Friday, January 16, 2009

MENGHARAP SINAR PERTEMUAN

Dimanakah ANDA?

Hari ini, aku kehilangan seorang rakan pejabat. Al Fatihah.

Kehilangan juga adalah pertemuan. Lantas aku terfikirkan seseorang. Pada dasarnya memang aku suka mencari kawan2 lamaku. Ramai yang berjaya kujejaki. Seronok bukan kepalang tiap kali aku mendengar semula suara kawan2 lamaku. Kalau dapat berjumpa, tangisan kegembiraanku berselindung di sebalik senyuman dan ketawaku.

Dah banyak kali aku menjejaki kawan lama ku ini. Darjah 2 dan 3 kami sering bertukar bekal makanan yang dibawa dari rumah setiap kali waktu rehat. Darjah 4 kami terpisah, keluarganya bertukar ke Alor Setar. Tak jemu aku mencarinya, tp kalau dah dikatakan bukan waktunya, aku akan terus mengharap.

Darjah 2 (1976), kami sama2 bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kelibang, Pulau Langkawi. Darjah 3, kedua kami bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kuah. Aku hanya ingat pada rambut potongan baby doll dan wajahnya yang bulat. Ibunya seorang guru.

Dimanakah SHARIFAH KHAIRANI BINTI SYED KHALID?

1 comment:

Dj Epoi said...

Takziah diucapkan....

Kawan senang dicari...Sahabat Sejati?

P/S -Ramai kawan disisi bila kita senang....
Bila kita susah ?