Monday, March 23, 2009

ROTI BAKAR BAWANG PUTIH DAN SOS

Kawan2 semua patut try resepi kawan saya, Ba'yah. Sekali jamah saya sudah berkenan sama itu KESEDAPANNYA. Cubalah, kerana pastinya anak anda pun suka.

ROTI BAWANG PUTIH

Bancuhan Butter
5 sudu besar butter
4 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
sedikit oregano

Beberapa keping roti sandwich
(kalau nak crispy, gelek dulu roti bagi nipis jdlah snack)

Aturannya:-
1. potong roti ikut suke
2. sapu dengan bancuhan butter
3. bakar dlm oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah celcius atau hingga garing kekuningan

SOS

4 biji kentang
1 btg karot (lebih tambah manis sos)
1 kiub pati ayam (boleh digantikan dengan sedikit daging ayam kisar)
1 biji santan / 1 tin susu segar/cair
air ikut kepekatan yang dikehendaki
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Pilihan: Masukkan sedikit cendawan butang segar/tin yang dipotong dadu kecil2 untuk menambah kesedapannya.

Aturannya:-
1. Blend kentang rebus & karot hingga halus
2. Tuangkan ke dlm periuk dan masukkan santan & air secukupnya
3. Masukkan bahan2 lain & masak hingga mendidih sambil dikacau selalu
4. Perasakan dgn garam secukup rasa.

p/s Terima kasih Ba'yah. Nak resepi muffin you pulak boleh!!!!! You kan pakar memasak western2 cuisine ni.

11 comments:

TiNiE said...

kakmin, rasa cam lambat jer kalau nak buat. *malas sebenonyer* takper takper nenanti free tinie try wat...

MariaFaizal said...

Sis,
Today after 'lawat blog Sue Mizan, ada pasal cake wz ice cream, then your blog's entry about this wonderful garlic bread.

Boleh bam2 just by reading blogs, he he...

Thanks for sharing sis.

SYAbAR said...

Tinie & Maria

Both of u still remain slim so leh la makan selalu roti ni. Healthy and balance food ni.... Try baru la tau sedap ka dak

amirul said...

Salam Kak Syabar,
Nampak cam sodap... Nak suh isteri try buat lar... Thks sudi kongsi... bertambah montel lah aku... huhu...

SYAbAR said...

Sodap dik... malam ni akak pekena 4 keping roti dgn 2 mangkuk kecil sup. Anak2 siap suruh simpan utk esok, tp dah licin. Kalau kau montel akak ni DEBAB.

amirul said...

Hahaha... 4 keping tuh kira tak byk le... kalu saya mau sebungkus roti tuh habis dijamahnya... hehe... apepun... Alhamdulillah... masih dpt menjamah makanan yg diingini... teringat mereka yg kurang makan di negara lain... :(

echah_syed said...

kirim kat combi sekeping dua ekk.. :)

Dj Epoi said...

Walaweiiiiiiiiiii....

Hari ini Budak2 Gua samai sana untuk buat kerj2 repair kat sana TOLONG jamu diaorang sama ini ROTI ok...heheheh

Walaweiiiiiiiii Kakak Baayah bila nak start buat blog nih? hehehehe....

Diamilikku said...

ishhh..nih kalau su buat untuk mr papa..haruslah sebantal roti tak cukup...feveret dia nih...adoyaiii nak try lah balik nih....jeng jeng jeng....


kak..susah beno nak click komen kat blog akak..tak taulah problem kat mana..slalu boleh bukak baca entry..bila click nak komen asyik fail jer...tensen tulll

SYAbAR said...

Apasal ya dik, mungkin sebab smlm akak dok buka komen dan edit blog kot. To dok sangkut2

SYAbAR said...

aisay combi, susah nak kirim2 ni, kau try buat la baguih, sekeluarga boleh mkn kan! Dah lama dok tunggu combi komenm, tks la sudi masuk balik blog