Friday, March 20, 2009

PABILA ILMU SINGGAH DI DADA - I

Seperti yang dinyatakan dalam posting terdahulu, aku ingin berkongsi ilmu yang dipelajari semalam dalam konteks KAWAN - PERSAHABATAN.
Sabda Rasulullah saw:-

"Bukan umatku orang muda yang tidak menghormati orang tua
Bukan umatku orang tua yang tidak sayang kepada orang muda
Doa kawan untuk kawan itu makbul selama mana ia tidak dihebahkan
Orang yang berterima kasih akan sentiasa mendoakan kawan2nya"

KAWAN YANG BAIK
  • Selalu mendoakan kawannya
  • Memaafkan kawannya
  • Membantu kawannya
  • Membahagiakan kawannya
  • Tegur & bangunkan kawannya
  • Ziarah kawannya

Sedarlah kita, apabila kita berniat untuk menziarahi kawan, gugur dosa kita dalam setiap langkah ke rumahnya. Naik martabat kita dan mati syahid kita sekiranya ditakdirkan sampai ajal kita dalam perjalanan ke rumah kawan kita itu.

Pada tahun 2001, kajian yang dijalankan di Amerika telah membuktikan, seseorang yang memaafkan orang:-

  • 1. Hatinya menjadi lapang
  • 2. Kurang stress
  • 3. Lebih bahagia
  • 4. Lebih Produktif
  • 5. Lebih sihat
  • 6. Hubungan seks lebih baik

3 comments:

*SiRibenMerah said...

salam..
betulke gitu akak??
wahhhhh... maksudnya riben nk kne g ziarah kawan2 la neh kan??
hiksssss.

*di shah alam*

Diamilikku said...

nanti nak ciplak n copy yer..nak letak kat blog..

MariaFaizal said...

Point to ponder definitely...