Wednesday, January 14, 2009

SIAPA LELAKI INI DIHATIKU

(Dari Kiri) Rashid Maidin, Chen Ping & Chen Tien
`Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling , Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955. Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chen Ping, Chen Tien dan Rashid Maidin. (ms.wikipedia.org/wiki/Pertemuan_Baling_1955 )'

Tentu ramai terfikir mengapa aku memilih lelaki2 komunis ini, ada dalam lipatan sejarahku. Patutnya Tunku Abdul Rahman yang lebih ku sanjung kan! Memang, kenyataan di atas terpahat dalam sejarah hidupku tetapi bukan kepada jejaka2 di dalam foto di atas, sebaliknya kepada sebuah binaan bangunan bernama SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA (SRKTP). Baling menempa sejarah.... celik pembelajaranku di tanah bertuah ini, di SRKTP.

Sebahagian guru2ku yang banyak berjasa membimbingku, menyediakan aku menempuh alam remaja. Jasa guru2ku lebih bernilai dari segunung permata, tak tercapai nilai penghargaan, aku hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH.

Senyuman mereka menyemarakkan semangatku untuk menimba ilmu. Semuanya manis tapi antara mereka seorang lelaki mempunyai `X-factor' yang segar dalam hidupku hingga hari ini. Dia marah aku tak melenting mahupun berdendam, dia buat aku gembira, lebih bertambah hormat dan sayang padanya. Seronok aku bukan main tiap kali tiba waktu subjek diajarnya, lebih seronok lagi aktiviti luar sekolah dia sentiasa menjadi orang kuat. Aku tak la pandai sangat, tapi aku berjaya mencuri perhatiannya terhadapku. Kalaulah aku jadi Cikgu Noraini, hak aku, aku punya, kau nak cari lain. Ha ha ha ...... tajam tu.

Inilah dia `Guru PujaanKu'

ISMAIL ABU BAKAR

Zaman 80an, kira cikgu ni handsome la.... macam aktor bollywood. Aku bukan pandang pada ketampanannya, tetapi ............. BIARLAH RAHSIA.


Sekarang aku tambah bangga dengannya.
  • DIALAH GURUKU

DIALAH YANG BERHORMAT

DIALAH MAHASISWA


Assalamualaikum Cikgu, Selamat Pagi Cikgu, Selamat Tengahari Cikgu, Terima Kasih Cikgu.

- FREE FOR PALASTINE -

4 comments:

suked8787 said...

Best kan kalu kita imbas balik zaman kita sekolah dulu2....X Ada Dulu X Ada Sekarang...

Baguih kalu kita selalu kenang jasa cikgu2 ni...kalu x da cikgu...siapalah kita ni...

SYAbAR said...

Byk lg penceritaan zaman persekolahan akan dimasukkan dlm blog ini. Tumpang ingat. Dah tua nanti,memori kurang, susah nak cerita kat anak cucu.

Dj Epoi said...

Wah!!!!! sekolah Gua Tuh!!!!!
Gua ponk kat sana gak dulu2..
Gua rindu persekitaran kat sana!!!!
rindu bangat....Ader Gunung..
Ada Sungai....
Ada air panas..
Ada....rakan2 yg baik
Ada cikgu yg baik2

Cikgu juga dalah bekas Cikgu gua..tapi munkin dia dah tak ingat kat Gua....Yap memang dia Hansoooooooooooooooom!!!!

Salam Sayang Dj Epoi untuk yg bergelar GURU

SYAbAR said...

Ni feedback dari tuan empunya diri, cikgu kita .....

"Hiiii,,, Min wat per cm2.. MALU la kat anak murid semua. Malu la sy rambut panjang..
Min kim salam semua tau.. tk.."

Relax cikgu, gambar tu kan memori silam. Flexible Kementerian waktu tu kan! Anak murid dan mak bapak pun tak kisah tak komplen.