Monday, January 19, 2009

RAHMAT DISEBALIK UJIAN

8 Januari 2008

  • AZRINA masuk Pusrawi melahiran AIDA. Keluar wad 17 Januari.

  • AMNI masuk Pantai Cheras Medical Centre dan disahkan demam denggi. Keluar wad 11 Januari.

9 Januari 2008

  • AMAR disahkan demam chikugunya

Ujian awal tahun terhadap 3 keluarga, namun kerisauan dikongsi semua terutamanya mama dan ayah. Ulang-alik tengok menantu dan cucu yang lama kena demam kuning. Dah tu lari pulak ke Pantai Cheras Medical Centre jenguk AMNI, kemudiannya ke rumah AMAR, tambahan isterinya juga demam, ADEL pulak kena campak. Ketika di usia sebegini, memang memenatkan kepada warga emas, tapi bak kata orang kalau nampak depan mata puas hati.

Aku pulak, risaukan anak, risaukan adik, risaukan anak buah sehingga nazar berpuasa. 1 hari untuk AMNI telahku laksanakan. 2 hari untuk AMAR dan AIDA masih terhutang. InsyaAllah akan kulaksanakan secepat mungkin. Anak keluar wad, mak pulak tidak sihat....... demam, batuk dan selsema hingga hari ini. Aku redha dengan ujian.....

Semalam kami berkumpul di rumah NIZAR. Dah jumpa semua, minta ayah baca doakan selamat dan buat majlis kesyukuran kecil2an.

Inilah rahmatnya bagiku

alhamdulillah, ayah dan mama dilimpahkan Allah rahmat dan kesihatan yang baik untuk menjaga anak cucu

tumpang ayah dan mama tersenyum di depan mata, berbaktilah sebaik mungkin sebagai anak demi kebajikan dan kegembiraan mereka


ada pertemuan, terpancar nilai kasih-sayang. Masih kuat talian dan keharmonian kasih dalam keluarga ini

kawan2 dan saudara mara yang hadir, melonjak rasa murninya keakraban ukhwah

Terima kasih semuanya untuk laksam, pau, buah, sagu, puding, air botol, segalanya dan keringat peluh menjayakan majlis ini.

4 comments:

Dj Epoi said...

Terima Kasih buat semua yg terlibat...

Walau ponk kita menghadapi masaalah2 yg tidak dijangkakan...Gua harap semua adik beradik masih lagi terus bersama2 menempohnya...

Tuhan Hanya menguji orang2 yang kuat menghadapi ujian dan kita adalah orang2 yg dipilihnya.....

Alhamdulilah...semalam Gua bawa Mama g buat medical check up....Jantung...semuanya okes!!!
mungkin Mama agak strees ketika ini....
Gua harap semua adik beradik dapat bagi masa yg LEBIH BUAT AYAH & MAMA...

Salam Sayang Dj Epoi

Diamilikku said...

aduhh...
syahdu jer baca entry nih kak..bergenang air mata..tersentuh dengan penulisan..alhamdulillah..semuanya dah selamat..berdoalah kita agar sentiasa dilimpahkan rahmat Allah...seronok kan dapat berkumpul adik beradik...

SYAbAR said...

Diamilikku,
Inilah hikmahnya `Mendirikan Sebuah Masjid. Platform yang kuat dibina di atasnya tiang yang kukuh, tiangnya plak disokong alang2, hendak lebih selesa diteduh dan didinginkan oleh atap. Hiasan2nya mengindahkan panorama masjid itu. Semua saling kait mengait.

Tapi sayang, bila masjid dilimpah kemewahan duniawi, serinya mudah tergugat dan nampak pudar.

suked8787 said...

Aduh...terharu betui..anyway, Suked pun nk ucapkan bebnyk tima kasih pada semua sanak sedara n rakan2 yg ambik berat n berdoa utk kesejahteraan bersama.

Itulah pentingnya kasih sayang antara semua org...