Friday, March 20, 2009

TUAH ANAKKU

Terjagaku dari tidur, dengan senyuman, kutadahkan tangan ke langit dan berkata:-

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku bersyukur KepadaMU kerana masih mengidupkan aku
Jadikanlah hidupku hari ini lebih baik dari semalam
Sekiranya aku ditakdirkan mati pada hari ini
Matikanlah aku di dalam iman

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosaku, suamiku, ibubapaku, anak2ku, adik2ku
Saudara-maraku, jiran2ku, sahabat2ku dan seluruh muslimin muslimat

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku ampunkan dosa suamiku, ibubapaku, anak2ku, adik2ku
Saudara-maraku, jiran2ku, sahabat2ku dan seluruh muslimin muslimat
Amin Yarobbal Alamin

Semalam, seharian aku berada di taman syurga. Guruku semalam adalah Y.Bhg. Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Terima kasih guruku dan syarikatku. Aku akan berkongsi ilmu2 yang berguna ini dengan semua di dalam tinta seterusnya.

Pagi ini hatiku berkobar gembira kerana anakku HAKIM pulang denga kemenangan. Sebelum bertolak pada Isnin lepas, pesanku padanya `JAGA DISIPLIN, BUAT YANG TERBAIK, BUAT IKUT KEMAMPUAN, JANGAN BAHAYAKAN DIRI'. Hari Selasa, aku relax. Hari Rabu, perasaanku tidak menentu. Aku tahu aku tidak dapat mendengar suara anakku. Apa yang boleh aku lakukan adalah menghubungi Auntie untuk bertanya perkembangan pasukan mereka terutamanya HAKIM. Lega hatiku pabila diberitakan HAKIM telah memperolehi 2 kemenangan. Auntie berkata padaku, `Nak bagi semangat pada anak ya kak!' Aku mengiya dan mendengar master memanggil anaknya, `Boy, get HAKIM. Mama call nak bagi semangat'.

Aku gembira dapat bercakap dengan HAKIM tapi mula risau bila dia katakan kakinya sudah mula terasa sakit. Pesanku padanya, BUAT IKUT KEMAMPUAN, JANGAN GAGAHKAN DIRI KALAU DAH TIDAK BERDAYA. INSYAALLAH HAKIM AKAN BERJAYA'. Full stop and end.

Pertarungan kali ini bukannya mudah. Persatuan Teakwando WTF bergabung, melibatkan pasukan Kedah, Kelantan, Perak, Johor, Melaka, perintis putra dari Tentera Darat, Laut dan Udara termasuk yang digeruni pasukan jemputan Singapura. HAKIM seperti biasa mewakili Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku hubungi master sekali lagi. Aku gembira, anakku nanti pulang dengan pingat walapun hanya ditempat ke-3. Walaupun gembira, aku tetap risau kerana HAKIM kakinya tercedera, berjalan pun perlu dipimpin kawan. Kukhabarkan pada abahnya, dia kata `relax, cedera camtu biasa la'. Memang aku dah bersedia dengan risiko kalau mengizinkan anak mengambil bahagian dalam perlawanan sebegini, tapi dah namapun mamanya. Hati ibu mana tak gusar jika anak tak di depan mata. Terus saja kuhubungi Auntie supaya bawakan anakku ke Klinik Panel kerana pada HAKIM telah kubekalkan kad perlindungan insurans. Master tak perlu risau kerana `zero payment'.

Semalam, sebaik menghantar ketiga2 adiknya ke tempat tuisyen, aku bergegas ke ke rumah master untuk menjemput HAKIM pulang. Lega...., walaupun melihat anakku berkaki bengkak dan jalan terhencut2. Abahnya betul2 gembira bila HAKIM tunjukkan medalnya. Terus lapar katanya, dan kami di bawa ke Naili's untuk menjamu selera.


Ps/ THANK YOU AUNTIE SZE TOO AND SIR SHASHI FOR YOUR KINDNESS AND CARING

5 comments:

Diamilikku said...

tahniah untuk hakim..
kemenangan hasil usaha sendiri..
tetapi mengambil keberkatan dan doa serta harapan mama...

MariaFaizal said...

Whoa...Heartiest congratulations to Hakim. That a boy...

amirul said...

Salam,
Tahniah buat Hakim... Teruskan usaha untuk mencapai keputusan yg lebih baik... InsyAllah...

SYAbAR said...

Thank you for your moral support Maria and Amirul. I do hope HAKIM will perform better in his coming tournament and make the SPTKL well-known for their great achievement in teakwando.

SYAbAR said...

Thank you to DiaMilikku also.