Tuesday, March 31, 2009

GEMBIRA

Petang semalam hujan begitu lebat dan aku masuk ke rumah bersama baju yang basah. Belumpun sempat aku letakkan tas tangan, suami berkata `MAMA AMNI DAPAT NO.1'. AMNI hanya diam dan khusyuk menulis jawi. `Periksa Pertengahan Tahun pun belum, dapat No.1 untuk apa?' tanya aku pada abahnya.

Terus abahnya tunjukkan sesuatu di atas meja. `Tu ha, BEKAS AIR hadiah No.1'. Ringkas aku bertanya, `menang apa?' Jawab AMNI, `menang pertandingan karangan la mama. 3 orang yang menang. AMNI dan 2 pengawas'.

Untuk mendapatkan kesahihan, maka terus aku hubungi Guru Kelasnya. Benarlah adanya, AMNI mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menyambung Cerita anjuran Panitia Bahasa Melayu untuk Tahun 3. Kejayaan bermula di dalam Kelas, sebelum menyerlah gemilangkan sekolah. Walaupun hanya bekas air plastik bertutup hijau, ia tetap menjadi kebanggaan kepada seorang murid dan anak kecil di atas perjuangannya. Keep it up AMNI!

p/s Terima kasih CIKGU HASUZANA atas keprihatinan anda membimbing anakku untuk berjaya. Kawan2ku, pandai2lah mengambil hati guru2 anak2 kita. Jangan kita hanya beranggapan `DAH TUGAS GURU' tanpa sesekali terfikir kebajikan untuk mereka juga.

Dan yang pastinya aku gembira berganda diberikan cederahati dari seberang oleh seseorang....

10 comments:

2009-LRC said...

salam kak...

anak2 diana mengarang dlm bhs melayu susah sgt.... bhs english ok...pelik...tak per la kak bekas air pon jadik la ..bagi semangat utk bdk2 belajar.

SYAbAR said...

Wah! Tauke ayam LRC dah mula bg komen. Terima kasih dik...

TiNiE said...

bagusnyer amni. tini dulu nak mengarang punyala susah. tak reti nak expand sesatu topik tu. nasib baik spm english n bm sama..A2..hehehe..syukur

SYAbAR said...

A2 kau, pasti bagus bangat karangannya

*SiRibenMerah said...

hehehehe... I waktu ujian bulanan sume markah nak merah je.. bila exam sebenar barula kuar magik dapat A sume.. hahaha.. cikgu pon x caya.. kuikuikui.. tuh la hadiah buat cikgu2 yg bertungkus lumus membimbing I.. now, my turn buat hal yg sama utk anak2 murid I.. semoga diberkati Allah =)

imine said...

Tahniah Amni.

Mcm kenal je org yg bagi tudung ibu arini tuh. Hehehe.

MariaFaizal said...

Heartiest congratulations to AMNI from auntie. i think your talent sis in writing is 'inherited' by your lovely daughter Amni.

amirul said...

Salam Kak Syabar,
Raniah buat adik Amni... semoga terus mencapai kegemilangan... banggakan ibubapa... InsyaAllah...

amirul said...

Soori...typing error... Tahniah... maklumlah taip dlm golap... :)

Diamilikku said...

Syabas Amni..
kesungguhan guru, sokongan dan dorongan ibu ayah..keluarga..amni berjaya di peringkat tahap 1 lagi...
well done and keep it up sayang...