Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 11, 2009

SATU PENGHARAPAN

AMNI memang rajin berkomunikasi dengan mama dan abahnya menggunakan tinta penanya.

Sejak bersekolah beginilah gayanya. Sering sekali kami berdua menerima nota2 kecil dari AMNI samada diletakkan di meja kecil bilik tidur kami atau di belakang kepala katil.

Pelbagai cerita tidak mahu terlepas ingin dikongsi dengan kami berdua dan inilah cara awalnya untuk memikat kami sebelum memulakan perbualan seterusnya.

Hari ini mama angkat kreativiti AMNI yang masih tersimpan, ilham untuk ABAH sewaktu HARI BAPA supaya semua tak lupa.

2007 (Darjah 1)
Hanya pandai buat cover depan sahaja

2008 (Darjah 2)
Cover makin kreatif. Ddah pandai buat kerja2 cut & paste.
Gambar ABAH pun kena cut.
Kandungan kad AMNI berbunyi:-
`Pada suatu hari nanti AMNI nak beli kat abah kereta warna merah.
Bila harijadi abah AMNI nak beli jam dengan kek harijadi abah.
AMNI sayang sangat abah. AMNI nak abah sihat selalu.
Kalau abah makan banyak nanti abah sakit perut.
Abah jangan pandu kereta laju-laju tau.
Kerja sungguh-sungguh tau abah.
Abah kena jaga mama elok-elok masa AMNI tak de tau.'

Name: Amni Wafa binti Mohd. Noor

Kelas: 2 Cemerlang

Sekian, terima kasih.

Sebagai ibu, aku begitu tersentuh dengan kata2 akhirnya. Dalam usia sebegini, nyata AMNI sedar kebajikan untuk mamanya juga. Sama2 kita doakan semoga harapan AMNI untuk belikan kereta pada abahnya dimakbulkan. Amin. Darjah 3 tahun ini, kita nantikan ilhamnya!!!!!!

6 comments:

*SiRibenMerah said...

sweet..
aduhhhhh.. tersentuh hati ini.. =)

SYAbAR said...

Kalau orang luar tersentuh, hati ibu lebih2 lagi dik ....

TiNiE said...

betul kakmin. so sweet. mmg tersentuh pun naluri dan hati ibu ini. tahniah kakmin pasal hasilnyer sudah kelihatan.

MariaFaizal said...

So sweet....!
You've done fantastic job as a mom!
Your hubby too! (as father!)

SYAbAR said...

Terima kasih Tinie & Maria.

imine said...

Since amni sgt bijak dan berbakat menulis, leh diasah jadi blogger cilik yg kreatif ni :)