Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 11, 2009

KAD RAYA AMNI YANG PUNYA


Umi adalah panggilan AMNI kepada nendanya. Memang AMNI rapat dengan nendanya. Walaupun menetap di Kulim tetapi nendanya sering turun Kuala Lumpur setiap kali rindu pada anak2 dan cucu2nya. Setiap cuti hujung tahun, AMNI memang ku hantar bercuti selama sebulan di rumah nendanya.

"Umi, AMNI nak minta maaf tau sebab AMNI selalu buat dosa kat Umi. Selamat Hari Raya Umi. Nak duit raya Umi"


Kad raya ini ditujukan kepada adikku NAZIM. NAZIM pernah beberapa bulan tinggal serumah dengan kami. Memang dia kuat mengacau AMNI tetapi seperkara yang bagusnya tentang adikku ini ialah NAZIM selalu buatkan AMNI dan anak2ku yang lain gembira tiap kali terima gaji. Apa saja anak buah nak makan dibelinya.

"Selamat hari raya pakcik.

AMNI selalu marah kat pakcik, jadi AMNI nak minta maaf kat pakcik.

Selamat hari raya pakcik."



Kad raya AMNI kepadaku berbunyi

"Mama, AMNI minta maaf tau ma. AMNI selalu gagal dalam peperiksaan. Darjah tiga nanti, AMNI nak berubah. AMNI nak baca buku setiap hari. Selamat hari raya mama. Nak Duit Raya."

Pandai AMNI bodek mamanya dengan pernyataan

1. Kau member paling BEST
2. Nak minta duit raya, Paling kurang 10 ringgit tau!

Sebenarnya AMNI anak yang pintar, jarang sekali markahnya kurang dari 80%. Aku tahu mengapa AMNI berkata gagal dalam peperiksaan sebab aku meletakkan keputusan pemarkahan lebih dari 90%, jika benar ingin menjadi MENTERI.

Semalam AMNI bertanya, `Mama, kalau dapat No. 5, OK ka?' Aku membalasnya, `mama nak AMNI dapat NO. 1, 2 atau 3? Terdiam AMNI kerana dia tahu dia perlu lipat-gandakan usaha.

3 comments:

TiNiE said...

alahai si amni ni pun, leh tahan bap bap nyer yer...dah leh jadi kakak untuk bb alesha n bb lyana..

Dj Epoi said...

Tinie....tu lah pasai!!! Debab!!bukan main...

Tapi skank dah kuruih cikit dah....

Moga anak buah pompuan yang sorang nih BERJAYA menjadik MENTERI....

P/S Bila Syarizat dah gantikan tempat Rafidah Aziz....Amni bley ah ganti!!!! tempatnya hehehehe

SYAbAR said...

Itu baru adiknya dik, belum lagi abangnya