Wednesday, March 11, 2009

DO YOU REMEMBER "OUR SCHOOL SPORT DAY"?

Tiap2 tahun dari sekolah rendah hingga menengah, HAKIM & EKMAL tidak pernah lepas peluang turut serta di dalam acara padang sukan tahunan sekolah mereka. Tahun ini baik HAKIM atau EKMAL, mereka terasa hambar kerana tidak dapat menyertainya bersama. HAKIM paling terasa kerana kejohanan ini diadakan sehari selepas beliau mendaftar ke asrama. Acara kegemaran mereka berdua ialah persembahan Teakwando, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter.

Setiap kali persembahan teakwando, HAKIM antara pelajar yang diberi kepercayaan oleh master untuk mengemudi kumpulan berkenaan dan memecahkan papan. Tahun ini EKMAL mengambilalih peranan abangnya.


Aku tidak senang hanya duduk di pentas menyaksikan dari jauh segala aktiviti yang berlangsung. Kebiasannya apabila HAKIM/EKMAL bersedia di garisan permulaan larian, tempat aku adalah betul2 di garisan penamat atau di tepi track, ada ketikanya sama2 berlari dengan anakku hingga ke garisan penamat. Kemenangan anak2ku sentiasa disambut dengan pelukanku. Kekalahan anak2ku disambut dengan kata2 peransang untuk tingkatkan usaha gigih mereka.

Hanya ini sahaja yang sempat kurakamkan sepanjang temasya KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMK BANDAR DAMAI PERDANA.

Upacara pembacaan ikrar kejohanan
Penyerahan bendera kejohanan kepada Guru Besar
Simbolik perasamian kejohanan iaitu melepas beberapa ekor burung
Pukulan kompang pelajar2 mengiringi perasmian kejohanan
Perarakan keluar badan beruniform didahului Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Persatuan Bulan Sabit Merah (PMSM)
Pengakap
Pandu Puteri
Kadet Bersatu
Kadet Polis
Kadet Bomba
Puteri Islam
Antara perarakan keluar Kontijen Rumah Sukan

Teringat kembali zaman sukan sekolahku dulu. Dari pemerhatianku, SEMANGAT DAN DISIPLIN KESUKANAN semakin PUDAR dalam diri generasi sekarang.

4 comments:

MariaFaizal said...

Sis,
Meriah nya Sports Day kat your school!

Hmmm...I'm now missing mine too :D
So long...ago....

SYAbAR said...

Maria,

This is my son's school. I am not a teacher or workers of the school. Being there for moral support to him cause he's a bit down without his brother attendance on that day.

Dj Epoi said...

Weih..................

Terkonang pok cik dolow2 waktu....Perbarisan Waktu MERDEKA kat.......Depan Masjid Zahir...hheheheh

MAMAOGY @ RUSZIDAHJLIMAT said...

Sis Maria,
I'm one of the teacher here in BDP...Bravo to you as one of the superb mom..I might do the same for my children too...thnx so much for the support..FYI, even at this age, I won't miss any sports day..believe me I'll be the who'll cheers the loudest!!! Maybe that's why I'm fated to be a teacher!!So do join us next time!!Salam..