
Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg. Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila? Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya. Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan.
Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu, walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".
petikan Buku Motivasi DIRI WANITA oleh DR. HM Tuah Iskandar
4 comments:
nauzubillah..mintak lah dijauhkan dari sebarang yang tidak elok..harap2 jodoh ini kekal ke akhirnya..bahagia ke hujung nyawa
tu arr..
kita ni makin lama, makin rase ader ajer kekurangan diri..
bukan pada suami aje, kita pung kena check diri kita ni ..kan..
Kak Min, aper petua lain yg kak min tau.. kongsi2 kan lah..
So far, I'm truly grateful for marrying my man. He's definitely waaaaay better than my own father.
Alhamdulillah ....Now I feel more loved :)
Salam Kak Syabar,
Terima Kasih kerana berkongsi... macam pernah baca je artikel ini... tapi kat mane ye? Rasa2nya kat blog Blog Dj Epoi kut? apepun thks a lot...
Post a Comment