pelajar2 Koperasi berurusan. Ada yang cekap, ada yang kurang mesra pelanggan. Yang berniaga di gerai luar, kebersihan makanan dan persekiratan harus dijaga dik...... Another thing, waktu berniaga, nak melawak biar bertempat, mata pelanggan ramai memerhatikan.

Dalam jam 3, selesai segalanya ....... dan kini HAKIM memberikan lonjakan paradigma baru dalam keluarga kami khususnya kepada adik2nya untuk belajar bersungguh2 dan mengikuti jejaknya.

Yang pasti HAKIM akan merindui guru2 dan teman2 baiknya di sekolah lama ...... Kentalkan semangat kerana inilah realiti mengejar ilmu dan impian. Perkayakan nilai2 murni persahabatan, InsyaAllah dimana saja kita berada, semua orang suka.

No comments: